Bab 4

20 0 0
                                    


18 Jun 2035 | 8.30 malam | Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

          "Terima kasih," tutur Nadrah lembut selepas membayar tambang teksi yang membawanya ke sini. Blouse merah muda dengan sedikit corak bunga ala Inggeris dan secalit mekap tipis sudah cukup mencantikkan wajah Melayunya. Hujan renyai-renyai yang turun selepas azan Maghrib tadi tidak sedikit pun membantutkan hasratnya pada malam ini. Nadrah melihat jam di tangan. Sedarinya sudah lewat, dia segera melangkah menuju ke pintu West dan terus menapak ke arah lif yang kosong. Nasibnya cukup baik. Pintu lif terbuka di tingkat 3. Nadrah melangkah keluar untuk segera menuju ke Subway, tempat yang ditetapkan oleh Inspektor Nami tempoh hari. Setibanya beliau di sana, Inspektor Nami menyambutnya dengan senyuman manis. Tak cukup dengan itu, tubuhnya yang sasa dengan dada yang bidang membuktikan lelaki di depannya itu merupakan seorang yang aktif bersukan, sekaligus menafikan tanggapan umum yang menganggap polis-polis di Malaysia bukan saja tak sasa, tetapi juga overweight.

          "Hai Cik Nadrah, thanks for coming. Jom, duduk-duduk dulu,"

          Nadrah hanya mampu tersenyum. Malu. Mukanya mulai merah. Tangannya menguit hujung tudung bawal yang dipakainya.

          "By the way, boleh tak tanggalkan U punya nametag? Orang tak tahu pun U tengah kerja," Kata Inspektor Nami bersahaja.

          "Nametag? Oh, sorry. Terlupa. Hee," Nadrah tersengih-sengih. Rona merah tadi pun masih belum hilang, dan kini dia merasakan merah wajahnya semakin menjadi-jadi.

          "Jadi, apa yang membuatkan Cik Nadrah call saya semalam?" soal Inspektor Nami.

          Nadrah terkesima. Biar betul mamat ni. Takkan taknak makan dulu kot. Getus hati kecilnya. Masakan tidak, sesudah solat Maghrib dia terus bersiap-siap untuk datang tanpa mengisi perut terlebih dahulu.

          "I'm too early for that question. Isn't it?"

          Nadrah mengangguk-anggukkan kepala. Nampak ceria betul dia sambil jarinya menunjuk-nujuk ke arah menu-menu yang dipaparkan di dinding belakang kaunter. Inspektor Nami yang faham dengan kehendak Nadrah tersenyum melihat gelagat itu. Nampak comel.

          "Ok, jom beratur,"

          "Err...tak payah tunggu dia datang ambil order ke?" soal Nadrah kembali.

          Inspektor Nami termanggu seketika. Biar betul minah ni.

          "Err.. Cik Nadrah tak pernah makan Subway ke?"

          Nadrah menggeleng-gelengkan kepala. Sepanjang hayat beliau, itu kali pertama beliau menjejakkan kaki ke Subway. Kalau KFC ke, McD ke, lainlah.

          Nami tersenyum. Terpesona betul dia melihat wajah innocent Nadrah pada tika itu. "Dah, kita kena beratur. Nanti ramai pulak orang nanti,"

          Nadrah sekadar mengangguk lalu membontoti Nami untuk beratur di kaunter. Dia melihat langkah-langkah untuk membeli Subway. Nak makan pun ada steps. Tiba-tiba saja terdetik rasa kelakar di hatinya.

          Pada langkah pertama dia dikehendaki memilih jenis hidangan sama ada Footlong, 6-inch, Salad dan Wrap. Untuk langkah ini, dia memilih hidangan 6-inch, iaitu roti sepanjang 6 inci yang beliau pilih dalam langkah kedua. Pada mulanya beliau memilih roti Wheat kerana akan lebih mengenyangkan tetapi terpaksa akur untuk memilih roti yang sama dengan pilihan Nami iaitu Parmesan Oregano.

          Seterusnya, pemilihan inti sandwich. Selepas disyorkan oleh Nami, Nadrah memilih Meatball Marinara sebagai inti. Setelah roti dibakar, langkah seterusnya ialah pemilihan sayur-sayuran.

          "Kalau tak nak taruk sayur boleh?"

          "Aishh.. apa pulak tak makan sayur," bebel Nami.

          "Saya tak suka sayur,"

          "Ambil lah timun dengan tomato. Buat macam burger," arah Nami.

          Nadrah akur. Setelah itu, dia dikehendaki memilih sos. Dia dengan rela hati memilih sos cili dengan sos BBQ. Buat macam burger. Getus hatinya.

         "Awak pergi duduk. Nanti saya bayarkan. Nak air apa?"

         "Air mineral," jawab Nadrah. Dia melangkah menuju ke meja. Nami menyusul dari belakang setelah melakukan pembayaran. Dia hanya memerhati Nadrah yang sedang kusyuk makan.

         "Cik Nadrah tak tunggu saya pun,"

         "Sorry, Nami. Saya lapar," tutur Nadrah, manja.

         "Sedap tak?" tanya Nami. Set hidangannya diletak berhadapan Nadrah.

        "Well, not bad for the first timer like me," jawab Nadrah.

        "Takpe makan dulu, lepas ni kita nak berborak panjang,"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 06, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

JarumWhere stories live. Discover now