17 Jun 2035 | Secret Underpool Academy, Bukit Jalil.
Kompleks Sukan Bukit Jalil tentunya menyimpan banyak kenangan pahit manis para atlet, terutamanya yang bertanding pada temasya Sukan Komanwel 1998, kira-kira 37 tahun lalu. Walaupun kian dimamah usia, fasiliti yang terdapat di sini tetap dijaga rapi. Stadium Nasional Bukit Jalil juga terus digunakan sebagai venue perlawanan akhir untuk Piala FA dan Piala Malaysia dalam saingan domestik, sebagaimana Stadium Wembley di England yang terus digunakan dek kerana kemegahan serta kemasyhuran stadium itu sendiri. Namun, ada sesuatu mengenai kompleks ini yang ternyata tidak diketahui umum, terutamanya di Pusat Akuatik Nasional.
Pagi Ahad itu seperti pagi-pagi Ahad minggu-minggu sebelumnya. Ramai lagi umat Kuala Lumpur masih suka berehat-rehat di rumah. Kanak-kanak pula sudah pasti disuruh mandi awal, sebelum dibiarkan tercongok di depan TV untuk menonton rancangan kartun. Namun pagi itu bukanlah pagi yang biasa buat Rory. Semalam, dia baru sahaja menerima arahan suara dari Tuan Irfan menerusi aplikasi Whatsapp Call memintanya supaya datang ke Akademi tepat jam 8.30 pagi. Urgent meeting katanya.
Selepas mengambil breakfast ringkas, Rory mengenakan T-Shirt merah berimejkan van Kombi, van keluaran Volkswagen yang sinonim dengan negara German. Serentak dengan itu, Passatnya dihidupkan. Bagasinya diangkut lalu diletakkan di dalam but belakang. Rory keluar awal dari rumahnya di Puncak Jalil agar tiba awal di Kompleks Sukan. Lebih spesifik, di Pusat Akuatik Nasional. Sesudahnya, jam 8.00 pagi dia sudah berdiri di depan Thumb Detector, sebuah alat pada dinding di mana pekerja sepertinya perlu menekapkan ibu jari kanan untuk diskan sebagai rekod kehadiran.
“Dey, hari Ahad pun kena skan juga ke macha?” satu suara menegur dari belakang. Rory menoleh. Kelihatan aunty Tina, cleaner di situ tersenyum simpul. Di tangannya ada batang mop basah, barangkali dia baru selesai mengemop di perkarangan kolam.
“Datang practice laa aunty, lama tak main kolam,” Rory menjawab, jujur.
“Kenapa, U ada tournament ke, macha? Worang lain mana ada practice,”
“Orang lain tu dah hebat laa aunty. Saya ni kena practice banyak-banyak. Baru boleh compete dengan diorang. Caranya, kena la datang practice hari cuti,” Rory berdolak dalih, tapi mimik mukanya tetap tenang.
“Ooo baru aunty faham. Takpe, U practice dulu. aunty nak pigi mop ini bangunan punya lobby. Banyak kotor. Aunty pigi dulu ya,”
Rory tenang melihat aunty Tina melangkah meninggalkannya. Dia mengelamun seketika. Oh yaa. Thumb Print. Baru dia ingat yang dia belum lagi menekapkan ibu jarinya ke Thumb Detector. Ibu jari segera ditekapkan. Selang beberapa saat, laser hijau terpancar dari alat itu menandakan kehadirannya sudah direkod. Rory mengangkat bagasinya lalu masuk ke ruangan kolam utama yang menempatkan kolam untuk acara renang, dan satu kolam untuk acara terjun dari papan anjal serta platform. Rory melangkah laju menuju ke tempat duduk yang paling hampir dengan kolam acara terjun. Jam dikerling. sudah 8.15 pagi. Agak lama juga masa yang dihabiskan dengan aunty Tina tadi.
Bagasinya dibuka. Sepasang swimming trunk digapai. T-shirtnya tadi ditanggalkan lalu dilipat kemas sebelum dimasukkan ke dalam bagasi. Begitu juga dengan jeansnya. Swimming cap dan google sudah dipakai. Rory bingkas bangun lalu menuju ke Platform 10M. Sayup di bawahnya kolam jernih menantinya untuk terjun setelah dia bersedia.
“It’s secure up here. I’m ready to dive in,”
“Do it,” Suara itu sayup kedengaran menerusi jam yang dipakai Rory.
Rory bersedia. Air di bawah cukup tenang dan jernih. Dia berdiri membelakangkan kolam. Serentak dengan itu dia tunduk, mencecah tangannya ke lantai platform dan menggunakan kekuatan kedua-dua tangannya untuk ‘menampung’ berat tubuhnya. Lantas dia terjun dengan 2 somersaults, berpusing-pusing sebelum kepalanya mencecah muka kolam sehinggalah keseluruhan badannya memasuki kolam.
![](https://img.wattpad.com/cover/55130387-288-k282452.jpg)
YOU ARE READING
Jarum
Science FictionMengisahkan sambungan cerpen Kyle; Kembali terbitan Lejen Press pada Disember 2013. Setelah menyelesaikan serangan Nirrajim, si bomoh yang mahir dengan ilmu hitam, rakyat Kubang Kerian mula menaruh impian dan mengangkat Kyle sebagai ikon bandaraya t...