Hanya Kamu ( Ketika Itu )

17 0 0
                                    

Tersenyum aku sendiri,
Malam itu,
Melihat gambarmu,
Ditemani lagu Jelita dari Kyoto Protocol,
Aku terus mencuri lihat gambar -  gambarmu,

Aku tahu kau pendiam,
Aku tahu kau underdog di sekolah,
Dan aku juga tahu yang engkau jarang menangkap gambar,
Walaupun gambar selfie ataupun gambar ramai - ramai,
Kerna itulah aku terpaksa curi lihat gambarmu dari fb dan ig kawanmu,

Aku ada gambar kau sebenarnya dalam fone ini,
Itu pun kerna kawan kau bagi kepada aku,
Untuk di - present-kan kepada seluruh form 6,
Semasa jamuan tingkatan 6,
Dua tahun lepas,

Aku ingat lagi ketika hari itu,
Di Hari jamuan tingkatan 6 itu,
Pertama kali aku lihat kau memakai baju biasa,
Selain baju sekolah,
Kau pakai gaun ketika itu,
Walaupun kau hanya nampak biasa -  biasa sahaja,
Berbanding dengan kawan Melayu perempuan aku ketika itu,
Yang kebanyakkannya aku hampir tak 'cam' sebab make up tebal sangat,
Tetapi kau masih mampu membuatkan diri aku kelam,
Kerana bagi aku kaulah yang paling cantik hari itu,

Kerna, 

Kau yang satu bagiku ketika itu.......




CerilaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang