"Korang tahu tak permainan 7 minutes in heavens?"soal Blossom sambil menyengetkan kepalanya ke kanan seperti budak kecil.
Joker menjongket bahu."Aku pun tak tahu."
"Sama jugak."kata Light.
Blaze mengeluh."7 minutes in heavens tu boringlah..."
Joker,Light dan Blossom memandang ke arah Blaze."Kenapa pulak boring?"
"2 orang yang terpilih akan masuk ke dalam almari yang sempit selama 7 minit.Korang boleh buat apa-apa je dalam tu.Bergaduh,berpeluk,bercerita...bergelut pun boleh."
"Oh..."Blossom memetik jarinya.Dia tersenyum sampai ke telinga."Apa kata kita cuba main?"
"Bolek gak!"jawab Joker.
"Aku pun nak join!"jawab Light pula.
Blossom menjeling ke arah Blaze yang sedang hanya membaca buku.Dia mengerut dahi.Tak ada kerja lain ke selain baca buku?desis hatinya."Adrian,kau nak join?"
Blaze menggeleng perlahan."Tak naklah."
"Alaa...jomlah!"pujuk Blossom sambil menarik lengan Blaze.
Blaze mengeluh.Macam budak-budak...manja sangat!monolognya."Yelah,yelah.Aku join."
Blossom tersenyum.Dia menepuk tangannya seperti budak kecil yang riang."Yay!Jomlah mulakan!"
"Kita guna botol ni!"Joker mencadang.
Ariana mengangkat kening sebelah."Guna botol ni sebagai apa?"soalnya sambil menunding jari ke arah botol tersebut.
Joker menepuk dahi."Aduh...kau ni,Ariana..."
"Aku tanya je.."
"Dah lah.Jom kita mulakan permainan!"ujar Light.
Joker memutar botol tersebut.Apabila botol tersebut habis berputar,hujung mulut botol itu menunding ke arah Blaze.
"Baiklah,Blaze!Sekarang kita perlu cari teman dia pulak!"riang Ariana.
Light memutar botol itu sekali lagi.Kali ini,mulut botol tersebut menuju ke arah Joker.Mata Joker terbeliak."Aku?!"
Blossom tertawa."Hahahaha!Baiklah,korang dua!Masa untuk masuk dalam almari!"
Sebelum Joker dapat melarikan diri,Blossom menolak Joker dan Blaze ke dalam almari.Joker mengerut dahi.Dia duduk bersila.Geram!
"Jeez,kenapa aku kena dengan kau?!Aku lebih rela tersekat sini dengan Blossom atau Light."rungut Joker.
Blaze hanya menjongket bahu."Kau sendiri setuju nak main permainan ni,kan?"
Kening Joker terangkat sebelah.Dia memeluk tubuhnya."Hmm...aku pun tak tahu kenapa aku nak sangat main.."
"Oh,ya!Kau suka Blossom ke?"
Blaze tersedak.Mukanya menjadi merah."O-oi!Kenapa dengan soalan tu?!"
Joker tersengih."Kau suka dia lah tu~"
Blaze mengerut dahi.Tiba-tiba,dia tersengih."Kau pulak?Kau suka Light,kan?"ejek Blaze.
Mata Joker terbeliak."E-eh?!Aku?!Mana ada!"
"Tipu!"
"Kurang ajar kau!"Joker terus menyerang Blaze.
Blaze terkejut lalu mengelak.Masing-masing bergelut,membuatkan almari bergoyang.Blossom dan Light hairan.Apa entah yang mereka sedang lakukan.Bertinju ke?
Tiba-tiba,almari itu terjatuh atas Blossom dan Light.Blossom menjerit kerana terlalu terkejut.
Blaze dan Joker keluar dari almari tersebut.Mata mereka terbeliak apabila melihat dua perempuan tersebut kena hempap dengan almari.
"Korang okey ke?!"tanya Joker.Panik!
"Aku nampak macam okey ke?!Tolonglah angakat almari ni!"ujar Blossom sambil menahan kesakitan.
Light mengerut dahi."Korang berdua buat apa kat dalam tu sampai almari ni boleh jatuh?!"
"Tak ada apa-apa."
Blaze dan Joker terus mengalihkan almari tersebut dan menolong Light dan Blossom untuk berdiri.Blossom berasa sangat geram.Melihat jelingan tajam Blossom,Joker dan Blaze tersenyum kelat.
"Gomenasai."
"Memang patut pun!"marah Light sambil memeluk tubuh.
_________________________________________________________________________
A/N:
Korang rasa best tak?Tolong comment dan beritahu pendapat anda!Sorrylah yer...saya ni tak pandai sangat bila bab menulis fanfiction ni.Harap korang fahamlah.
-Ariana
YOU ARE READING
Random with Kaitou Joker and the others!
RandomKisah pendek tentang aktiviti random yang dilakukan oleh Joker dan rakan-rakannya yang lain!Penuh aksi,penuh drama,penuh gelak ketawa dan banyak lagi!