"Boring..."kata Ariana.Matanya masih memandang siling dan tidak pernah berganjak dari katilnya.
Kaitou Blaze telah pergi mencuri harta seorang diri.Light dan Joker pula kena tolong Silverheart mengemas rumahnya.Kini hanya tinggal dirinya seorang di kapal milik Light.
Bunyi mengiau dari kucing peliharaannya didengari.Lantas Ariana bangun dari katilnya dan memandang ke arah kucing tersebut.
"Kenapa ni,Aoi?"soal Ariana dengan manja.
Aoi hanya mengiau sambil menunding kakinya ke arah buku masakan yang berada di atas lantai.Kening Ariana terangkat.Dia mengutip buku tersebut dan menyelak setiap muka surat.
"Bijaknya Aoi!"ujar Ariana lalu berlari ke dapur.Apron biru yang bercorak bunga sakura dipakai.Ariana terus mencari bahan-bahan seperti tepung,gula dan lain-lain.
"Aku akan buat kek vanila!"
~*~
"Kau rasa apa Ariana tengah buat sekarang ni,ya?"soal Light sambil menyapu lantai.Tiba-tiba,batang penyapu Light terpatah hanya kerana dia menggenggam batang tersebut dengan kuat.
"Light,ni dah kali ketiga kau patahkan batang penyapu!Tak perlulah nak risaukan Blossom tu sangat sampai boleh buatkan kau tiba-tiba ada kuasa gorila."ujar Joker.
"Apa kau kata?!Gorila?!"Light terus menggunakan penyapu yang keempat untuk menyerang Joker.
Akhirnya,rumah Silverheart kembali bersepah.
T
I
M
E
S
K
I
PSilverheart menjadi pucat kerana terlalu terkejut.Light dan Joker tersenyum kelat.Apa yang tidaknya?Pasu berharga telah hancur berkecai.Lima batang penyapu sudah patah kepada dua.Semua sampah sarap berselerak di lantai,meja,malah di atas sofa.Wajah mereka pula lebam kerana pergaduhan tadi.
"R-rumah saya.."
Joker dan Light laju menundukkan kepala mereka."Kami minta maaf!"
"Sebenarnya semuanya salah Joker sebab dia yang nak cari pasal dulu!"kata Light sambil menunding jarinya ke arah Joker.
Mata Joker terbuntang luas."Aku?!Hei,kau yang patahkan semua penyapu tu dengam kuasa gorila kau tu!Kenapa pulak semua ni salah aku?!"
Spade dan Queen hanya memerhati dari jauh dan tersenyum kelat.
"Nampaknya mereka bergaduh lagi.."ujar Queen.
"Nak buat macam mana?Rutin harian diaorang."
~*~
"Kami dah balik."
Ariana tersenyum lebar lalu berlari ke ruang tamu.Tetapi wajah riangnya bertukar terkejut.Muka Joker dan Light dipenuhi dengan lebam dan cakaran.Blaze pula kelihatan seperti terkena kejutan elektrik.
"Apa dah jadi?!"soal Ariana.
"Hari paling malang di dunia."jawab Blaze,Joker dan Light sebelum melabuhkan punggung ke atas sofa.
"Huh?"Kening Ariana terangkat."Apa-apa je lah.Aku ada buat kek vanila!"ujarnya.
Joker,Blaze dan Light tersenyum kelat sebelum menelan liur.Kek vanila?
"Jomlah makan!Sedap~!"
Tiba waktu malam,mereka berebut untuk memasuki tandas.

YOU ARE READING
Random with Kaitou Joker and the others!
AcakKisah pendek tentang aktiviti random yang dilakukan oleh Joker dan rakan-rakannya yang lain!Penuh aksi,penuh drama,penuh gelak ketawa dan banyak lagi!