Bab 1

106 3 0
                                    

Di dapur, Annur sedang berperang dengan kuali dan juga sudip untuk memasak nasi goreng. Entah apalah mimpi gadis tersebut tiba-tiba sahaja ingin memasak nasi goreng. Sebelum ini belum pernah dia menggoreng nasi meskipun sekali. 

Goreng telur sahaja sudah hangit inikan pula memasak nasi goreng. Itu memang bukan bidang Annur. Kalau bab menipu, hipnotis, menyamar dan kelentong orang itu barulah betul-betul bidang Annur. Dia sememangnya pakar dalam melakukan perkara-perkara tersebut. 

Sesudah sahaja menggoreng nasi, Annur tersenyum puas meskipun nasi yang digorengnya tersebut terlalu banyak celanya. Luaran memang nampak buruk tetapi dalamnya memang gempak pergh. Itu kata Annur lah. 

Buat seketika Annur termenung sejenak. Itu merupakan hobi keduanya, iaitu termenung. Apabila dia mula termenung memang payah nak sampai ke alam realiti kembali. Paling cepat pon adalah dalam 10 minit. 

Setelah lima belas minit berlalu barulah Annur kembali ke alam realitinya. Dilihat jam pada dinding sudah menunjukkan pukul 7.00 pagi tetapi kelibat adiknya, Hanie masih belum kelihatan. 

Annur menggaru kepalanya yang tidak gatal. Haih hairan pula dibuatnya. Kebiasaannya adiknya sudah turun untuk ke sekolah sebelum pukul 7.00 pagi lagi. Dia segera memanjat tangga untuk naik ke atas. Nasi yang dimasaknya tadi juga sudahpun sejuk. 

"Hanie! Hanie! Nak pergi sekolah tak ni?" Jerit Annur sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik adiknya tersebut. 

Annur terus membuka pintu bilik adiknya apabila gadis tersebut tidak menyahut panggilannya. Buntang matanya apabila melihat Hanie masih lagi nyenyak diulit mimpi.

"Ya Allah budak bertuah ni tak bangun lagi? Hoi bangun la budak kecik! Dah pukul sepuluh ni. Kau nak pergi sekolah ke tak nak? Ni tidur pukul berapa ni semalam?" Annur sudah mula membebel. Bukan itu sahaja, bantal di sebelah kepala Hanis dicapai lalu dia menampar-nampar Hanie menggunakan bantal tersebut. 

"Akak! Kenapa tak kejutkan Hanie?!" Teriak adiknya tersebut seraya melemparkan bantal yang berada di tangan kakaknya ke tepi. 

"Lah akak tengah kejutkan kau lah ni. Kau nak pergi sekolah tak ni?" Soal Annur.

Hanie terus bangun seraya mencapai tualanya. "Mestilah nak! Hari ni ada kelas bio kot." Balas Hanie seraya terkocoh-kocoh berlari menuju ke tandas. 

Annur hanya menggeleng-geleng perlahan melihat telatah adiknya tersebut. 


*****

Di dalam kelas, Hanie tersenyum lega setelah tibanya waktu rehat. Sungguh sedari tadi lagi dia menahan mengantuk yang amat. Perutnya juga berasa sungguh lapar. Sekarang, dia mahu memanfaatkan masa rehat yang ada dengan sebaiknya.

"Woi Hanie, asal mata kau tu berkilo-kilo eyebag hah? Kau tidur pukul berapa semalam?" Soal Nisa yang duduk bersebelahan dengannya.

Hanie diam sejenak. Dia mengeluarkan bekal yang diberi oleh kakaknya pagi tadi lalu diletakkan di atas meja. 

"Entahlah Nisa.. Aku tidur pukul 3 semalam." Balas Hanie lemah seraya terus menguap. 

"MashaAllah kau buat apa? On the phone dengan Hisyam eh?" Soal Nisa dalam nada bergurau. 

Soalan Nisa tersebut mengundang jelingan Hanie. "Otp denganZakhwan kepala bana hang! Aku buat homework addmath la. Alih-alih hari ni cikgu cuti.Pergh sakit betul hati ni." Hanie menggelengkan kepalanya berkali-kali.

Nisa terus tergelak mendengar balasan yang diberikan oleh Hanie. Dia tahu sangat Hanie benci apabila dikaitkan dengan Hisyam, ketua kelas mereka yang sudah lama menaruh minat terhadap Hanie tersebut. 

SejiwaWhere stories live. Discover now