Bab 8

16 1 0
                                    

Juwita yang berada di hadapan cermin biliknya memberi sentuhan yang terakhir terhadap shawl di kepalanya. Dia mengukir senyum nipis tanda berpuas hati. Lalu dia mengambil sling bagnya di atas katil dan terus keluar dari biliknya tersebut.

"Zakhwan, akak dah nak pergi kerja ni. Duduk rumah elok-elok tau. Kalau nak keluar, call akak dulu." Pesan Juwita kepada adiknya yang sedang khusyuk menikmati spaghetti carbonara yang dimasak Juwita seusai solat subuh tadi. 

Zakhwan sekadar membuat simbol 'ok' menggunakan tangannya. Dia tidak dapat bercakap gara-gara mulutnya yang penuh dengan spaghetti. 

Tergeleng-geleng kepala Juwita memandang satu-satunya adik yang dia ada itu. Langkahnya pula laju melangkah ke muka pintu. Pintu dibuka. Tubuh tinggi lampainya itu senang sahaja melolos ke luar rumah. 

Kereta Viva hitamnya yang sedang terletak elok di garaj dibuka kuncinya. Kemudian dia memasukkan kunci ke tempatnya lalu memulas kunci tersebut. Serta-merta kereta vivanya mula bernafas. 

Pintu kereta ditutup kembali. Kini pintu pagar pula dibuka. Baru sahaja setapak melangkah, mata Juwita menangkap kelibat jiran sebelah rumahnya yang sudah bersedia bersiap untuk ke kolej barangkali.

"Eh Wafiy, Zoey. Nak ke kolej ke?" Tegur Juwita beserta senyum di bibir.

"Hai Juwita. Yup kita orang nak pergi kolej lah ni." Balas Zoey.

Juwita mengangguk faham. "Wafiy? Bila balik?" 

"Baru semalam sampai rumah. Saya pon rasa macam tak puas lagi cuti." Sambil itu Wafiy menyarungkan cermin matanya yang baru sahaja dilap kacanya menggunakan kain kecil yang sudah khas disediakan untuk mengelap kaca mata.

"Alah biasalah tu. Life student kan. Saya memang dah tak akan merasa semua ni. Anyway mana Hakim dengan Rafael?" Mata Juwita liar memandang mencari kelibat jirannya yang lagi dua orang.

Zoey dan Wafiy serentak mempamer senyum. Dia sudahpun mengetahui kisah hidup Juwita dan adiknya sejak mereka mula berkenalan sebagai jiran.

Sungguh, mereka sangat bangga dengan Juwita yang pandai berdikari dan sanggup mengetepikan pelajaran demi adiknya sendiri. Padahal umur mereka sebaya sahaja. 

"Dorang berdua ada kat dalam lagi. Kelas mereka start lambat rasanya. Ni awak nak pergi kerja ke ni?" Soal Wafiy kembali.

Zoey sudahpun lesap ke dalam rumah untuk mengambil barangnya yang tertinggal. Kini tinggal Wafiy dengan Juwita berdua sahaja di luar.

"Haah saya nak pergi kerja lah ni." Juwita menunduk sedikit. Malu barangkali. Mereka sebaya sahaja tetapi Juwita sudah tidak menyambung belajar sepeti Wafiy dan rakan-rakannya yang lain.

Wafiy mendekatkan tubuhnya dengan dinding yang menjadi pemisah antara rumah mereka. "Tak perlulah segan dengan saya. Seriously Juwita, saya bangga tau dengan awak. Memang cenggini hah" Wafiy mengangkat ibu jarinya ke arah Juwita.

Gelakan kecil terletus dari bibir mungil Juwita. "Ada-ada je awak ni Wafiy."

"Anyway.." Wafiy memandang sekeliling seketika untuk memastikan tiada sesiapa yang mendengar perbualan antaranya dan Juwita.

"Malam nanti saya nak ajak awak keluar boleh?" Sambung Wafiy dengan nada yang sedikit perlahan. 

Automatik jantung Juwita sudah laju mengepam darah. Haish Wafiy ini suka benar buat dirinya berdebar. Sudahla lelaki itu kacak. Pada pandangan matanya, lelaki itu mirip benar dengan Ezaidi Aziz. 

"Em tengoklah dulu. Kalau saya free bolehla. Apa-apa awak call jelah dulu." Balas Juwita lembut sahaja. 

Tiba-tiba Zoey keluar dari dalam rumahnya. Mereka terus terdiam. Hanya senyum berbalas di bibir masing-masing. 

SejiwaWhere stories live. Discover now