Annur mula mengukir senyum tatkala melihat kelibat Juwita yang sedang menunggunya di sebuah meja di kedai makan.
"Hai Jue. Sorry lambat. Dah lama ke tunggu?" Tegur Annur seraya melabuhkan duduk di sebuah kerusi di situ.
"Eh hai. Takdelah aku pon baru je sampai." Balas Juwita.
Annur hanya mengangguk faham. "Orderlah apa-apa dulu. It's my treat okay?" Ucap Annur tiba-tiba.
Juwita pula sekadar mengangguk. Lalu dia memanggil waiter dan mereka memesan makanan dan minuman yang sama sahaja.
"Annur, peribadi berpandukan cap jari ni boleh percaya ke?" Soal Juwita tiba-tiba mengundang senyum Annur.
"Hmm entahla. Tapi aku memang percaya. Sebab semua cap jari yang aku ada betul-betul menggambarkan peribadi aku buat masa sekarang. Kenapa kau tanya?" Soal Annur kembali.
Sebelum menjawab pertanyaan Annur, Juwita menggaru belakang lehernya yang tidak gatal. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia ingin bercerita kepada Annur.
"Taklah.. Kelmarin kau ada cakap cap jari whorl bagi jari telunjuk ni melambangkan seseorang tu tak suka and tak pandai menipu. Tapi, aku rasa aku ni jenis yang suka menipu." Ucap Juwita lambat-lambat.
Terus pecah ketawa Annur tatkala mendengar kata-kata Juwita tersebut. "Yang tu aku tak pasti. Kau fikir.. Ada ke orang dalam dunia ni yang tak pernah menipu? Aku rasa tak ada. Semua orang pernah berbohong, pernah menipu sama ada untuk kepentingan diri sendiri atau untuk menjaga hati orang lain.
Berbalik kepada soalan kau tadi, aku pon tak tahu. Tapi apa yang aku dapat simpulkan dari sini, mustahil untuk menipu tu mungkin sahaja kau ni jenis yang jujur dan ikhlas apabila memuji orang. Kalau kau cakap seseorang perempuan tu cantik, maknanya kau betul-betul maksudkannya.
Adik aku pon pola cap jari dia whorl. Tapi dia ni jenis yang suka bodek orang, suka puji orang padahal langsung tak ikhlas. Tapi, kalau bab kelentong orang dia memang fail. Dia cepat gelabah dan memang sangat-sangat tak pandai menipu. So, aku rasa even pola cap jari kita sama, sama ada whorl ke, loop ke, ataupun arch, perwatakan kita tetap tak sama." Terang Annur panjang lebar.
Terlopong Juwita mendengar penjelasan yang diberikan oleh Annur sebentar tadi. "Kau ni hebatlah Annur. Aku kagum dengan kau. Dahla cantik." Puji Juwita lagi tidak semena-mena. Gadis itu suka benar memuji kecantikan Annur.
Annur hanya tersenyum. Dalam hatinya dia sudah berasa lain macam. Dia dapat merasakan dia pernah mengenali Juwita sebelum ini. Namun dia sendiri tidak pasti sama ada betul atau tidak. Hanya terdapat satu cara untuk mengesahkannya.
"Jue, cuba kau pandang mata aku." Arah Annur tiba-tiba. Dia ingin cuba menghipnotis gadis tersebut dengan caranya. Dia sendiri tidak tahu adakah ianya berkesan atau tidak kerana sebelum ini kebiasaanya dia menggunakan jam randik.
Tanpa banyak soal, Juwita hanya mengikut apa yang disuruh Annur. Dia segera memandang ke dalam mata Annur tanpa tahu apa tujuan sebenar Annur menyuruhnya berbuat demikian.
Beberapa minit berlalu, Annur melihat Juwita seolah-olah telah dipukau. Dia terus tersenyum. "Kau pernah menipu?" Soal Annur.
"Pernah." Laju sahaja gadis tersebut menjawab.
"Memang selalu atau kadang-kadang je?" Soal Annur lagi ingin tahu.
"Selalu. Dulu aku menipu orang hari-hari. Sekarang jarang-jarang"
Terkejut Annur dibuatnya mendengarkan jawapan yang diberi oleh Juwita.
"Kenapa kau menipu?"
"Aku menipu untuk dapatkan duit."
YOU ARE READING
Sejiwa
RomanceKetidakpuasan hati yang membuatkan Annur Syahidna dan Juwita menjadi seorang penipu. Meskipun mempunyai perwatakan dan wajah yang jauh berbeza namun mereka mempunyai satu persamaan yang sama iaitu menipu. Namun Annur menipu hanya sekadar suka-suka...