Tergesa-gesa Wafiy menyemak barang-barangnya yang perlu dibawa balik ke kampus. Cuti semesternya telah pun berakhir. Malam ini, dia perlu pulang kembali ke kampusnya nun di Kuala Lumpur sana.
Saat kalut mengemas, ada pula barangnya yang terjatuh. Wafiy mendecit seketika. Apa benda pulak yang jatuh ni. Segera dia menuju ke kotak yang bersaiz sebesar kotak kasut itu. Namun tiba-tiba dia tergamam.
Ini bukankah kotak kenangannya bersama Annur? Sudah lama dia menyimpan kotak tersebut sehingga dia sendiri sudah lupa di mana dia menyimpan kotak tersebut. Kenapa malam ini juga dia harus menemui kotak itu?
Perlahan-lahan Wafiy mengambil seutas jam tangan G-Shock yang tersembul keluar daripada kotak tersebut. Jam ini pernah diberi oleh Annur satu ketika dahulu. Dia telah pun menghentikan jarum jam tersebut daripada bergerak. Suis untuk dihidupkan ditekan kembali.
Serta-merta jam tersebut mula bernafas kembali. Dalam diam, Wafiy mengukir senyum. Kenangannya bersama Annur dahulu kembali menyinggah di ingatannya. Apalah yang sedang dilakukan Annur ketika ini.
"Wafiy!" Jerit Annur seraya berlari-lari anak menuju ke arah Wafiy yang ingin pulang ke asramanya.
Wafiy menoleh ke kiri dan kanan seketika sebelum memandang ke arah Annur kembali. Bimbang sekiranya ada orang lain di situ akan melihat mereka berdua. Tidak mahulah dia terkantoi. Nanti teruk pula mereka dibahan.
"Kau ni kalau menjerit tak boleh kuat lagi ke?" Perli Wafiy saat Annur sudahpun berada di hadapan matanya.
Annur hanya tersengih. "Boleh je, tapi nanti aku takut orang lain dengar, habis kantoi."
Perlahan-lahan Wafiy menggelengkan kepalanya. Annur ini ada sahaja yang hendak dijawabnya. Memang Annur sangat sesuai sekiranya mengambil bahagian dalam pertandingan bahas kerana gadis ini terlalu suka menjawab.
"Ada apa kau terpekik terlolong panggil aku?" Soal Wafiy mula serius. Bimbang sekiranya ada orang yang akan datang kesitu.
Annur menyua senyum manis seketika. "Happy birthday!" Ucapnya sabil menghulurkan sebuah kotak kecil kepada Wafiy.
Berkerut dahi Wafiy memandang kotak di tangan Annur tersebut. "Weh, kau ni bongok apa? Birthday aku dah lama lepas kot."
Dengusan kasar diberikan oleh Annur. "Alah kau ni ambik jelah. Orang dah bagi." Geram pula Annur terhadap Wafiy ini. Suka sangat berkasar dengannya.
Dengan teragak-agak Wafiy mengambil kotak tersebut. "Aku bukak eh?" Pinta Wafiy seraya terus membuka kotak tersebut tanpa sempat Anur berkata apa-apa.
Saat kotak tersebut dibuka, terus buntang mata Wafiy melihat seutas jam tangan G-Shock. Dia amat pasti itu adalah G-Shock original. Wafiy amat mengenali Annur. Annur tidak pernah memberi barang local kepada kawan-kawannya.
"Weh, Humaira'. Mahal kot. Kau ni kenapa susah-susah dekat aku hah? AKu tak pernah pon bagi barang semahal ni dekat kau." Sungguh, Wafiy sudah berasa seperti ingin menghantukkan kepala ke dinding sahaja saat ini.
Senyum masih terukir di ulas delima Annur. "Ala takpelah. Bukannnya mahal sangat pon. Lagipun aku akan tinggalkan kau kan? So, kau anggap jelah jam ni menunjukkan waktu tak akan pernah pisahkan kita. Walaupun aku jauh dengan kau, aku akan selalu ingat kau tau."
Wafiy mengerutkan dahinya. "Ni apa kau merepek ni? Tinggalkan aku lah, selalu ingat dekat aku lah. Duh, aku tak faham ah kau ni. Suka sangat cakap berbelit-belit macam India. Kau ingat aku ni orang sastera ke? Tak payahlah nak bersastera sangat dengan aku. Takdenya aku nak layan semua tu."
Sungguh Annur sedih melihat layanan yang diterimanya daripada Wafiy. Mungkin lelaki itu masih belum matang lagi buat masa ini. Annur yakin, satu hari nanti Wafiy akan terasa juga saat kehilangannya.
YOU ARE READING
Sejiwa
RomanceKetidakpuasan hati yang membuatkan Annur Syahidna dan Juwita menjadi seorang penipu. Meskipun mempunyai perwatakan dan wajah yang jauh berbeza namun mereka mempunyai satu persamaan yang sama iaitu menipu. Namun Annur menipu hanya sekadar suka-suka...