Setelah beberapa minit, game pertama sudah pon berakhir. Team merah mendapat mata tertinggi, team biru mendapat tempat kedua manakala di kedudukan terakhir adalah team kuning. Walaupon team aku dapat second place tapi perbezaan mata antara team aku dan team kuning hanyalah sebanyak 1 mata. Hadui, kena main betul2 ni.
"Well done guys. So, next game adalah lebih kepada fitness. Game ini memerlulan 3 wakil from each team" Fahmi memberi penjelasan.
Memang sah2 lah game ni aku, Yan dan Rain yang kena main.
"So, game ni simple je. Pernah dengar isi air dalam botol kan? Sounds a bit cliché but, nak susahkan sikit game ni, aku dan Hawa decide something memenatkan untuk game ni. Hawa, please explain. Asyik aku je ada skrip. Senang keje kau dalam cerita ni. Tak banyak dialogue." Fahmi ni, pandai bergurau.
"Eh kau! Aku dari first part story lagi dah diperkenalkan. First perenggan lagi. Kau hado?" Hawa mencemik.
Ok stop. Back to the story.
"For this game, hanya seorang daripada 3 wakil yang telah dipilih ditugaskan untuk mengisi air dalam botol. Yang lagi 2 tu, jangan ingat takdak apa nak dibuat. Hangpa kena buat sesuatu yang ehem2"
Apa lah tu?
"Ok, salah seorang yang daripada 2 orang tadi kena main hula hoop semampu yang boleh. Jikalau, mereka yang main hula hoop ini berhenti serta- merta the next person kena sambung buat sit up semampu yang boleh. Apa function buat semua ni? Just bayangkan, aktiviti hula hoop dan sit up ni macam stopwatch atau masa yang ada untuk isi air dalam botol kecik cenonet tu"
Korang faham tak game ni? Kalau still tak faham takpe.
Macam ni..
Kan game ni ada tiga wakil.
Wakil A, B dan C.
Wakil A - kena isi air dalam botol menggunakan sponge
Wakil B - kena main hula hoop
Wakil C - kena buat sit up.Wakil B dan C ditugaskan sebagai "timer" untuk wakil A mengisi air dalam botol.
Wakil B akan bermula main dulu dan jikalau dia dah tak mampu nak continue main hula hoop, wakil C pula akan buat sit up sebanyak yang boleh. Sebab if wakil C stop, maka wakil A tidak boleh meneruskan aktiviti untuk isi air dah.
Harap korang faham :)
Ok, game ni bagi aku simple je. Setakat isi air dalam botol. Hek eleh. Korek idong je la. Biar aku yang jadi tukang isi air tu.
"Aku nak jadi orang yang isi air tu. Sebab aku tak pandai main hula hoop dengan buat sit up" Yan meng-offerkan dirinya.
Huh?? Dah tu aku lah ni kena main hula hoop. Sebab memang tidak mungkin aku buat sit up. Hilang lemak perut mak nih. Mak tak sanggup, lemak kat perut ni berguna tau! Haha
YOU ARE READING
Meh Sini Darah Kau Sikit
Vampire"Aku benci kau Rain. SANGAT! Kalau kau mati then hidup semula pon aku sanggup bunuh diri! Penipu!" --Rose "Jangan minta mati Rose. Kau tak tau betapa seksa nya rasa mati tu" --Rain Please keep on reading. Kalau boleh sampai habis story. Maybe first...