Hari ini merupakan hari sekolah, aku bangun dari birai katil dan menuju ke bilik air.
Usai mandi, aku membelik muka menggunakan refleksi di cermin. Termenung seketika.
Luka apa ni ?
Apa yang aku nampak sekarang ada luka di leher, bentuknya seperti kena patuk ular tapi besar sangat kesannya. Takkan anaconda patuk pula ? Spesies tu makan orang.
Di sekeliling kesan luka, terdapat juga darah kering. Aku sendiri geli gemalan tengok.
Aku menyentuh lembut luka tersebut.
Sakit.
Serasanya, luka ni lebih kepada macam kesan gigitan orang.
Apa jadi semalam ?
**~~**~~**
Setelah siap memakai uniform sekolah, aku mendandan pula rambut dan muka. Rambut lebat dan panjang aku lepaskan, tidak mahu diikat. Actually, sebab nak cover luka itu. Kalau ibu nampak, mesti sesi soal siasat akan dibicarakan. Macam jawab soalan peguam dalam mahkamah.
Terasa hari ni diri sendiri macam terlebih cantik pula. Glowing2 muka kita hari ni, maybe sebab makan aura white kot semalam. Shake shake uolls~~ Uhuks.
Baju seragam sekolah pula nampak sangat smart dengan diriku. Baju kemeja putih yang dipadankan dengan blazer warna navy blue dan skirt flowy2 paras betul-betul atas lutut. Tak lupa jugak reben berwarna merah, tidak terlalu pekat atau terlalu terang.
Aku menuruni tangga dan melangakah ke dewan makan. Nampakny hampir kesemua penghuni rumah ni dah settle makan. Aku je ke yang terhegeh-hegeh lagi ?
"Flo, boleh cepat sikit tak?" Rain menegur aku. Macam annoyed dengan aku je laki ni.
"Yerlah..." Balasku.
Nak cepat sangat kan ? Ok !
Aku dengan pantas nya menyumbat sekeping roti putih di dalam mulut dan mengunyah dengan laju. Kemudian aku terus mencapai secawan teh panas dan meneguk air tersebut dengan rakus.
Makkkk ! Terbakar tekak den !
Setelah terkinja - kinja sebab effect air panas tadi, aku berjalan menuju ke ruang tamu di mana selalu Rain akan tunggu aku.
"Haa, jom ah. Terkedek - kedek, macam siput" kataku semasa berjalan di hadapan Rain sambil buat hair flip sikit. Cehwah, mentang - mentang hari ni muka tengah cantek.
"Eh, dia yang lem" Rain memberhentikan katanya.
Aku memusingkan badan menghadap Rain. Pelik
"Kenapa Rain?" Soalku.
"Tak. Takde apa - apa" Rain kini berjalan laju menuju ke kereta.
Aku memandang pelik ke arah Rain.
Kenapa eh ?
.....
Takkan lah ?
Dia nampak ke luka kat leher aku ni ?
Tu lah, sibuk lagi flip2 rambut.
Mesti dia geli tengok aku lepas ni....
**~~**~~**
"Rose...!!! Sini cepat " Hawa melambai - lambai memanggil ku macam patung kucing cina. Ala yang patung colour gold korang selalu nampak kat mana-mana kedai orang cina tu. Kan tangan patung kucing tu gerak-gerak. Haa, tangan Hawa macam tu lah, tapi versi nenek kebayan kerepot.
"Ada apa?" Tanyaku ringkas.
Baru je aku habis melepaskan hadas besar dan kecil (I tak berhadas dua2 serentak eh), Hawa dah panggil2 aku serupa anjing laut menepuk tangan.
YOU ARE READING
Meh Sini Darah Kau Sikit
Vampire"Aku benci kau Rain. SANGAT! Kalau kau mati then hidup semula pon aku sanggup bunuh diri! Penipu!" --Rose "Jangan minta mati Rose. Kau tak tau betapa seksa nya rasa mati tu" --Rain Please keep on reading. Kalau boleh sampai habis story. Maybe first...