Trip 4

92 5 4
                                        

"Rose, kau ok tak?" Hawa menegur aku.

"Aku ok lah" aku tersenyum kelat.

"Dah tu, kenapa mata kau merah? Hidung tu pon sama" Hawa memicit-micit hidung ku.

Sakit lah perempuan! Nak kena dia ni nanti.

Aku tau, aku dah tak boleh cover depan Hawa. Ye, memang aku menangis tadi. Gembeng tak?

"Mengaku je lah kau nangis sebab Rain marah kau tadi. Takyah sorok daripada aku, I saw everything"

"Sampai hati dia maki aku macam tu sekali dok. Semua orang nampak" mata ku mula berair.

"Sudah lah tu. Aku tau kau memang tak sengaja jatuh atas dia. Nanti dia ok lah tu, kau cool je ok?" Hawa cuba memujuk.

Aku merehatkan kepala aku di bahu Hawa, cuba menenangkan hati yang duka dan lara ni. Oh, aku keciwa..huhu

"Ok lah Rose, last game kejap lagi nak start. Aku kena pergi jumpa Fahmi ni. Kau nak aku teman kau jalan pergi ke team kau?"

"Takpe lah Rose. Aku dah ok, thanx pujuk aku"

"Ala benda kecil je. Kau kan memang cepat sentap dengan abang Rain kau tu, macam lah aku tak biasa" 
Cet! Sempat lagi kutuk aku.

Hawa berlari anak menuju ke arah Fahmi. Terukir satu senyuman di bibir aku melihat gelagat Fahmi dan Hawa ni. Kalau lah Hawa dan Fahmi tu faham sendiri isi hati masing-masing, kan senang sikit love story mereka. Takde la penulis susah-susah nak cerita panjang lebar nanti.

Hahaha ;)

Aku bangun dari bangku dan berjalan menuju ke arah team aku. Satu nafas berat dilepaskan. Atau lebih kepada keluhan. Fuhh, keep calm Rose.

Setibanya aku berkumpul dengan team sendiri, aku perasan Rain tiada bersama. Mana dia pergi? Marahkan aku lagi ke? Mata ku liar mencari-cari susuk tubuh milik Rain.

"Cari Rain ke?" Wan menyoal. Obvious sangat ke aku cari dia?

"Aku pon tak tahu dia pergi mana Rose. Lantak lah dia. Over sangat dia marah kau tadi, then nak menghilang tiba-tiba. Hal kecil nak dibesar-besarkan"  Wan menunjukkan rasa ketidakpuasan hati nya.

Aku hanya diam membisu.

"Okayyy korang! Attention!" Fahmi bersuara.

"Next game merupakan last game untuk hari ini sebab lagipon aku tahu korang semua tak sabar nak mandi2, berenang-renang, swimming2 kan?" Fahmi membuat aksi orang sedang berenang. Dah macam badut aku tengok dia ni. Hodoh semacam  dia terangkat- hangkat tangan   dia ke udara.

"Yeahhh!!!!!!" Semua rakan sekelas ku bersorak tanda bersetuju.

"Ok, let me explain macam mana game ni. Kalau tak explain nanti kau cakap aku tak banyak skrip. Senang buat job" Hawa mencelah.

"Game ni memerlukan 3 wakil. So, game ini similar macam game larian 4x400m kat sekolah tu. Just korang tak berlari lah kat sini, gila nak lari atas air. Game ni juga takde ukuran 400m persegi bagai. Just 3 wakil setiap team, hanya perlu berenang silih berganti dekat pool tu dan team yang paling pantas untuk berenang sehingga ke penamat mendapat mata tertinggi. Simple tak game ni?"

Simple sangat Hawa~~.

Hawau betul.

Tapi masalah nya aku ni berenang tak pandai sangat. Agaknya kalau aku berenang, tak sampai halfway berenang, aku dah tenggelam macam kapal titanic. Maybe, lagi teruk dari kapal tu.

Eh tak reti la swimming ni, terapung aje boleh lah. T_T

"Yan kau tak reti berenang kan? So, Rose kau kena lah main game ni. Boleh kan?" Joe memulakan plan.

"Er..a-aku" nak mengaku ke taknak? Nak ke tak?

"Ok" Erghhh!!! Mulut ni kenapa?? Bongok!

"Cantekk. Ok jom get ready" Joe menarik tangan aku.

Ya tuhannn, selamatkan lah hamba mu ini.

"Wan kau jadi yang first eh berenang? Sebab first part tu kau dah boleh speed awal2. Then aku yang second and kau last eh Rose. Sebab aku dah tengok pool tadi, last swimmer pendek je part dia. So, untuk tak burden kan kau, aku dengan Wan akan make sure berenang lelaju, then kau tak perlu lah stress sangat masa simming nanti" Panjang Joe explain.

"Aku ok dengan plan Joe. Lagipon kau perempuan kan, safety kau lagi penting. Ye tak Joe???"

"Haa betul tu, in fact aku tau kau tengah down pasal Rain tadi" Joe menambah.

Baik betul dua ekor ni. Terharu mak.

"Dah, takyah nak bersyahdu sangat. Aku pergi tempat aku dulu eh. Terima kasih korang, jasamu akan ku kenang" aku melambai-lambai ke arah Joe dan Wan yang sedang megekeh ketawa.

Haish, nasib baik lah aku kena berenang sekejap je. Bersyukur sangat!

Aku masuk ke dalam kolan tersebut. Sebelum wisel berbunyi, aku berlatih sikit skill renang aku yang dah lama berhabuk. Dalam 3rd try aku practice, skill berkarat renang aku dapatlah juga dilonggar-longgarkan sikit. Boleh la ni, daripada takde.

Wisel ditiup menandakan game sudah bermula. Rasa nervous tu bukan kepalang. Aku perhati dari jauh, pergh memang laju lah Wan swimming. Kalah team lain, dan nampaknya turn Joe pula. Boleh tahan juga dua orang ni.

Dalam tak sedar, Joe semakin menghampiri aku, ok Rose.....buat yang terbaik!

Aku mula berenang selepas Joe sudah sampai di part kolam aku. Struggling sangat. Aku dapat merasakan sendi-sendi aku, urat-urat, otot-otot aku bekerja bagai nak mampuih berenang sehingga ke garisan penamat. Aku tau, aku semakin hampir ke dinding kolam. Go Rose!

Bang!!!

Kenapa susah sangat nak bernafas ni?

Udara....

And...gelap.

Meh Sini Darah Kau SikitTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang