Bab 4

408 44 26
                                        

#getwellsoon #flightlogarrival #neverever #neverever5.6M #shoppingmall #daddybum #jacksonbirthdaysoon

.

Ahjumma menggelengkan kepala selepas melihat Youngjae yang berlari naik ke atas.

"Dah jom,  mari kita masak" ajak ahjumma.

Aku mengangguk tanda setuju. Aku mengekori belakang ahjumma. Dan kemudiannya sampai ke dapur. Dapur yang cantik. Dipenuhi dengan kabinet ala-ala barat. Kayu yang sangat berkualiti. Ish ish. Kaya betul Tuan Jb ni.

"Ahjumma nak masak nasi goreng kimchi, telur dadar, jjajangmyun"

"Waa.. Banyaknya" kata aku dengan nada gembira.

"Nae,  boleh tolong ahjumma pecahkan telur? "

"Nae" Aku senyum kegirangan.

***
"Kyummie,  bangunlah" Youngjae mengejutkan Yugyeom yang sedang nyenyak tidur.

"Jangan la tacau. Nak tido" Yugyeom memusingkan badannya ke sebelah lain.

"Bangun la" Youngjae menggoncangkan tubuh kecil Yugyeom itu.

"Tamau la" kata Yugyeom.

Youngjae tak putus asa. Dia menggoncangkan badan Yugyeom lagi. Kali ni dia bagi alasan lain.

"Mummy dah balik"

Yugyeom membuka mata seluas-luasnya. Dia bangun dari tidur. Youngjae menghisap ibu jarinya.

"Mummy? Jangan tipu titew" kata Yugyeom. Lalu membuat amaran keras kepada hyungnya itu.

"Tak tipu. Mari ikut hyung" Youngjae menarik lengan Yugyeom keluar dari bilik tidur mereka.

"Mane? "

"Shhh. Diam"

Youngjae dan Yugyeom berjengket-jengket menuruni tangga.

"Dah siap pecahkan telur" kata aku. Mangkuk yang diisi telur tadi aku bawa ke ahjumma yang tengah mencincang daging lembu.

Yug dan Youngjae terkedu selepas melihat kelibat aku yang berjalan mendekati ahjumma.

"Tu Mummy! "

"Mana Hyung tau? "

"Serupa macam dalam album yang Daddy bagi tu"

"Ye ke? Tapi Mummy dah pergi ke alam lain"

"Mana Yug tau? "

"Daddy yang cakap"

"...."

***

"Lepas ni nak buat apa pulak? " tanya aku.

"Hiriskan kobis ni boleh? " soal ahjumma lalu memegang bunga kobis yang bulat macam bola.

"Nae" aku kemudiannya mencari pisau dan papan kecil.

Sekali lagi aku berjalan ulang alik dekat dapur. Youngjae dan Yugyeom cepat-cepat naik ke atas. Diorang takut kalau aku perasan yang diorang tengah intai aku.

***
Youngjae dan Yugyeom masuk ke dalam bilik tidur mereka. Pintu ditutup perlahan.

"Bila Daddy nak balik? "Soal Yugyeom.

"Entah la"

"Call la"

"K"

[H] MAID ✿ || JbTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang