Bab 8

140 12 25
                                    

Day 1.

Kerja di rumah Tuan Jb sebagai seorang Maid memang mencabar. Aku tak pernah rasa letih macam ni. Anak-anak Tuan Jb teramat 'hyperactive'. Baru first day Hye Mi, jadi aku kena banyak bersabar. Aku cuba semai sifat positif dalam diri aku ni.

Sedikit coretan ringkas yang aku tulis di dalam diary harian hadiah daripada Hye Sung yang dibeli dari negara China. Dekat sini la tempat aku meluahkan rasa. Buku itu aku tutup perlahan lalu aku
letakkan ia di atas meja.

Otak aku berdenyut-denyut. Masih aku fikir cara untuk atasi kenakalan bebudak ni.
Hampir aku terlelap. Tiba-tiba ada satu suara kedengaran di dalam otak aku.

"Wajah cik iras mendiang Puan Im"

Aku tersentak dengan kata-kata itu. Lantas hilang mengantuk aku dan hati aku berdebar. Perasaan pelik menyelubungi badan aku.

Aku bangun ke tandas lalu mencuci muka. Kemudian aku melabuhkan punggung aku di katil.

"Hyemi" pintu bilik aku diketuk. Kedengaran suara ahjuma.Lalu aku membuka pintu.

"Hari ni Tuan Jb pulang awal. Jadi nak mintak Hyemi tolong ahjuma masak. Bolehkan?"

Aku mengangguk tanda setuju. Aku cuba mengukir senyum walaupun aku nak sangat baring dekat sofa empuk hanya 5 minit.

"Tsk tsk"

Aku dengar suara tangisan dari atas.

"Siapa menangis?" Soal aku.

"Taktahu. Mungkin Youngjae dah bangun"

"Ahjuma turunlah dulu. Hyemi nak tengok apa dah jadi dekat atas"

"Baiklah" ahjuma menguntum senyum.

Sebaik sahaja aku naik ke atas. Tangisan itu semakin kuat.

"e-eomma... eomma~"

Youngjae merengek rupanya.
Aku duduk di bucu katil. Dia terjaga kemudian dia bangun dan duduk.

"Youngjae.. jangan menangis. Nah" kata aku sambil menghulurkan botol susu.

"Youngjae taknak ni. Youngjae nak eomma" katanya lalu menepis botol susu yang aku pegang.

Ya Tuhan! Aku pun tak tahu nak buat macam mana. Mata aku mula berair. Aku mengelus lembut rambutnya.

"Tidurlah. Orang tua dulu ada cakap kalau kita rindukan seseorang, orang tu akan datang dalam mimpi kita"

"Ye ke? Tapi tiap-tiap hari Youngjae rindu eomma. Tapi eomma tak datang dalam mimpi Youngjae pun" keluh Youngjae.

"Kalau Youngjae jadi anak yang baik dan berjanji tak nakal lagi, eomma akan datang jenguk Youngjae. Ok ?"

"Kena jadi baik lah ni?"

"Ye. Dan jangan nakal-nakal" aku ketawa kecil lalu mencubit pipi Youngjae.

Youngjae mengukir senyuman.
"Baik! Youngjae janji tak akan nakal lagi. Sayang noona"
Youngjae mencium pipi aku. Dia menarik selimut kemudian memeluk Yugyeom dan terus tidur.

Ciuman ikhlas dari lubuk hati si kecil ini membuatkan hati aku mula berbunga. Betapa senangnya nak pujuk Youngjae dan aku berharap janji Youngjae ditepati.

***

5.30 p.m.

Aku di halaman rumah. Di kawasan nurseri. Ada sebatang pokok tua yang tak berbuah tertulis. 'Jaebum and Yeeun loving each other together forever'. Terdapat juga bentuk hati di sekeliling tulisan tersebut.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 26, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[H] MAID ✿ || JbWhere stories live. Discover now