𝓳𝓲𝔂𝓾𝓷
5 YEARS AGO
"awak memang betul sukakan senior yoongi ke?" tanya jimin kepada aku yang duduk di bangku di sekitar taman sekolah.
"ya hehehe." aku mengangguk kepala sambil tersenyum busuk.
"oooo awak tak nak bagi tahu dia?"
"tak nak lah saya buruk mesti dia tolak saya." aku membetulkan cermin mata.
"kenapa pula bagi jela tahu, mana lah tahu yoongi pun berminat berkawan dengan awak." kata jimin.
"yelatu dia nak berkawan dengan saya? macam tak je tengok lah awek-awek dia semua cantik kurus peloles tak macam saya." aku merendahkan diri sampai terhina diri sendiri.
"hahaha nak berkawan tak pandang rupa la wak." gelak jimin.
"tapi yoongi mesti pandang rupa..kalau dia dapat tahu saya suka dia, mungkin dia takkan berkawan lagi dengan saya."
"yoongi tak macam tu lah haiya jum balik kelas." jimin menghulurkan tangan dekat aku.
aku terus gapai tangan dia dan berjalan di sebelah dia.
"saya nak tanya kenapa awak nak berkawan dengan budak nerdy macam saya? sedangkan awak hensem."
"sa-ya... sebab awak tak macam perempuan lain dekat luar. awak ni jenis tak suka mengedik sebab tu la saya suka berkawan dengan awak" senyum jimin.
auw dia hampir buat aku jatuh cinta masa ni nasib aku setia dengan senior yoongi.
"hehehehe." tersengih aku apabila jimin berkata begitu.
jimin tersenyum perlahan sambil melihat aku dan kami menuju ke kelas masing-masing.
senyuman yang selalu aku lihat dekat jimin adalah senyuman fake yang aku sedar selepas semua kejadian tu terjadi.