𝓳𝓲𝓶𝓲𝓷
aku memerhati jiyun dan yoongi berbual.
nampak mesra dan aku hairan macam mana mereka boleh rapat sedangkan yoongi reject jiyun dulu?
ada something yang pelik kat sini.. aku lupa mesti yoongi takkan tahu jiyun ialah budak yang dia reject 5 tahun lepas sebab sekarang ni jiyun lawa gila lepas puberty hit dia.
jiyun akhirnya berjaya kau buat yoongi tersenyum busuk macam jamban berkerak tanpa kau gitau siapa diri kau sebenar.
jiyun,
kenapa awak sengaja munculkan diri awak tahun ni dekat yoongi?
apa jadi dengan awak?
kenapa awak berubah dalam sekelip mata,
dulu awak chubby, rabun, nerd, tak flaw sampai saya sangka yoongi takkan sukakan awak.
saya rindu diri awak yang dulu.
awak suka senyum dekat saya.
gelak bila saya mengusik awak.
tapi sekarang semuanya berubah sebab apa yang saya buat dekat awak dulu. terang-terang salah yoongi but awak masih marah kat saya? saya cuma nak tolong awak.
awak patut marah dekat yoongi bukannya saya jiyun.
awak buta jiyun, yoongi yang lukakan hati awak, malukan awak. yoongi hanya pandang kecantikan bukan keikhlasan hati awak tuh.
awak kejar orang depan dan langsung tak pandang belakang siapa kejar awak.
jiyun saya ikhlas sukakan awak sejak dulu lagi. saya tak kisah pun awak tak lawa. saya berbeza dengan yoongi yang tak tahu apa-apa pasal awak
tapi sayangnya awak bencikan saya dan sukakan orang yang bodoh
macam yoongi.
.・。.・゜✭・.・✫・゜・。.
5 years ago
"jiyun!" jimin menyambar pergelangan tangan jiyun.
"apa! lepaslah!" jiyun tepis tangan jimin dari menyentuhnya.
"kenapa awak ni?"
"awak tanya saya kenapa? sanggup ya awak buat saya macam ni?!
"apa yang saya buat? saya cuma tolong awak je."
"tolong awak kata?! tolong apa kalau malukan saya? ouh jadi ni la niat sebenar awak berkawan dengan saya?"
"bukan macam tu saya memang ikhlas tolong awak, saya sebenarnya..jiyun. saya sukakan awak." jimin cuba meluahkan perasaanya dan tidak mahu kehilangan jiyun.
pak!
jiyun menampar pipi jimin.
"sukakan aku? apa lagi jimin?! apa lagi plan kau nak sakitkan hati aku? mulai sekarang aku tak nak tengok muka kau dah sampai mati aku takkan maafkan kau! aku benci kau park jimin!" jiyun berlalu pergi dengan kemarahan.
jimin kelihatan sungguh kesal dan tak mampu nak berbuat apa-apa.