aku rasa ni bukan short story dah ni haha. part ni agak panjang.
𝓳𝓲𝔂𝓾𝓷
aku tersangat malu bila yoongi buat macam tu kat aku tapi lagi malu bila tersembur air dekat yoongi.
phone yoongi berbunyi dan menandakan ada mesej masuk.
yoongi lepaskan tangan aku lalu melihat mesej itu.
aku cepat berdiri dari posisi tadi dan kembali duduk sambil membetulkan skirt aku.
nasib pakai legging dalam skirt.
yoongi menaip lalu mengemas barang-barangnya di atas meja sambil minum air cokenya buat kali terakhir.
"saya kena pergi sekarang ni." yoongi bangun dari kerusi dan ingin pergi.
"nak pergi mana?" tanya aku ingin tahu.
"jimin, dia dah tahu siapa jiyun sekarang dia nak jumpa saya. awak baliklah rumah dulu malam nanti kita chat." yoongi berlalu pergi begitu saja.
otak aku kosong sekarang ni dan jimin tahu siapa jiyun? takkan lah jimin...
aku juga mengemas barang aku dan pergi dari kantin. phone dekat tangan kalut mendail nombor seseorang.
please jawab lah jangan buat aku macam ni jimin, jangan bagitahu yoongi sebelum aku bagitahu dia sendiri!
haih talian sibuk pula!
aku menghantar mesej dekat jimin
dia tak balas? macam mana ni!? nanti yoongi tahu aku jiyun sebenarnya mesti yoongi cakap aku permainkan dia.
aku cuba call jimin dan berharap dia jawab
"yeoboseyo?" yes, dia jawab.
"jimin aku--" langkah aku terhenti bila aku ternampak jimin di hadapan aku lalu aku mematikan talian dan berlari ke arah jimin.
"jimin aku..bukan. betul ke kau nak bagi tahu yoongi semua pasal aku ke?" suara aku menjadi takut.
"kalau aku cakap ya?" jawab jimin seperti memerli.
"tolonglah jangan! aku taknak yoongi tahu aku ni jiyun, kalau yoongi tahu mesti dia bencikan aku!"
"sampai bila nak gunakan nama orang lain untuk bersama dia? tak rasa bodoh ke buat camtu. oh ya lagi bodoh kau setia dekat orang macam dia dan tak nampak permata sebenar." dari tadi suara jimin seperti menyindir.
"a-ku..aku..ya aku bodoh memang bodoh. semua benda ni bermula dari kau! kalau kau tak malukan aku depan yoongi, aku takkan takut nak muncul depan dia!" aku tinggikan nada suara aku dan kesah pasal orang sekeliling.
"cukuplah ungkit 5 tahun lepas! aku bukan sengaja nak buat macam tu! sekarang aku tetap akan bagi tahu yoongi siapa kau sebenarnya! aku takkan biarkan kau jadi bodoh buat kali kedua."
aku tiba-tiba melutut dan air mata aku jatuh. maruah aku hancur sebab jimin sekali lagi.
hidup aku akan sengsara kalau yoongi bencikan aku, usaha dan sabar aku sampai ke tahap ini benar-benar menyakitkan kalau yoongi menjauhi aku dan kami kembali menjadi stranger.
"aku merayu jangan bagi tahu yoongi, aku takut nak kehilangan yoongi. aku betul-betul cintakan yoongi sepenuh hati aku, dia akan bencikan aku kalau dia tahu aku jiyun dan menyamar jadi eunsoo." rayu aku.
jimin terkesima melihat aku melutut sambil menangis.
"jiyun...." sebut jimin perlahan dan tergamam.
"aku memang nak maafkan kau jimin tapi aku tak boleh! sebab aku terlalu bencikan semua benda tu! termasuk kau!" aku meraup muka dan menangis sepuasnya.
jimin datang ke arah aku dan menarik tangan aku supaya aku berdiri kembali.
"jiyun, aku tak suruh kau maafkan aku, cuma aku nak kau tahu yang aku benci tengok kau setia dekat orang yang tak hargai kau sedangkan kat belakang kau dah ada orang tunggu kau sama macam kau tunggu yoongi."
aku memandang jimin dan tidak mengelap air mata yang bercucuran jatuh. aku agak keliru dengan ayat dia.
"aku suka kau sejak kau 11 tahun lagi.
"a-pa kau cakap ni jimin?" tanya aku, aku tahu jimin suka aku tapi sejak 11 tahun? aku memang ingat jelas jimin confess kat aku lepas aku dimalukan but aku anggap tu sekadar main-main.
"kau ingat tak sekolah rendah dulu ada buat lawatan ke pulau jeju? aku satu bas dengan kau. aku selalu usha kau masa tu kau cantik sangat, aku nerd dulu jadi aku mampu tengok kau je."
hati aku tersentuh kerana dia mengingati aku sewaktu aku sekolah rendah. jujur aku cakap sekolah rendah memang aku lawa but masuk je sekolah menengah, aku jadi hodoh gila sebab akil baligh hit aku.
"pastu aku kena pindah itaewon sebab ikut parents, start dari situ aku tak pernah lupa dekat kau. walaupun kau duduk dekat seoul, bila aku dah form 1. aku pindah balik seoul. aku tak sangka boleh terjumpa kau-"
"stop jimin, aku taknak dengar mesti kau terkejut tengok aku buruk dan tak selawa dulu."
"ya aku terkejut, aku memang kecewa dengan perubahan kau tapi aku tetap setia dekat kau dan cuba dekati kau sempena aku dah cukup handsome. bila aku dah berjaya berkawan dengan kau aku nak hubungan seterusnya tapi semua hancur bila kau suka yoongi. yoongi member aku jadi aku tak sampai hati nak bencikan dia jadi aku nak tolong kau walaupun aku terseksa."
ntah kenapa aku rasa bersalah dan tak masuk akal apa yang dikata jimin.
"pasal kejadian tu, aku nak tolong kau berkawan dengan yoongi dan bukannya bercinta dengan dia tapi member aku yang lain rosakkan. aku tak sangka jadi macam tu."
"j-jimin, kau suka aku lagi?" aku cuba ubah topik dan fokus kat jimin. aku rasa bersalah buat dia setia kat aku sedangkan aku tak suka dia langsung.
"yes."
air mata aku jatuh dan aku memandang langit. patutlah susah nak dekat dengan yoongi rupanya aku sakiti orang yang cintakan aku.
"aku boleh bahagiakan kau lebih daripada yoongi, jiyun. please terima aku dan lupakan yoongi." rayu jimin dan berharap aku balas perasaannya.
aku buntu, orang cakap ikut kata hati jangan guna simpati.
aku pilih..
"maafkan aku jimin, aku..aku setia dengan yoongi. aku minta maaf tapi aku tak rasa aku sesuai untuk kau." kata lalu aku berlari tinggalkan jimin bersendirian.
aku tak mampu pandang muka dia lagi, hati aku bercampur baur. benci dan simpati.
"goodbye jiyun, terima kasih untuk segalanya." jimin tersenyum hambar.