yoongi dan jiyun duduk di meja kantin. sejak pertemuan pertama mereka semakin rapat dan tidak lupa juga yoongi juga rapat dengan jiyun di app line.
selama sebulan jiyun menggunakan nama eunsoo untuk mengelak disyaki oleh yoongi dan selama itulah mereka chat di instagram. yoongi tidak tahu eunsoo ialah jiyun yang dia carinya. sampai sekarang.
"erm eunsoo, awak tahukan pasal jiyun secret admire saya?" tanya yoongi tiba
jiyun tersedak makanan yang dimakannya dan cepat-cepat yoongi memberikan air.
"k-enapa dengan dia?" tanya jiyun dengan nada yang takut.
"minum air tu dulu baru cakap kang tak pasal-pasal ada orang tercekik kat sini." suruh yoongi.
"erm baiklah." jiyun minum air tu lalu mengurut dada.
"jiyun tu suka tanya pasal awak. awak kenal jiyun tu ke-"
kali kedua jiyun tersedak air lalu tersembur dekat muka ploles yoongi akibat terkejut.
"aaa mianhae!" jiyun terkejut kerana tak sangka dia tersembur air dekat yoongi.
"aaaa takpa." yoongi mengelap wajahnya dengan tangan dan mukanya agak redha.
jiyun cepat-cepat mencapai tisu di beg sekolahnya dan mengelap muka yoongi dengan sapu tangannya dengan keadaan kalut.
jiyun kelihatan terkejut campur risau takut yoongi marah sebab tersembur dekat muka yoongi. kalau jiyun jadi yoongi pun dah lama marah kekaw dah even crush sekalipun.
"cukuplah muka saya dah kering." yoongi bersuara menyuruh jiyun berhenti.
"tapi rambut awak basah lagi, maafkan saya sebab tersembur dekat awak..." jiyun tunduk kepalanya kerana berasa bersalah dekat yoongi.
tak senonoh pula tu.
tiba-tiba yoongi menarik kedua-dua tangan jiyun sehingga muka jiyun betul-betul seinci dekat dengan muka yoongi.
"cukuplah, kan saya cakap dah takpa." kata yoongi sambil memandang tepat mata jiyun.
kalau jiyun tersadung confirm bibir jiyun dan bibir yoongi bersatu. pipi jiyun mula merah dengan tindakan yoongi.
.・。.・゜✭・.・✫・゜・。.
seorang pelajar lelaki melihat adegan jiyun dan yoongi, dia mengetap bibir menahan geram.
"aku biarkan mata aku tengok korang bersweet-sweet macam pasangan kekasih sedangkan korang pernah buat salah antara satu sama lain."
"jiyun maafkan aku, aku terpaksa bagi tahu yoongi segala-galanya tentang kau dekat yoongi. aku sakit tengok kau dengan dia bersama sedangkan yoongi yang salah bukannya aku sampai aku dibenci macam ni."
jimin menaip di phonenya lalu menghantar sms kepada seseorang.