~ BAB 23 ~

3.9K 123 1
                                    

Imran menarik kolar baju jihan.

" kurang ajar kau kan. Kau fikir... Aku akan putus asa macam tu je? Aku kenal dia dulu daripada kau dan aku berhak dapat dia daripada kau. Setakat harta yang kau ada tu, kau fikir aku takut dengan kau? " tegas imran.

" jadi, kau fikir dengan cara macam ni, kau akan dapat apa yang kau nak? Aku tak akan biarkan. Selagi aku ada, kau kena atasi aku dulu. " jihan tersenyum sinis.

Imran menjadi bengang. Dia lantas mengangkat tangannya untuk menumbuk tepat ke muka jihan. Tiba-tiba seseorang berteriak.

" stop! Both of you!! " teriak dania.

Fahmi lantas ke arah mereka lalu menolak badan imran yang sedang mencengkam kolar baju jihan.

Dania lantas menghampiri jihan. Pandangannya beralih ke wajah imran kemudian ke wajah jihan. Mereka berdua kelihatan tidak puas hati di antara satu sama lain.

" dah, jom. " kata dania lembut lalu menarik jihan pergi dari situ.

Imran hanya menjeling tajam ke arah mereka berserta senyuman sinisnya. Pandangannya beralih ke arah fahmi.

Fahmi juga hanya menjelingnya tajam dan berlalu pergi meninggalkan imran sendirian.

******

Dania menyapu ubat ke muka jihan yang luka akibat tumbukan kuat imran. Luluh hatinya apabila melihat jihan terluka.

Dia menyapu ubat dengan lembut ke tempat luka.

" kenapa boleh jadi macam ni? Kenapa perlu sampai bergaduh bertumbuk bagai? Tak boleh ke kalau berbincang baik-baik? " soal dania sambil melekatkan plaster luka ke muka jihan yang terluka.

Jihan hanya mendiamkan dirinya. Pandangannya juga diarahkan ke tempat lain.

" apa yang dah jadi ni? Apa yang imran cakap dengan awak? Hmm? Saya tak tahu apa yang awak berdua bincangkan, tapi perlu ke end up sampai macam ni? " kata dania.

Jihan masih lagi mendiamkan dirinya.

" jihan, saya cakap dengan awak ni. Awak dengar tak? " soal dania lembut.
Jihan lantas bangun dari duduknya dan berlalu pergi tanpa berkata apa-apa. Panggilan dania juga diendahkannya.

" jihan. " dania memanggil nama jihan lalu cuba mengejarnya. Tiba-tiba, tangannya di tarik oleh seseorang.

" kak ain. " sebut dania.

" biarlah jihan tu. Biarkan dia tenang sekejap, nanti dekat rumah baru sambung ye. Mungkin dia tengah marah dengan apa yang imran cakap dengan dia. Akak tak tahu apa yang dia orang berdua bincangkan, tapi akak yakin, ianya mesti pasal dania. Sabarlah ye. Akak doakan supaya semua ni cepat selesai. Okay? Kita biarkan jihan tenang dulu. Jangan risau, akak dan fahmi ada untuk dania. " kata kak ain memberi semangat.

Dia melihat jihan telah hilang dari pandangannya. Dania lantas memeluk tubuh kak ain erat.

******

Jihan masih lagi bengang dengan kata-kata imran sebentar tadi. Panas hatinya apabila mengingatinya kembali.

Langkahnya lantas terhenti apabila tangannya dipegang oleh seseorang.

" hai, maaf ganggu. Jihan kan. Aku, fahmi. Kawan dania. " terang fahmi.

Jihan hanya memandang wajah lelaki itu.

" aku tak tahu apa yang kau dan imran bincangkan dan aku tak tahu apa yang dia dah cakap dekat kau sampai kau orang berdua end up dengan bergaduh macam ni. Tapi, aku cuma cakap. Tolong, tolong jangan percaya dengan apa yang dia kata. Semuanya tak betul pun. Aku kenal dia, dan aku juga kenal rapat dengan dania. Dania dan imran tu, tak ada apa-apa hubungan pun. Ye, memang imran ada perasaan pada dania tapi dania sikit pun tak ada perasaan pada dia. Dia hanya anggap imran tu tak lebih dari sekadar rakan. So, aku harap, kau bincanglah baik-baik dengan dania. Aku cuma doakan yang terbaik je buat kamu berdua. " fahmi menepuk lembut bahu jihan dan berlalu pergi.

Jihan hanya memandang gerak langkah fahmi yang pergi meninggalkannya.

******

Imran melihat luka pada wajahnya di cermin muka miliknya. Dia membelek-belek mukanya lantas mencampakkan cermin tersebut ke meja.

Bengang dia apabila teringatkan situasi sebentar tadi.

Kedengaran seseorang menghempas pintu bilik rawatannya.

" kau ni tak ada adab ke?! " tegas imran.

" kau tak payah nak ajar aku pasal adab. Aku yang patut tanya kau soalan tu? Kau ni tak ada adab dengan orang lain ke? Dengan orang yang kau baru jumpa pun kau nak gaduh? Apa masalah kau sebenarnya ni? Apa yang kau nak? " bengang fahmi.

" kau.. Tak payah nak masuk campur hal aku. " tegas imran.

" apasal pula? Kes ni melibatkan kawan baik aku yang aku dah anggap dia sebagai kakak kandung aku. So, aku ada hak nak tahu. Apa yang kau dah cakap pada jihan? " soal fahmi menahan bengang.

" aku cakap, kau tak payah nak masuk campur!! " teriak imran lalu memukul meja kerjanya.

" aku yakin, mesti kau dah cakap benda yang bukan-bukan pasal kau dan dania sampai buatkan suami dia bengang macam tu, kan? Apa masalah kau sebenarnya nak kacau rumah tangga orang lain? Kau faham tak, dania tu dah jadi isteri orang. So, boleh tak kalau kau stop kacau hidup dia? Apa masalah kau nak kacau kebahagiaan orang
lain? " tegas fahmi.

" dania... Dia tak bahagia dengan suami dia. Mereka berdua tu kena kahwin paksa. Dania mangsa keadaan. Dia tak layak dapat lelaki macam jantan tak guna tu!! " bengang imran.

" dia bahagia atau tak, apa masalahnya dengan kau? Apa hak kau nak tentukan jihan tu layak ke tak nak jadi suami dia? Cuba kau tengok, dania tu hidup lagi ke tak? Kalau kau nampak dia masih hidup dan nampak ceria macam selalu, itu tandanya yang dia dan suami dia tak ada apa-apa masalah dan kau tak payah nak menyemak hal rumah tangga dia orang. Kau sibuk pasal hidup kau pun dah cukup bagus. Sekarang ni, tolonglah. Tolong lupakan perasaan kau tu pada orang yang dah bergelar isteri orang. Dia tu dah kahwin, dia dah ada suami. Lupakan lah perasaan kau tu pada dia. Jodoh semua terletak di tangan Allah. Kau tak boleh nak tolak takdir. Mungkin jihan memang dah berjodoh dengan dania. Sebab tulah cara mereka kenal pun dengan cara macam tu. Kau kena terima hakikat. " terang fahmi.

Imran hanya menundukkan wajahnya.

" ini, amaran aku pada kau. Tolong lupakan dania. Buang perasaan kau pada dia jauh-jauh. Jangan kacau hubungan mereka berdua lagi. Kalau aku tahu kau buat hal lagi, aku tak akan lepaskan kau. Kau tengok je lah apa yang aku akan buat nanti. " fahmi memberi amaran. Dia lantas keluar meninggalkan imran sendirian.

HER OVER FLOWERWhere stories live. Discover now