~ BAB 53 ~

3.6K 94 0
                                    

Imran termenung sendirian. Dia teringat kembali situasi di mana jihan ingin mencium dania di hadapannya. Dia tahu, jihan sengaja berbuat sedemikian hanya untuk membuatkannya cemburu dan panas hati.

Oleh disebabkan dia tidak mampu melihat mereka berdua, dia pun berlalu pergi.

Telefonnya berdering. Dia lantas mencapai telefon pintarnya lalu menjawab panggilan telefonnya.

" ye, ada apa ara call ni?... Dinner?...owh, okay. Tunggu saya dekat sana. Nanti saya datang. " imran pun menamatkan panggilannya dan bersiap untuk keluar makan malam bersama inara.

******

Dania tersedar dari tidurnya. Dia mencari telefon pintarnya dan mencapainya yang terletak di atas meja lampu. Dia melihat jam di telefonnya dan ianya menunjukkan jam 9 malam. Dia menyedari bahawa tudungnya juga sudah dibuka dan selimut menyelubungi badannya.

Dia duduk dari baringannya. Dia mencari kelibat jihan. Dia pun berdiri dan berlalu keluar dari bilik.

Dia menuju ke ruang tamu dan kelihatan jihan sedang duduk di kerusi rotan sambil membaca buku bacaannya. Jihan menyedari kehadiran dania.

" awak dah bangun? " soal jihan.

" awak ke yang letakkan saya dekat atas katil? " soalan dibalas soalan kembali.

" eh, tak lah. Tadi saya panggil sekumpulan monyet angkat awak sampai ke bilik. Awak berat sangat dan saya tak larat. Tu lah saya bayar monyet-monyet tu dengan pisang. " gurau jihan. Dania menaikkan keningnya dengan mukanya yang serius.

" saya gurau je lah. Ye, mestilah saya yang letakkan awak dalam bilik. Tak akan lah saya nak suruh imran yang angkat isteri saya dalam bilik. " kata jihan.

" apa dia? Imran? "

" hari isnin ni awak kerja kan? Jadi kita kena balik awal sikit esok supaya awak boleh rehat. " jihan mengelak daripada menjawab soalan dania tentang imran. Dia tidak sengaja tersebut nama imran di hadapan dania.

" a'ah, hari isnin ni saya kerja. Maaflah sebab awak kena dukung saya sampai ke bilik. Saya ngantuk sangat tadi sebab tengah hari tu saya makan ubat selsema. Saya rasa nak selsema tadi. Tapikan... Tadi saya terasa macam ada benda lembut sentuh dahi saya. Tapi saya tak tahu apa dia. Benda apa tu, hah? " bingung dania sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Jihan yang sedang membaca terhenti dan matanya juga terbeliak.

" benda lembut? Maksud awak? " soal jihan cuba untuk menggelakkan dania mengetahui bahawa dia telah mengucup lembut dahi dania tadi semasa dania sedang nyenyak tidur.

" saya pun tak tahu apa dia.. Benda tu rasa lembut dan berair sikit. Apa benda tu? " bingungnya lagi.

" a-ada kemungkinan itu... Cicak? "

" cicak?! Ewww.. It's gross. " dania mengelap dahinya berkali-kali.

Jihan berdehem kecil dan menyambung bacaannya. Dania memanggil nama jihan. Jihan lantas memandang dania.

" dania?.. Are you okay? " soalnya apabila dania kelihatan sakit sambil memegang perutnya.

" perut saya... Sakit.. Sakit sangat. " kata dania menahan kesakitan. Jihan lantas menghampirinya.

HER OVER FLOWERWhere stories live. Discover now