~ BAB 49 ~

3.5K 94 0
                                    

Dania turun ke tingkat bawah setelah selasai mandi dan solat maghrib sambil bersenandung lagu kegemarannya.

Dia ingin melangkah ke ruang tamu dan langkahnya terhenti apabila dia terdengar bunyi dari dapur.

Dia melangkah ke dapur dan melihat jihan sedang membuat sesuatu.

" abang?? Awak buat apa ni? " soal dania.

" i make dinner. " kata jihan lalu membasuh sayuran yang telah dikeluarkan dari peti ais.

" you want to make dinner? Wow.. Biarlah saya buat. " dania menghampiri jihan.

" no, no, no... Just sit there. Okay. " jihan menghalang.

" tak apalah. Biarlah saya buat. " kata dania dan jihan masih berkeras.

Dania pun duduk di kerusi kaunter dan menghadap jihan yang sedang memotong sayuran.

" need my help? " pelawa dania.

" nope. " balas jihan ringkas.

Dania memerhati gerak tangan jihan memotong sayur. Caranya memotong seperti sudah biasa memasak. Dia kelihatan seperti profesional.

" wow.. Awak nampak pro. Mesti awak selalu masak kan sebelum ni? "
Puji dania.

" saya pernah belajar di Australia sebelum ni dan saya kena masak sendiri kalau nak makan. " balas jihan

" no wonder. " dania menganggukkan kepalanya. Jihan pula tersenyum memandang dania

" auch!! " ngaduh jihan. Dania yang risau lalu melihat keadaanya.

" aahh.. You cut your finger. Are you okay? Baru je puji pro tadi. " kata dania lalu memegang jari jihan yang berdarah tadi lalu dibasuhnya dengan air paip.

" tahan sikit, ye. " kata dania dan meniup lembut jari jihan.

Jihan hanya merenung dania yang sedang meniup lembut jarinya. Jantungnya tanpa disedari berdegup kencang kerana dania sangat rapat dengannya. Dia berdoa di dalam hati supaya dania tidak akan mendengar degupan jantungnya itu.

Dania membalut jari jihan dengan pembalut luka.

" dah. " kata dania dan menoleh ke arah jihan.

Mereka berdua terkaku apabila wajah mereka amat rapat di antara satu sama lain. Mulut mereka seolah-olah terkunci dan tidak mampu mengeluarkan kata-kata mereka.

Dania yang terpaku dengan pandangan jihan tidak sengaja terlanggar sebilah pisau yang terletak di atas meja kaunter dan terjatuh.

Jihan yang menyedarinya lantas menarik dania ke dalam pelukannya untuk mengelakkan pisau tersebut terkena pada tubuh dania dan mampu membuatkan dania tercedera.

Jantung mereka berdua berdegup dengan lebih kencang apabila mereka berpelukan. Dania berasa selesa dengan pelukan jihan. Badan jihan yang hangat mampu menyejukkan tubuhnya yang kedinginan pada waktu malam yang dingin dengan hujan yang turun dengan lebat di luar.

Jihan juga berasa sebegitu. Dia juga dalam dilema.

' patut ke aku lepaskan pelukan ni? No, just stay a few minutes more. What? No! Let her go... But i don't want to. I want to stay like this. What are you doing, jihan? Let her go. What should i do? ' bisik hatinya. Dia berasa geram dengan suara-suara yang bermain dalam mindanya. Dengan rasa berat hati, dia melepaskan pelukan tersebut.

" sorry... Tadi pisau yang awak tak sengaja terlanggar tu jatuh. Sebab nak elakkan pisau tu daripada kena awak and injured, saya pun terpeluk awak. Sorry... Saya tak sengaja. " ucap jihan.

HER OVER FLOWERWhere stories live. Discover now