~ BAB 47 ~

3.7K 104 0
                                    

Fahmi berjalan menuju dari wad ke wad ketika waktu meronda. Dalam perjalanannya, dia ternampak seseorang yang amat dikenalinya.

" ummi... " panggil fahmi dan lantas berlari mendapatkan umminya.

Terlihat di wajah tua wanita itu tersenyum apabila melihat anak sulungnya berlari ke arahnya dan memeluknya erat. Dia memeluk anaknya erat.

" ummi buat apa dekat sini? Adik-adik pun ada? Kenapa tak bagitau nak datang? " fahmi menggosok kepala adik lelakinya sehingga rambutnya hilang kekemasannya.

" kami semua rindu sangat dengan kamu. Adik-adik pun tak habis-habis kata mereka rindu abang mi. Apa salahnya kami datang sini, kan? " kata umminya.

" kenapa tak balik rumah fahmi je? Ummi kan ada kunci pendua. " soal fahmi dan tersenyum.

" mana boleh masuk rumah tanpa izin owner nya. Hahaha... "

" ummi... Rumah fahmi, rumah ummi dan adik-adik juga. Tak apalah kalau macam tu. Shift fahmi pun dah nak habis sekejap lagi. Ummi nak tunggu dekat sini ataupun tunggu dekat kafeteria? Kafeteria ada je dekat
sana. " fahmi menunjukkan arah ke kafeteria.

" tak apalah, kami tunggu sini je. Kamu pergilah buat kerja kamu. " kata umminya dan fahmi akur lalu beredar pergi setelah umminya telah memberi keizinan padanya.

" tunggu tau. Jangan pergi mana-mana. Nanti fahmi nak bawa kamu semua pergi jalan-jalan. Tunggu tau. Bye" fahmi melambaikan tangannya ke arah ummi dan adik-adiknya.

******

Imran baru sahaja kembali dari rondaan wad dan kini dia hendak menuju ke kafeteria.

Dalam perjalanan ke kafeteria, dia ternampak seorang budak lelaki yang telah terduduk bersandar di dinding dan budak lelaki tersebut kelihatan seperti sedang dalam kesakitan. Dia lantas berlari mendapatkan budak lelaki tersebut.

" adik... Adik okay tak? " soal imran prihatin.

" s-sakit... " kata budak lelaki itu sambil memegang dadanya.

" sakit? Mana yang sakit? "

" s-sini... " budak lelaki itu menunjukkan dadanya.

Imran memeriksa keadaan budak lelaki itu dengan menggunakan steteskop.

" jom, abang bawa adik masuk bilik wad, ye? " kata imran lalu cuba mengangkat budak lelaki tersebut.

" fazrin!! " teriak seseorang. Imran memandang ke arah suara itu dan lelaki itu kelihatan sedang berlari dan menghampiri mereka.

" what the heck are you doing to my brother?! " kata fahmi lalu menolak tubuh imran sehingga dia terduduk ke lantai.

Imran hanya kaku tanpa membuat apa-apa.

Fahmi pun mendukung adik lelakinya dan berlari mendapatkan bilik wad

******

Fahmi pun keluar dari bilik wad yang menempatkan adik lelakinya.

" macam mana dengan adik kamu? " soal umminya risau.

" keadaan dia dah agak stabil sikit. Rasanya, asma dia datang balik. Dia ada bawa ubat dia tak? " soal fahmi.

" rasanya dia dah tak ada bawa ubat dia sejak dia rasa asma dia dah hilang. "

HER OVER FLOWERWhere stories live. Discover now