Episode 1

86 8 4
                                    

Cypher High School.

Dua orang pelajar perempuan sedang berjalan menuju ke kelas. Dalam perjalanan, mereka berdua terserempak dengan sekumpulan pelajar lelaki yang kesemuanya berwajah tampan iaitu 'The Bulletproof Boys'.

"Weh...Bulletproof Boys weh, tu lelaki idaman aku si Nam Joon tu," kata salah seorang daripada pelajar perempuan tersebut. "Eleh, Jung Kook lagi hensem la wei," kata seorang lagi yang merupakan kawan karibnya. "Kalaulah kita boleh dapat diorang tu kan bagus," pelajar perempuan itu berkata kepada kawannya.

//skip//

Kelas 3A21.

Han Eun Byul dan Na Hae Ra masuk ke dalam kelas. Mata mereka berdua secara serta-merta memandang ke arah sekumpulan pelajar perempuan yang dilihat sedang bergosip. Kumpulan itu diberi nama 'The Candy Girls' yang dianggotai oleh enam orang ahli.

Eun Byul memandang tepat ke arah ketua kumpulan 'The Candy Girls' iaitu Chae Soo Jung. Sejak dari dulu lagi, Eun Byul tidak suka akan Soo Jung. Salah satu sebabnya adalah, Soo Jung rapat dengan lelaki idaman Eun Byul iaitu Jeon Jung Kook.

//skip//

Waktu rehat, di kafeteria.

"Aku geram betul la dengan si Soo Jung tu," kata Eun Byul kepada Hae Ra. "Sabar jelah Byul oi," Hae Ra cuba untuk menenangkan Eun Byul. "Habis tu, kau tak geram ke dekat Sara? Dia kan rapat dengan Nam Joon," Eun Byul menyoal Hae Ra. "Geram tu geram jugak...hmm dahlah, daripada aku fikir pasal tu baik aku menikmati makanan ni dengan sepuas-puasnya lagi bagus," jawab Hae Ra.

"Kau ni...fikir makan je," kata Eun Byul yang kemudiannya mula menjamah makanan. "Nasib baik kimbap ni kegemaran aku kalau tak memang aku takde selera nak makan," Eun Byul berkata lagi.

(A/N: Dah lama betul tak makan kimbap...)

Chae Soo Jung, Kim Chae Rin, Park Ah Reum, Yoo Ha Neul, Jung Yuri dan Kang Sara. Mereka berenam merupakan antara pelajar yang berada dalam golongan berstatus elit, begitu juga dengan Bulletproof Boys. Eun Byul dan Hae Ra pula tergolong dalam kelas ketiga, kerana keluarga mereka berdua tidak sekaya keluarga ahli Candy Girls mahupun Bulletproof Boys.

//skip//

Hari Sukan bakal menjelma tidak lama lagi. Kesemua rumah sukan sedang membuat persiapan menjelang hari sukan.

"Kenapalah kita kena datang latihan rumah sukan? Bukannya kita terpilih pun nanti...last2 atlet jugak kan yang dipilih jadi wakil," rungut Eun Byul. "Hmm...dahlah cuaca sekarang ni tengah panas terik pulak tu," balas Hae Ra. Tidak lama kemudian, Kim Nam Joon iaitu kapten rumah sukan Paran (Biru), muncul untuk memberikan arahan.

"Tolong beri perhatian. Sesi pemilihan pasukan sorak akan diadakan sebentar lagi, dan saya dah arahkan Soo Jung untuk pilih 20 orang ahli bagi pasukan sorak Paran. Itu saja saya nak bagitau," kata Nam Joon kepada semua ahli rumah sukan Paran yang hadir ketika itu.

Siapakah 20 orang ahli yang bakal terpilih? Adakah peluang untuk Eun Byul dan Hae Ra terpilih menyertai pasukan sorak Paran?

-bersambung-

Cherry Bomb | 전정국Where stories live. Discover now