Episode 7

24 3 0
                                    

Di dalam kelas.

"Hi you alls, I nak jemput you alls ke majlis sambutan hari jadi I yang akan diadakan pada malam esok. Ha Neul, edarkan kad jemputan kat semua orang," Soo Jung membuat pengumuman kemudian meminta Ha Neul mengedarkan kad jemputan kepada semua orang di dalam kelas. "Oh ya, terpulang pada you alls nak datang ke tak, I tak paksa you alls untuk datang..." kata Soo Jung lagi. "Kau jemput kelas ni je ke? Kelas lain kau tak jemput?" Eun Byul bertanya kepada Soo Jung. "Kelas lain pun I akan jemput jugak, tapi kelas ni je yang I bagi kad jemputan...nak jimat kos printing," jawab Soo Jung.

//skip//

Keesokan malamnya.

"Happy birthday babe," Yuri mengucapkan selamat hari lahir kepada Soo Jung. "Thanks babe," Soo Jung mengucapkan terima kasih kepada Yuri atas ucapan tersebut. Yuri kemudiannya memandang ke arah Jin.

"Masa untuk kita bertindak," kata Jin sambil memandang ke arah Yuri. Sementara Nam Joon yang dalam sibuk melayan Sara, matanya tidak lepas daripada memerhatikan gerak-geri Yuri dan Jin. Begitu juga dengan Chae Rin yang sepertinya dapat mengesan ada sesuatu yang tidak kena.

'Kau nak sangat kan...takpe aku ikut je,' kata Jung Kook dalam hati. Rupa-rupanya Jung Kook juga ada agenda tersendiri menentang Jin dan Yuri. 'Kalau Nam Joon berjaya halang diorang lagi bagus,' fikir Jung Kook.

//flashback//

"Kau rasa Soo Jung anggap aku ni apa?" soal Jung Kook kepada Chae Rin. "Kalau Soo Jung betul-betul tak nak kat kau, aku kan ada? Atau kau anggap aku ni tak lebih daripada kawan?" kata Chae Rin kepada Jung Kook. "Bukan macam tu. Aku tau kau cuma nak gunakan aku untuk lupakan V," balas Jung Kook.

"Tapi kau tak kisah kan?" Chae Rin menyoal Jung Kook, tetapi Jung Kook tidak menjawab.

//end of flashback//

Ho Seok menarik Nam Joon keluar dari rumah Soo Jung. Jung Kook tahu bahawa Ho Seok bersubahat dengan Jin, manakala Areum dan Sara bersubahat dengan Yuri. Seboleh-bolehnya Jung Kook tidak mahu masuk campur urusan antara Ho Seok dan Nam Joon, tetapi...

"Jung Kook...yang lain ada kat luar, biar diorang uruskan Ho Seok. You have to stick with your plan," kata Chae Rin kepada Jung Kook. "Okay," balas Jung Kook lalu dia pun pergi meninggalkan Chae Rin.

//skip//

Beberapa hari kemudian.

"Later, in the future...I will reveal the truth," kata Jung Kook sambil membelek-belek sekeping gambar di tangannya. "Kau ingat kau boleh kenakan Jeon Jung Kook? Kau dah buat silap besar, Kim Seok Jin. Aku akan pastikan kau dengan Yuri menderita perlahan-lahan," kata Jung Kook lagi, kali ini sambil memandang ke arah cermin tingkap.

-bersambung-

Cherry Bomb | 전정국Where stories live. Discover now