Episode 8

36 3 0
                                    

(A/N: FF ni dah nak sampai ke penghujungnya...mungkin?)

Dua bulan kemudian.

Jung Kook menerima sekeping nota yang ditampal pada pintu lokernya. Nota itu bertulis, 'Jung Kook, ada benda yang aku nak bagitau kau. Aku nak jumpa kau kat atas bumbung waktu rehat nanti – Chae Rin.'

Kebelakangan ini, Jung Kook mengalami perubahan selera makan yang agak mendadak. Sehinggakan kawan-kawannya mulai berasa pelik. Kenapa agaknya ya? Tetapi bukan Jung Kook seorang sahaja, malah Seok Jin juga mengalami keadaan sebegitu rupa. Namun begitu...

"Kat Korea ni manalah nak cari gulai tempoyak ikan masin? Masak lemak cili api ke? Hmm kalau mak aku reti masakan Malaysia tak apalah jugak," Jung Kook bermonolog. Tidak lama selepas itu, Tae Hyung yang kebetulannya berada bertentangan dengan Jung Kook, ternampak Jung Kook yang sedang gelisah, lalu Tae Hyung pun pergi menegur Jung Kook. "Hai," Tae Hyung menyapa Jung Kook secara tiba-tiba menyebabkan Jung Kook sedikit terperanjat dengan kehadiran Tae Hyung.

"Kau ni dah kenapa gelisah semacam je aku tengok?" Tae Hyung bertanya kepada Jung Kook. "V...kau tau tak mana-mana restoran makanan Melayu kat kawasan bandar ni?" giliran Jung Kook pula bertanya kepada Tae Hyung. "Aku tak tau...cuba kau tanya Mia? Dia kan orang Melayu, mungkin dia tau kot," jawab Tae Hyung.

"Mia eh...okay, nanti aku cuba tanya kat dia," kata Jung Kook kepada Tae Hyung. "Tapi kenapa kau tanya pasal makanan Melayu? Kau mengidam ke apa? Entah-entah..." belum sempat Tae Hyung menghabiskan ayatnya, Jung Kook memberikan renungan tajam kepada Tae Hyung. "Jangan nak merepeklah...kalau betul, kenapa aku pulak yang kena sedangkan kau pun tau kan," Jung Kook membalas kata-kata Tae Hyung.

"Betul jugak...tapi peliklah," Tae Hyung mula berasa hairan. Kemudian Jung Kook teringatkan nota yang diterimanya tadi. 'Mungkin apa yang Tae Hyung cakap tu betul tak?' fikir Jung Kook.

//skip//

Jung Kook berjumpa dengan Chae Rin di atas bumbung, pada waktu rehat seperti yang diminta oleh Chae Rin. Agaknya kenapa Chae Rin mahu berjumpa dengan Jung Kook secara peribadi? Jung Kook merasakan akan ada sesuatu yang bakal mengejutkannya. Apakah sebenarnya yang Chae Rin mahu beritahu kepada Jung Kook?

"Ada apa hal kau nak jumpa aku secara 'private' ni?" soal Jung Kook kepada Chae Rin. "Erm...aku ada benda nak bagitau kau, tapi kau jangan terkejut pulak," kata Chae Rin kepada Jung Kook. "Hmm...cakaplah cepat, aku dah tak sabar nak dengar apa yang kau nak cakap," giliran Jung Kook pula berkata.

"Jung Kook...I'm pregnant," Chae Rin memberitahu kepada Jung Kook bahawa dirinya hamil. Jung Kook yang terperanjat, hanya berdiri kaku di situ. Jung Kook kelihatan seperti mahu menangis, namun dia cuba untuk menahan dirinya. Melihatkan reaksi Jung Kook menyebabkan Chae Rin berasa serba salah.

"Maafkan aku," Chae Rin meminta maaf kepada Jung Kook terlebih dahulu. Namun Jung Kook masih lagi diam membisu. "Aku tahu kau mesti rasa bersalah sangat kat aku...tapi bukan salah kau pun, aku yang..." belum sempat Chae Rin menghabiskan kata-katanya, Jung Kook telahpun meletakkan jari telunjuknya pada bibir Chae Rin.

"Bukan salah kau jugak," akhirnya Jung Kook bersuara kembali, kemudian mengalihkan jarinya dari bibir Chae Rin. "Itu je yang aku nak bagitau kau...aku pergi dulu," kata Chae Rin lalu dia pun berjalan pergi meninggalkan Jung Kook. Setelah Chae Rin hilang dari pandangan Jung Kook, barulah Jung Kook menangis teresak-esak.

Sementara itu.

"Hari ni aku tengok Jung Kook pelik semacam. Tadi je dia dah tanya aku ada tak restoran Melayu dekat-dekat kawasan bandar," kata Tae Hyung kepada Mia. "Oh...cakap pasal restoran Melayu, tadi Chae Rin ada jumpa aku, tanya soalan yang sama...erm aku pun tak tau kalau kat kawasan bandar ni ada ke tak restoran makanan Melayu," balas Mia. "Oh...kau pun tak tau eh hmm takpelah," Tae Hyung berkata dengan nada hampa.

'Jung Kook...dengan Chae Rin...hmm,' fikir Mia.

-bersambung-

Cherry Bomb | 전정국Where stories live. Discover now