Episode 4

40 3 1
                                    

(A/N: Ranking umur Bulletproof Boys adalah mengikut bulan kelahiran, yang bermaksud Hoseok adalah yang paling tua manakala Taehyung yang paling muda. Ketua kumpulan masih lagi Namjoon.)

Di kafeteria, selepas waktu rehat.

"Chae Soo Jung," Jung Kook memanggil Soo Jung. "Apa," balas Soo Jung. "Kau tahu kan ramai orang 'ship' aku dengan kau," kata Jung Kook. "So?" Soo Jung menyoal Jung Kook. "So...apa kata kalau kita pura-pura 'couple'?" Jung Kook mencadangkan supaya dia dan Soo Jung berpura-pura menjadi pasangan kekasih.

"Kau pun kena 'dare' jugak eh...ok la kalau macam tu aku ok je," Soo Jung sepertinya bersetuju dengan cadangan Jung Kook. "Nasib baiklah 'dare' aku ni tak susah sangat," kata Jung Kook dengan nada perlahan. "Kau cakap apa tu? Aku tak dengarlah," Soo Jung bertanya kepada Jung Kook. "Tak ada apa," jawab Jung Kook.

Selain Tae Hyung dan Jung Kook, Ji Min juga memilih 'dare'. Tetapi atas sebab 'spoiler', cabaran yang diberikan kepada Ji Min tidak akan diberitahu sehingga tiba masa yang sesuai.

//skip//

Jung Kook telahpun menarik diri daripada menyertai kelas tambahan Matematik. Eun Byul berasa amat lega dengan penarikan diri Jung Kook. Dapatlah Eun Byul memberi fokus untuk mengajar tiga lagi anak muridnya yang lebih mendengar kata iaitu Tae Hyung, Mia dan Eun Na.

"Macam mana kelas kau tanpa Jung Kook?" soal Hae Ra kepada Eun Byul. "Lebih aman harmoni! Aku pun pelik la macam mana aku boleh angau kat dia tu?" Eun Byul menjawab pertanyaan Hae Ra. "Kau nak tau tak, Nam Joon ada bagitau aku yang majoriti ahli Bulletproof Boys langsung tak suka dengan Jung Kook...dan Jung Kook paling tak ngam dengan Tae Hyung," kata Hae Ra kepada Eun Byul.

"La...kalau aku tau, aku tak masukkan Tae Hyung dalam kumpulan aku hmm," Eun Byul berkata dengan nada kesal.

Sementara itu...

"Baguslah kau dah tarik diri daripada program tu...tapi kan kau ni buat malu jelah, pengecut...Chae Rin dengan Soo Jung takde pulak nak tarik diri," Mia memerli Jung Kook. "Kau kalau tak sakitkan hati aku ni tak sah kan?" soal Jung Kook kepada Mia. "Well...kacau kau ni seronoklah pulak," kata Mia kepada Jung Kook.

"Sudah-sudahlah tu kacau dia...taulah dia tu comel kan," tiba-tiba saja Tae Hyung muncul entah dari mana lalu menegur Mia. "Oh...hai awak," Mia menyapa Tae Hyung. "Ji Min nak jumpa awak kat kelas," kata Tae Hyung kepada Mia. "Okay...bye," Mia berlalu pergi meninggalkan Tae Hyung dan Jung Kook.

Keesokan harinya...

"Congratulations, Soo Jung...even though I know it's just fake," Mia mengucapkan tahniah kepada Soo Jung. "Thanks anyway," Soo Jung berterima kasih kepada Mia. "Good luck," kata Mia sambil menepuk belakang Soo Jung.

"Tae Hyung dengan Mia, Jung Kook dengan Soo Jung. Agak-agak lepas ni siapa ya?" Hae Ra tertanya-tanya. "Entahlah...mungkin Ji Min dengan Alisha?" Eun Byul membuat tekaan.

-bersambung-

Cherry Bomb | 전정국Where stories live. Discover now