9

490 45 7
                                    


Jihye P.O.V

Pagi. Aku dah bangun. Cahaya matahari terang sangat. Aku rasa macam peha aku berat untuk aku berdiri. Mata aku tertoleh ke peha aku , Baekhyun yang aku nampak. Dia sedang tidur atas peha aku. Patutlah aku rasa sakit. Kepala batu ke Baekhyun ni. Aku tengok jam dah pukul 9 pagi. Aku kena bangun , anak dara tak boleh bangun lambat. Tapi , masalahnya macam mana aku nak bangun. Kepala batu ni berat sangat. Tak tahulah apa masalah dia sampai ajak aku teman dia tidur. Nasib lah tak tidur sekatil. Semalam dia ajak aku teman tidur pun dah tergoda. Suara dia , cara dia , nampak lah perubahan yang dia berubah banyak dekat aku. Selalunya tak macam ni.

"Baekhyun.." Aku menggerakkan badannya supaya dia bangun tapi tak terjaga pun.

"Baekhyun...bangun lah...saya nak bangun ni kalau awak tidur atas peha saya , macam mana saya nak bangun.." Suara aku perlahan ja. Tak nak kuat , lembut sikit. Tapi dia tak nak bangun.

"Emm..." Dia buka mata. Tangan dia menggosok mata , dia tengok aku dengan mata yang separuh buka. Rambut dia serabai , tapi aku nampak dia comel sekarang. Dia bangun dengan keadaan orang mengantuk. Aku baru je nak bangun , tiba - tiba tangan dia kunci aku. Aku terkejut , seriously dia sengaja kacau aku.

"Mata kau lawa" dia tenung aku sedalam dalam. Mata hazel dia tak lepas dari pandang mata aku. Aku tak tahu kenapa dengan dia. Tapi dia nampak macam nak goda aku. Haih nak bangun pun susah sangat

"Awak..awak mengantuk ni sebab tu macam ni.."

"Tak , aku dah sedar sekarang" aku tak tahu nak cakap apa lagi. Jantung aku dah menggila. Baekhyun cari masalah. Sengaja buat aku berdebar. Aku alihkan tangan dia dan aku beredar dari situ sebelum benda lain yang jadi. Aku pandang ke belakang dan nampak dia dah tidur. Sah dia ni mengigau ataupun penyakit sawan. Mamun pun agak - agaklah sampai nak goda aku. Seriously , aku cair tengok dia tadi. Tahulah hensem. Eh , aku nak pakai baju apa lepas mandi nanti ? Oh no , tak kan lah aku nak pakai baju semalam balik ? Tak , aku tak nak nanti busuk.

"Awak..awak , ada baju lebih tak sebab saya nak mandi ni ?"

"Urmm , kau ni lahh , kau tengok dalam bilik aku. Ada baju dengan seluar jean atas katil aku. Towel pun ada situ , aku dah sediakan"

"Ouh okay , thankyouu"

Aku terus pergi ke bilik dia. Pertama kali aku nak masuk bilik dia ni jadi takut. Entah sebab apa. Aku pulas tombol pintunya , tak kunci jadi aku masuk ja. Apa yang aku nampak sekarang , sangat cantik. Lain yang aku jangkakan daripada dia. Bilik dia sangat cantik , katil dikemas , perabot pun disusun rapi , cara dia menghias pun cantik. Serba serbi cantik. Tak kan lah dia yang hias semua ni ? Jujur , memang cantik. Warna dinding pun warna pastel. Coklat cair. Salah satu dari warna kegemaran aku. Selepas habis menjamah mata tengok bilik dia , aku puas cari baju yang Baekhyun cakap tadi. Okay , dah jumpa. Tapi , baju ni sesuai ke aku nak pakai ? Bukankah , lelaki je boleh pakai ? Saiz dia sama dengan aku , seluar jean pun. Kaki dia kecil jadi muat dengan aku.

Aku nak tanya Baekhyun jugak baju ni. Buat kalau aku pakai , orang kata aku gila pulak. Dia tidur lagi , susah sungguh dia ni nak bangun.

"Baekhyun.."

"Baekhyunnn..." Susah sungguh gerak dia ni bangun

"Urmm.."

"Baju ni boleh ke saya pakai ? Bukankah untuk lekaki ?"

"Boleh je , baju tu sesuai untuk perempuan jugak. Sebab baju tu tak nampak kelelakian sangat"

"Em okay lah"

"Tapi , Baekhyun awak kena bangun , dah pukul berapa dah ni"

"Urmm , pukul berapa ?" Dia menggosok mata. Ish , dia teruk betul.

[ON GOING] Addicted | Byun BaekhyunWhere stories live. Discover now