"Harini, para cikgu ada mesyuarat sampai rehat, so waktu sebelum rehat ni gunakanlah masa dengan berhemah ya?" usai ketua kelasku memberi ucapan, dia terus bergerak kearah kerusinya lalu duduk di situ.
Aku pula termenung. Tak rasa mengantuk langsung. Tapi aku meletakkan kepala aku diatas meja cuba gagahkan untuk tidur.
Aku cuba untuk tidur...
"Hyu~ bangunlah" tiba-tiba sahaja Hoseok mengaggu aktiviti aku. Terpakas juga aku angkat kepala menghadap mukanya. Sambil menampung kepala, aku angkat sikit sebagai menggantikan suaraku untuk bertanya kenapa.
Dia tersengih sebelum mengeluarkan satu buku dan terus aku tersenyum lebar. "Uwah! Komiklah!" "kaja! Mari baca sama-sama!" katanya dengan keterujaan.
Komik bertajuk 'Ao Haru Ride' itu di buka oleh Hoseok dan aku merapatkan dirinya untuk membaca. Selepas setengah muka surat membaca, aku mula bertanya pada dirinya, "sejak bila kau minat shoujo manga ni?? Kau lelaki kot??" ujarku pada dirinya. Dia dengan selamba membalas,
"Kalau kau nak tahu, ramai lelaki kat jepun tu jadi pelukis komik shoujo tau.."
"Ya aku tau.."
"Dah tu?"
"Saja.."
Dalam masa 30 minit, akhirnya kami habis membaca. Okay sekarang ni betul-betul bosan. Mataku melihat kearah ketua kelas yang sedang terbongkang tidur atas meja. Siap dengan bantal lagi?!
Aku bangun dari kerusi dan bergerak untuk keluar ke tandas.
Aku membuka pintu kelas, baliknya aku dari tandas tiba-tiba kelas bising,
"Woi! Tunggu!"
"Ahahaha!! Tak kena!!"
Dua orang pelajar sedang berlari-lari dalam kelas. Seorang lagi dok pegang kain lap tingkap yg basah itu. Dia cuba untuk membaling kearah kawannya namun...
Pakk!!
"Ala.. Mak!"
"Tak tau~ Hoseok..."
Kain basah tu betul-betul tertempek kat muka aku. Muka aku kot?! Haram jadah sungguh. Apabila kain itu jatuh dari mukaku, aura yang kejam mula menghasut diriku untuk mencekik Namjoon dan Hoseok yang berlari-lari tadi.
"WEEIII!!!! DAH TAKDA BENDA LAIN DAH KA NAK BUAT??!!" Terus aku menjerit marah kearah Namjoon dan Hoseok lalu mencapai kain basah tadi berserta duster blackboard lalu baling kearah mereka berdua yang berada di depan pintu.
"Warrgghhh!!!"
Sertt!!
"Apa yang bisi-"
PAKK!!
"UGH!"
Hoseok dan Namjoon berhenti berlari. Aku yang membaling kain tadi terkedu dengan aksi baling aku tadi apabila kain tu terkena seseorang yang bukak pintu kelas kami tadi...
Senior...
Tahun 3...
Ketua Pengawas...
Jung...
Yoongi.
Akibat kejadian yang tidak disengajakan tadi, aku, Namjoon dan Hoseok di heret ke padang time tengah panas terik ni.
Yoongi dengan muka marahnya memandang kami bertiga sehingga aku rasa diri ni terpencil sangat ufufu...
Ramai jugak yang ada kat padang ni selain aku, Namjoon dan Hoseok. Beberapa orang pengawas selain Yoongi sedang memandang kami. Queenka sekolah pun ada kat sini?! Fuh, hebat pengawas sekolah ni!
"Baiklah! Lari keliling padang 5 round! Cepat!" Sergah Yoongi. Aku, Namjoon dan Hoseok memandang sesama kami sebelum berlari.
Okay, baru 2 pusingan aku dah mengah. Dahla aku pakai skirt, lagi payah nak lari. Aku pusing dan sampai kat tempat Yoongi memerhatikan kami.
Pinggang aku sakit. Larianku semakin lambat. Waktu aku tengah penat ni tiba-tiba ada 2 tangan merangkul tangan kiri dan kanan aku.
"Biar kami tolong!" Kata Namjoon lalu dibalas anggukkan Hoseok.
Kakiku berhenti berlari dan akhirnya, mereka berdua seret aku sampai habis pusingan. Tapi kadang² aku lari jugak.
Yoongi melihat kami sebelum melepaskan kami untuk rehat.
"Hyunra"
Aku menoleh melihat Yoongi. "Wae?" "Ikut aku kejap." Terus dia menggengam kemas lenganku dan mengheretku tanpa aku memberi sebarang respon. Nak taknak aku ter paksa ikut dia.
TBC~
Okay, author dah lama tak update. Sampai berhabuk! Maaflah, btw ff ni macam nak tamat dah je?? 😏😏🎆🎌
YOU ARE READING
the vampire and i | jhs
Fanfiction〔🌸〕7 ekor--- wait, kesalahan tatabahasa. Ehem! 7 orang vampire dan pembantu perempuan seketul. Akibat perjanjian ommanya dulu dia terpaksa berkerja secara paksa rela. "Mulai saat ini, kamu terpaksa berkerja dengan gue!" "Kau ni bangsa mana?? Dah k...