Dia mengoyak sedikit baju aku di bahagian kolar baju dan menggigit collarbone aku. Aku terjerit kesakitan. Perbuatannya sungguh ganas. Aku dapat rasakan gigi taringnya menembusi collarbone aku. Darah yang mengalir di hisap dan di jilat oleh Hoseok.
Dia seakan-akan dirasuk. Aku bernafas laju. Pandanganku mula kabur dan kepalaku menjadi pening. Terus aku pengsan disitu.
Mataku terbuka dengan luas. Terus badanku menegak dan memandang kearah Hoseok yang tidur jauh semeter jauh dariku. Sebelum itu aku check badan aku. Masih mempunyai baju. Ah nasib baik. Aku melompat bangun dari katil dan bergerak kearah bilik airnya.
Pintu bilik air ditutup dan aku terus memandang kearah cermin yang memantulkan cahaya imej diriku yang berdiri di depannya. Aku memegang collarboneku sebelah kanan. Disebabkan aku tertekan kesan gigitan itu, akibatnya badanku seperti terkena renjatan elektrik dan rasanya sangat sakit.
Aku terjerit perlahan. Aku melihat kesan gigitan itu. Menjadi merah kebiruan dan ada dua lubang yang menunjukkan kesan taring Hoseok semalam.
Aku mengetuk sinki. "Tak logik langsung dia punya tebusan! Aku cuma TERtengok dia makan arnab hidup dan dia minta balasan darah aku? Sungguh tak logik!" marahku sambil menekankan perkataan 'tertengok'.
"Kalau minta belanja dia makan jajan okaylah juga. Ini darah?! Dia nak aku mati awal ke?!" aku membebel lagi. Muka pucatku aku abaikan. Kekurang darah dan oksigen mungkin?
Aku mengeluh lalu membuka pintu bilik air. Sebaik sahaja aku buka, Hoseok sudah berdiri terpacak di depanku dan berpeluk tubuh.
Aku terkedu. "Apa kau membebel dalam bilik air aku ni?" soalnya. Aku membuat muka marah. "Bebel pasal kaulah! Tak logik! Dan takkan pernah logik!" dalam badan aku rasa nak meletup sahaja. Geram sungguh!
Dia senyum sinis dan tergelak kecil. Wah, menyampahnya aku...
Pang!
Buukk!!
Pipinya terus aku lepang. Punggungnya aku sepak. AKU MAROH NI MAROH! "Arrghh!! Sakitnya hati aku dengan kau!!!" marahku sambil jari jemariku bergerak-gerak menandakan aku sangat geram. Pipi dan punggung yang di tendang olehku di gosoknya sendiri.
"Sakitlah Hyunra!" kali ini dia terjerit. "Sakit lagi hati aku!" marahku. Matanya melihat kearah collarbone aku. Secara tiba-tiba dia datang dekat dengan diriku.
Tanpa aku sedar, bibirnya mendarat di collarbone aku yang di gigitnya semalam. Dicium collarbone aku secara lembut. Aku terdiam.
"Maaf pasal semalam. Aku tak tahu kenapa aku jadi macam tu. Aku harap lepas aku cium ni surut sikit..." ujarnya dan membuatkan aku langsung tak bersuara.
"Apa aku nak kata kat semua orang bila mereka nampak ni?" soalku kepada Hoseok dan kami berdua terus diam memikirkan cara untuk hilangkan kesan gigitan ini yang berkemungkinan mengambil masa yang lama.
"Kau letak bedak dulu."
"Baju ni?"
"Aigoo... Kau ni macam-macamlah.."
"Semuanya berpunca dari kau jangan tak sedar diri..."
Akhirnya aku berjaya ke bilik tanpa di syak wasangka oleh orang lain yang melalui bilik Hoseok.
Selesai aku mandi aku masih melihat kearah cermin. Nasib collarbone, aku boleh tutup dengan bedak dan baju aku.
Aku buka pintu bilik dan terlihat Jungkook sedang bersandar di tepi pintu bilikku sambil menundukkan muka dan memeluk tubuh.
"Err... Wae Jungkook?" soalku padanya dan terus dia mendongak dengan memandangku dengan satu pandangan yang aku langsung tak dapat di tafsirkan. Aku jadi gelisah.
"Kenapa bau darah kau harini sedap sangat huh? Sampai aku ke bilik kau." bapak, dia panggil 'aku' 'kau' dengan aku?! Mana pergi panggilan 'Noona' aku? Tapi bila tengok dia sekarang ni macam...
... Hoseok semalam.
Aku menelan air liur perit. Aku pernah tengok satu anime, diabolik lovers. Setiap hari pompuan tu kena hisap darah dengan vampire yang duduk sekali dengan dia. Oh tidak, kenapa aku rasa yang mereka sekarang macam real vampire sedang mereka ni kacuk.
Dan kelakuan mereka ni pelik sangat. Lain dari hari biasa mereka. Kebanyakkan anak-anak puan Jung asyik pandang aku bila aku melintas bersebelahan mereka.
Aku ke dapur dan melihat kearah Mingyo. Dia nampak gelisah. "Yah, Mingyo, kenapa kau ni?" soalku lalu dia memandang aku dengan muka gelisah. "Masanya sudah sampai"
"Apa maksud kau?"
"Month Of Vampire Hunting"
"Apa tu?" soalku. Tak faham dengan apa yang dikatakan oleh Mingyo. Dia menarik nafas.
"Kau sedar tak yang perangai vampire dalam rumah ni nampak pelik? Tak macam hari biasa mereka? Dia nampak macam tak boleh kawal perasaan mereka dan akan bertanya tentang darah?" soal Mingyo dan aku mengangguk. Aku baru kena dengan Jungkook tadi.
"Sebab bulan ini adalah bulan di mana semua vampire akan memburu haiwan dan manusia untuk darah. Perbuatan mereka akan menjadi ganas dan perangai mereka akan menjadi berbeza dari perangai sebenar mereka. Semua emosi mereka di kawal oleh Pure Blood Vampire. Sejenis Sel darah vampire yang sangat mempengaruhi otak mereka pada bulan ini dan mereka tak dapat melawanya. Jadi kita sebagai manusia perlu berhati-hati." panjang lebar Mingyo menerangkan pasal bulan ini.
Aku terfikir bagaimana. "Kau jangan risau, Puan Jung akan pindahkan bilik kita ke satu kawasan yang vampire tak boleh masuk. Dia juga akan tinggal disitu." ujar Mingyo padaku sambil tersenyum.
Aku mengurut dada lega. Jadi selama 1 bulan aku takkan melekat dengan budak-budak tu. Tapi kiranya semalam Hoseok dapat buru akulah?!
Oh tidak,aku tak nak jadi mangsa buru yang lain.
TBC~~
Author: fanfic ini semakin liar~ *angkat kening berkali-kali* 😏😏Readers: *slap author face hingga ke sempadan mesir*
YOU ARE READING
the vampire and i | jhs
Fanfiction〔🌸〕7 ekor--- wait, kesalahan tatabahasa. Ehem! 7 orang vampire dan pembantu perempuan seketul. Akibat perjanjian ommanya dulu dia terpaksa berkerja secara paksa rela. "Mulai saat ini, kamu terpaksa berkerja dengan gue!" "Kau ni bangsa mana?? Dah k...