Hampir 3 minggu buat latihan dan harini adalah latihan terakhir.
"Baiklahlah! Semua sila bersedia di kawasan lompat tinggi!" aku dan beberapa ahli perempuan lain hanya berdiri di tepi padang sahaja melihat budak lelaki melakukan aktiviti mereka.
"Lelaki buat dulu!" Kata budak perempuan beramai-ramai dan mereka pun dengan rasa malas mencuba. Lompat lepas dan tak lepas itu biasa. Langgar palang dan macam-macam lagi tu pun perkara biasa.
Aku melihat lagi. Giliran Hoseok. Dia berlari dan lompat kebelakang. Dan..
Pang!
"Hoseok! Kamu tak lepas!" ujar cikgu rumah pasukan kami sampai senget spek-spek mata dia. Hoseok cuba lompat tapi tak lepas. Belakang dia terkena palang. "Ala.." dia pout kearah gurunya itu. Minta simpati mungkin? Entahlah.
Dia pergi duduk di tepi padang sambil menggosok belakangnya. Sakit mungkin?
____
Aku berjalan melepasi bilik Hoseok. Pintu biliknya tidak ditutup dengan rapat dan menyebabkan aku nak usha apa-apa dalam biliknya.
Baru hendak menjeguk terus sahaja pintu biliknya terbuka dan membuatkan aku terkejut beruk.
"Ahh! Kau kenapa??!" soalku pada dirinya. Dadaku usap perlahan. Sakit jantunglah macam ni.
"Hyunra, tolong aku sapu ubat ni kat belakang aku. Sakitlah.." katanya dan membuat puppy eyes di depanku. Aku hanya mampu memandang mukanya sebelum menarik lengannya.
"Kaja.."
Belakang bajunya aku tarik keatas sedikit. Dia menirap diatas katilnya dan membiarkan aku buat kerja seorang diri. Tak guna.
"Yee~ kau tololong urut sekali tau.."
"Ah.. Nae.. Nae aku urut nanti.."
Aku hanya mampu menurut sahaja. Silap haribulan dia potong gaji aku, mati keringlah aku. Aku terus menyapu minyak panas dibelakangnya dan mengurut sedikit.
"Aw! Pelan-pelanlah sikit!" marahnya padaku. Aku menjungkit mulutku keatas sebelah kanan. "Hoi, ni dah habis pelan aku urut. Kau duduk diam-diam sudahlah. Banyak songeh pula dia. Dasar anak manja. Jumpa kumbang pun terjerit-jerit lari sampai ke hujung dunia tu.." aku terus membebel benda-benda yang merepek tapi benda merepek itulah yang real dan membuatkan Hoseok malu.
"Kau diamlah! Membebel ja kerja. Huh!" dia mendengus tak puas hati. "Lantak ah! Bukan apa yang aku cakap ni betul apa??" aku membalas kembali pada dirinya. Rasa ingin berdebat mula muncul dalam diri ini.
"Kau pun sama saja tim-"
"WOIIIIIII~~~"
Mata kami berdua melihat gerangan yang menjerit 'woi' lebih 6 harkat. Oh, Namjoon rupanya. Aku dan Hoseok tersenyum memandangnya.
"Ya, ada apa-apa yang saya boleh bantu encik?" soal Hoseok tiba-tiba bagaikan seorang pelayan tetamu.
Namjoon memandang kami dengan mata kuyunya itu. Fuuhh.. Hensem siot! Ahahahah!
"Diamlah aku nak tidur tak senang. Gaduh pun pelan-pelan ah.. Dah aku nak tidur. Jangan nak buat benda tak berfaedah pula dlm bilik ni.. Bye." katanya dah blah selepas menutup pintu. Aku dah Hoseok memandang sesama kami.
"Dehek, apa dia kata?" soalku pada Hoseok. "Aku rasa dia mula fikir benda² yang berwarna air laut.." sekali lagi aku dan Hoseok memandang sesama sendiri dengan wajah annoying.
"Hell no! Takda masa aku nak dengan kau!" kami berdua bercakap serentak dalam masa yang sama, aku melompat turun dari katil Hoseok dan bergerak kearah pintu untuk keluar manakala Hoseok menarik selimutnya dan menyelubungi dirinya di dalam selimut.
"Jangan lupa tutup lampu!" boleh lagi dia mengarahkan untuk tutup lampu. Aku pun dengan terpaksa, tutup juga kat dia.
TBC~
( author suicide)
YOU ARE READING
the vampire and i | jhs
Fanfic〔🌸〕7 ekor--- wait, kesalahan tatabahasa. Ehem! 7 orang vampire dan pembantu perempuan seketul. Akibat perjanjian ommanya dulu dia terpaksa berkerja secara paksa rela. "Mulai saat ini, kamu terpaksa berkerja dengan gue!" "Kau ni bangsa mana?? Dah k...