; 1

37.8K 719 11
                                    

Seorang lelaki yang berpakaian kasual berjalan melalui koridor putih . Bau ubat-ubatan yang kuat , menusuk hidungnya . Dia meneruskan langkahnya sehingga berjumpa dengan seorang perempuan yang berada di kaunter perubatan .

" apa yang saya boleh bantu encik ? " soal jururawat itu dan dibalas ringkas oleh lelaki tersebut " saya ada appointment dengan Doktor Amin " jururawat perempuan yang mempunyai tag nama ' Yana ' menawarkan diri untuk menunjukkan bilik Doktor Amin .

Setibanya di sana , mereka berdua terus memasuki bilik Doktor Amin dan pintu dikunci . Doktor tersebut yang sedang duduk di hadapan komputernya berdiri , menunjukkan hormat kepada lelaki di hadapannya itu .

Yana mula menghampiri doktor tersebut dan menghulurkan sesuatu kepadanya . Segala data mengenai seseorang terpamer di skrin komputer .

" aku nak kau hapuskan semua bukti ni dan takkan ada seorang pun yang akan tahu pasal ni selain aku dengan kau berdua . Kalau bukti ni terlepas ke tangan orang yang tak sepatutnya , kau tahu kan , apa jadi ? " kata-katanya diproses oleh doktor dan jururawat tersebut . Kedua-duanya membalas dengan pernyataan bahawa mereka tahu risiko yang bakal mereka lalui jika perkara yang tak diingini berlaku .

Selepas membuat beberapa perbincangan , lelaki yang dipanggil ' Tuan ' itu mengundurkan diri . Amin kembali menghadap komputernya dan meneruskan tugasnya sebagai seorang doktor begitu juga dengan Yana manakala lelaki yang berpakaian kasual itu menuju ke pintu keluar . Namun niatnya terbantut apabila terlihat kelibat seseorang dan tanpa sedar , dia mengikutinya dari belakang .

" wad nombor berapa ? Min on the way ni " Ya Allah , kau selamatkanlah ayahku Ya Allah . Kaki pantas aku aturkan ke wad 1001 . Debar di hati usah diungkap . Jantungnya jika mampu mengepam darah ke luar badan , pasti akan terpecik di atas lantai koridor hospital ini .

Pintu wad dibuka dan terpamerlah sekujur tubuh yang dipenuhi wayar di sekeliling tubuhnya . Kali pertama aku melihat ayah berkeadaan begini ketika aku berumur 6 tahun . Aku harap ini kali terakhir ayah dalam keadaan ini . Tidak sanggup aku melihat dirinya selemah ini .

Ayah ~

Itu yang terdetik di lubuk hatiku . Sungguh aku tidak sangka semua ini terjadi . Baru sekejap tadi dia bergurau senda bersamaku . Malah panggilan yang dibuat oleh ibu tadi mengejutkan aku . Sangkaku ibu hanya ingin menanya keberadaanku tetapi sangkaanku meleset apabila ibu memberitahu bahawa ayah dikejarkan ke hospital .

Aku mengatur langkah ke arahnya . Lengan baju dijadikan kain untuk menghapuskan air mata yang deras mengalir . Airmata masih tetap mengalir tidak kira berapa kali aku mengelapnya . Sekali lagi hatiku terdetik perkataan tersebut .

Ayah , lelaki pertama yang aku kenali di dunia ini . Ayah , lelaki pertama yang menyayangi aku . Ayah , lelaki yang tak pernah merungut tentangku . Ayah , yang mencari duit untuk menyara aku dan adik serta ibu . Semuanya , ayah .

Tit tit tit

Bunyi mesin kedengaran dalam wad tersebut . Ibu tidak berhenti daripada mengalirkan airmatanya . Yassin di tangannya dibacakan .

Mata terpejam ayah membuat hatiku sayu . Aku nak tengok mata ayah . Aku nak tengok ayah tersenyum . Aku nak dengar gelaknya . Suaranya yang lembut . Bicaranya tidak pernah menjadi kasar .

" Min " aku menoleh ke arah ibu yang memanggilku . Seperti baru lepas habis membaca Yassin . Aku memandang tepat ke dalam anak mata ibu . Anak matanya menunjukkan dia begitu lemah .

" ayah ada cakap dengan ibu yang dada ayah sakit . Tapi lepas makan ubat okey . Masa nak pergi kerja tadi , tiba - tiba ayah jatuh dan sampai sekarang tak bangun-bangun " tidak terlepas walau satu perkataan pun yang aku dengari . Kata-katanya ligat bermain-main di mindaku .

" ibu dah bagitahu tokmak , tokbak dengan tokyah ? " soalku " dah . Mungkin kejap lagi sampailah . Min naik apa ni ? " aku menunjukkan kunci motor dan itu membuatkan ibu terkejut .

Jarak antara rumah dengan hospital memang jauh . Aku tiada lesen tapi disebabkan ayah , aku tak kisah . Duit bayar saman aku boleh cari tapi nyawa ayah tak boleh dicari .

Jari jemari ayah bergerak sedikit . Ibu merapati ayah , perlahan-lahan mata ayah terbuka . Aku tersenyum manakala ibu menitiskan airmata gembira . Tidak dapat aku gambarkan perasaan gembira melihat ayah menyedarkan diri .

" Min panggil doktor " aku terus keluar dari wad tersebut . Mataku tertancap pada susuk tubuh seseorang . Ya Allah , dekat sekolah jumpa dia , dekat hospital pun jumpa dia . Tolonglah bagi aku ketenangan masa cuti sekolah . Menyiksa jiwa dan raga aku betul . Sambil itu , mataku melilau mencari jururawat namun tidak kelihatan .

Mata kami bertaut . Terus sahaja dia memalingkan mukanya sempat lagi menjeling aku . Cis ! Ingat mata tu lawa sangatlah . Aku cucuk guna garfu , buta terus . Padan muka jadi Kasim Selamat tapi kalau dia , jadi tak selamat .

Aku menghampiri kaunter , mujur sahaja ada seorang jururawat perempuan di situ . Usai memaklumkan tentang keadaan ayah , jururawat tersebut membuat panggilan dan meminta aku untuk menunggu di wad .

Bahagian kiri selendang aku naikkan kerana terjatuh .

" tengok orang kiri kanan depan belakang lain kali . Buatnya aku buta sebab kena shawl kau tu , kau nak ganti dengan mata sepet kau tu ? "

Aku berpaling ke belakang sejurus terdengar ayatnya . Jelas sekali suaranya aku kenal . Panas terus hatiku . Mendidih darah aku .

" bukannya tak ada ruang lain nak lalu . Lorong ni bukannya kecil " aku membalas kata-katanya . Sambil langkah aku lajukan , meninggalkan dia . Namun dia mengejarku , menyamakan langkah " memang lorong ni tak kecil , masalahnya kau yang besar " lelaki di sebelahnya sungguh pantang dengannya . Ada sahaja yang ingin didebat jika berjumpa .

" mulut tu jaga sikit . Allah dah bagi free . Jangan sampai Allah ambil balik " ikutkan hati , mahu sahaja kasut bersaiz tujuh yang dia pakai ditapakkan di muka lelaki ini . Tempah satu katil dalam hospital ini .

" kau buat apa kat sini ? " soalan yang keluar dari mulut Zafran membuatkan aku hairan . Kapan bila dia menjadi baik ?

" aku saja tanya . Mana tahu kau buat menyemak kat sini " sambungnya . Cis ! Mulut tu kalau aku cili , mesti tak boleh buka mulut setahun . Mulut tak pandai nak jaga .

" woi , aku tanya ni " Ya Allah , mulut dia ni dah tak boleh berfungsi ke ? Soalan senang , mengelamun pula dia buat .

" woi ! " sergahan Zafran menghentikan segala apa yang bermain di kepalaku .

" aku " tak sempat aku nak menjawab kedengaran lagu Not Today daripada BTS .

Lantas aku menjawab panggilan tersebut .

" hello . Haa ?! Min on the way ni ! " terus aku berlari ke arah wad yang menempatkan ayah . Panggilan Zafran diendahkan . Namun sempat aku tangkap bunyi larian seseorang mengikut langkahku .

Pintu wad dibuka . Kelihatan tokmak , tokbak dan tokyah dalam wad tersebut . Mereka memandang aku yang baru masuk .

" ayah " ujarku lalu mendapatkan ayah .

" Min " ayah memanggilku . Aku menatap muka pucat ayah .

" ayah rasa , ayah dah tak lama . Ayah tak boleh tahan lagi . Min satu-satunya anak perempuan yang ayah ada . Satu-satunya puteri dalam hidup ayah . Nanti , bila ayah dah tak ada , jaga solat , jaga iman , jaga mata , jaga adab , jaga kata-kata , jaga ibu dan jaga adik . Solat jangan pernah tinggal " ayah jarang bercakap , ini kali pertama ayah bertutur panjang lebar . Aku menganggukkan kepala sahaja .
" sebelum ayah pergi , ayah ada hajat . Ayah harap Min boleh tunaikan hajat ayah dan tak keberatan untuk tunaikan " kata-kata ayah menarik perhatian aku . Malah orang di dalam wad ini juga memandang ayah .

" memandangkan Min seorang je anak ayah , ayah teringin nak tengok Min kahwin berwalikan ayah sendiri " kata-kata ayah mendapat perhatian kami semua .

" tapi - kalau Min tak nak , ayah tak paksa " kata-kataku dipintas oleh ayah .

" Min , sini kejap . Tokmak nak cakap sikit " tokmak memanggilku dan kami keluar dari wad tersebut .

Aku cuba menghadam segala apa yang tokmak cakap . Ya , tipulah kalau aku cakap aku tidak terbeban dengan hajat ayah . Tapi tokmak kata , hajat terakhir seseorang itu nak pergi , harus ditunaikan . Tidak mahu orang itu tidak mencapai hajatnya . Aku disuruh mengambil angin di sekitar hospital tersebut . Tokmak pula sudah masuk ke dalam wad .

" jadi , apa keputusan kau ? " suara yang amat aku kenali menegurku " entahlah . Aku pun tak tahu " aku mengeluh dan mengambil tempat di bangku yang disediakan di taman tersebut .

Zafran hanya memandangku yang menundukkan muka sebelum berkata " tak baik tak turuti hajat orang yang nak pergi . Nanti roh dia tak tenang dekat alam sana " aku mengeluh untuk kali ke berapa pun aku tak tahu . Kuku jari tangan dimain " tapi aku tak tahu nak buat apa . Aku sayang ayah aku tapi dalam masa yang sama , tak kan aku nak hancurkan masa remaja aku dengan pernikahan ni ? " aku memandang muka Zafran dan kebetulan , dia memandangku tepat ke dalam mata .

" kau patut tunaikan hajat ayah kau . Tu hajat terakhir dia " mata lelakinya memandang dalam mata perempuan di hadapannya yang sedang mendongak melihatnya juga . Mata coklat yang amat dia sukai . Warnanya sahaja yang disukai atau tuan empunya mata sekali ? Dia sendiri tidak faham . Tersedar dia dari lamunan apabila perempuan di hadapannya membuka bicara .

" kau nak kahwin dengan aku ? "

°°°

Imamku badboyWhere stories live. Discover now