Episode 1 : Choi Hye Jung

359 9 0
                                    

Yoo Hye Jung ialah seorang pelajar yang pemalas , nakal , dan kaki pukul disekolahnya. Hye Jung dibuang sekolah disebabkan terlampau banyak rekod buruk disebabkan pergaduhan. Semasa pulang ke rumah Ayahnya (Yoo Min Ho) mengambil Hye Jung disekolah. Ayahnya ingin menghantarnya ke rumah neneknya (Kang Mal soon) tanpa memberi tahu Hye Jung. Semasa dalam perjalanan ke rumah nenek Ayahnya menegur Hye Jung tetapi Hye Jung tidak melayan ayahnya. Semasa dalam perjalanan itu jugak Ayahnya menghentikan kenderaannya ditepi jalan dan memukul Hye Jung dengan keadaan marah sambil mengatakan "KENAPA KAMU TIDAK DENGAR CAKAP AYAH!" Hye Jung terus pandang arah ayahnya dan terus cakap "Pukullah lagi. PUKULLAH SAYA MACAM MANA AYAH PUKUL MAK SAYA!!" Hye Jung terus mendengar lagu tanpa memikirkan ayahnya. Ayahnya pula hanya berdiamkan diri dan teruskan perjalanan.

[Skip]

Semasa ayah Hye Jung tiba dirumah neneknya, ayahnya sibuk dengan mengangkat bag pakaian Hye Jung dan memberi sampul surat berisi duit. Hye Jung tidak puas hati dengan tingkah laku ayahnya dan berkata "Ayah betul-betul ke nak tinggalkan saya?" Ayahnya abaikan dan terus menaiki kenderaannya lalu meninggalkan Hye Jung. Semasa ayahnya meninggalkan Hye Jung, Hye Jung menangis dan memanggil Ibunya yang telah meninggal semasa Hye Jung berumur 6tahun. Neneknya keluar dan melihat Hye Jung lalu menegur "Hye Jung, kenapa kamu masih duduk diluar? Mari masuk.."  Hye Jung hanya menjawab "Tiada apa" lalu mengambil bagnya dan neneknya menegur "Kemana ayah kamu? Haih ayah kamu ni memang teruk. Tak tegur dan tak berjumpa dengan nenek tahu tinggal begitu sahaja.." Sambil neneknya menolong Hye Jung membawa bag pakaian masuk ke rumah. Hye Jung cakap "Tak apa nenek saya boleh lakukannya seorang" neneknya menjawab "Tenaga kamu tidak cukup kuat macam nenek.. Hye Jung hanya ikut sahaja kata neneknya dan masuk ke dalam rumah.

[Skip]

Semasa makan malam dirumah nenek, neneknya bertanya Hye Jung "Adakah kamu ke sekolah esok?" Hye Jung hanya menjawab "Jangan sebut tentang sekolah." Neneknya jawab "Kenapa tidak? Kamu seorang pelajar." "Saya tidak akan berbuat baik mengenainya. Jika kamu menyebabkan masalah lagi.." Hye Jung jawab "Adakah saya akan diusir?" Nenek hanya jawab tidak dan terus makan.. Hye Jung ingin nasi lagi dan meminta neneknya menambahkan nasinya. Neneknya hanya menjawab "Tidak, kamu tidak boleh menambah, hanya nenek sahaja boleh tambahkannya untuk kamu." Hye Jung hanya ketawa dan terus makan. Semasa Hye Jung masuk tidur, Nenek bercakap kepada Hye Jung "Esok kamu kena ke sekolah juga." Hye Jung mengabaikannya dan terus tidur. Neneknya melihat Hye Jung dan bercakap "Nenek hanya ingin melihat kamu berjaya. Supaya kamu dapat kerjaya yang bagus." Lalu neneknya tidur dan Hye Jung buka matanya dan bangun melihat neneknya dan terus tidur.

[Bersambung]

- 60% Ambil dari Drama Doctors
- 30% Daripada idea sendiri
- 10% Ubahsuai Dialog

#Doctors_Drama #Romance #Gangster

Doctors Drama Korean (Version Malay)Where stories live. Discover now