PART ONE

184 15 0
                                    

Seorang gadis yang baru bangun daripada tidurnya melangkah ke arah meja makan untuk bersarapan. Dia terus duduk dan mencapai makanan yang terhidang di atas meja. Gadis itu bernama Cheon Jihyo.

Mr. Cheon : (berhenti makan dan menongkat kepalanya dengan kedua-dua tangan) Jihyo, appa ada perkara nak cakap. Jihyo jangan marah dan terkejut tau.
Jihyo : (memandang appanya dengan wajah yang tertanya) Appa nak cakap apa ?
Mr. Cheon : Appa nak kahwin dengan auntie Minah.
Jihyo : (mata terbeliak) Bwo ?! Kenapa mesti perempuan tu ? Jihyo tak suka la !
Mr. Cheon : (hentak meja) Keputusan appa muktamad ! Jihyo tak ada hak nak halang ! (terus bangun dan berlalu pergi)
Jihyo : (mengeluh) Haih.. apa la nasib. Sakit mata aku nanti nak hadap dia jadi omma tiri aku. Dah la anak-anaknya biadap ! Sama la tu, mak dengan anak. Hish !

- - -

Dari pagi sehingga malam, Jihyo tidak menegur appanya. Dia memang tidak berpuas hati dengan keputusan appanya untuk mengahwini auntie Minah. Dia tahu perangai sebenar auntie itu, niatnya untuk menghabiskan harta appanya dan hidup senang-lenang.

Mr. Cheon ingin berlalu untuk ke bilik tidurnya selepas sudah siap melakukan kerja di meja kerjanya. Sebelum menghabiskan langkah ke bilik , dia berhenti di hadapan Jihyo yang sedang menonton televisyen dengan khusyuk.

Jihyo : Appa nak cakap apa lagi ? (masih memandang ke arah televisyen)
Mr. Cheon : Appa akan langsungkan perkahwinan pada minggu depan.
Jihyo : Appa betul ke nak kahwin dengan auntie tu ? Dah pikir masak-masak ? (alih pandangan pada appanya)
Mr. Cheon : (duduk di sebelah Jihyo) Ye, appa akan kahwin dengan dia. Jihyo, tolonglah jangan cakap benda buruk pasal dia. Appa nampak dia baik dan appa yakin dia boleh jaga Jihyo dan Dongjun dengan baik.
Jihyo : (mengeluh dan menundukkan kepala) Suka hati appa lah. Kalau Jihyo cakap pasal dia, appa bukan nak percaya. (bangun dan melulu ke biliknya)

Di bilik Jihyo

Jihyo duduk di atas kerusi di hadapan meja belajarnya. Dia mengambil gambar mendiang ommanya lalu ditatap gambar tersebut.

Jihyo : Omma, appa dah nak kahwin dengan auntie Minah. Jihyo tak suka dengan dia. Dia sebenarnya bukan orang baik pun, tapi ayah tetap tak percaya. Appa lebih percayakan dia daripada anak sendiri. Ottokhae omma ...? (mengalirkan air mata)

Cheon Seong Hee (omma Jihyo) telah meninggal dunia sewaktu Jihyo berusia 10 tahun kerana kemalangan yang menimpa keluarganya. Jihyo, appanya dan Dongjun dapat diselamatkan daripada kemalangan tersebut.

Dia bingkas bangun dan menelefon adiknya.

Jihyo : Yeobseyo. Dongjun-ah.. (mengesat air mata)
Dongjun : Oh, Jihyo-ah waeyo ? Kenapa suara macam tengah nangis ?
Jihyo : Aniya. Mana ada nangis. Ni Jihyo nak bagitahu yang appa nak kahwin dengan auntie Minah minggu depan.
Dongjun : Bwo ?!! Appa dah gila ke ? Macam mana dia boleh sangkut dengan perempuan jalang tu ?
Jihyo : Entah lah. Jihyo pon tak tahu. Penat nak nasihat, sepatah haram pun appa tak hiraukan.
Dongjun : Esok atau lusa Dongjun balik. Nak siapkan projek ni dulu. Bye.
Jihyo : Okay lah. Bye. Jumpa nanti.

Selepas meletakkan panggilan, Jihyo terus membaringkan diri di atas katil lalu terlelap.

Dongjun ialah adik kembar Jihyo. Sekarang dia tak ada di rumah, dia menginap di rumah kawannya sementara untuk menyiapkan projek yang telah ditugaskan oleh gurunya.

- - -

Ailee dan Yonghwa mencari-cari kelibat Jihyo di dalam kafe. Mereka mengesan kedudukan Jihyo yang berada di penjuru kafe tersebut yang terletak agak jauh daripada pintu masuk. Mereka menghampiri Jihyo yang sedang mengelamun.

Yonghwa : Yah ! Cheon Jihyo ! Jauh mengelamun. (duduk di hadapan Jihyo)
Ailee : Mengelamun pasal apa tuh ? (nada menyakat) Takkan dah bertemu buah hati ?! Hahaha.. (duduk sebelah Yonghwa)
Jihyo : Mana ada buah hati. Aku mengelamun pasal appa aku.
Ailee : Kenapa dengan appa kau ? Dia sakit ke ?
Jihyo : Dia sihat je. Dia mana boleh sakit, minggu depan dia nak kahwin !
Yonghwa & Ailee : Bwo ?!! (membeliakkan mata)
Jihyo : See ! Korang pun shock. Sebenarnya aku tak kisah kalau dia nak kahwin. Tapi masalahnya dia nak auntie Minah gila tu jadi isteri dia !
Yonghwa : Memang bala. Nasib kau lah dapat omma tiri yan macam ahli sihir. Anak-anak dia pon lebih kurang je. Sorang pemalas, sorang reti menggedik je.

Tiba-tiba seseorang mengganggu perbualan mereka..

Dongjun : Anyeong ! (terus duduk disebelah Jihyo) Ailee nuna dengan Yonghwa hyung pun ada.? Korang borak pasal apa ?
Ailee : Pasal appa kau lah yang nak kahwin dengan ahli sihir tu !
Dongjun : Nuna setuju ke dengan keputusan appa ?
Jihyo : Terpaksa setuju. Appa dah kata muktamad.
Yonghwa : Nampaknya tak ada sesiapa yang boleh ubah fikiran Mr. Cheon. Aku harap korang boleh bertahanlah. Hwaiting ! Aku dengan Ailee boleh bagi sokongan je.
Ailee : Yes ! Betul tu. Korang kena lah kuat. Kalau ada apa-apa masalah, bagitahu je pada aku dengan Yonghwa.
Jihyo : Gomawo..

Mereka menjamah makanan yang telah dipesan sebentar tadi.

Ailee dan Yonghwa ialah sahabat Jihyo dan Dongjun sejak mereka kecil lagi. Yonghwa lebih tua setahun daripada Dongjun, Ailee dan Jihyo. Ailee dan Jihyo lahir dalam bulan Mei manakala Dongjun lahir dalam bulan Disember.

- - -

Sudah seminggu selepas Mr. Cheon dan auntie Minah berkahwin. Seperti jangkaan Jihyo dan Dongjun, mereka dilayan baik oleh auntie Minah apabila dihadapan Mr. Ceon. Tetapi apabila Mr. Cheon tiada di rumah , mereka dilayan seperti orang suruhan oleh auntie Minah dan anak-anaknya.

Oppss... sepatutnya Mrs. Cheon Minah bukan auntie Minah lagi dah. Dia mempunyai dua orang anak iaitu Woobin dan Suzy. Woobin sudah habis persekolahannya, dia masih lagi menganggur dan mengharapkan duit daripada keluarga. Suzy sebaya dengan Jihyo dan Dongjun, dia merpukan 'kaki bodek' dan sifat gediknya itu memang tidak menyenangkan.

Jihyo dan Dongjun terpaksa mengikut sahaja apa yang disuruh oleh ahli sihir itu. Kalau tidak dipatuhi, maka sampailah segala fitnah berkaitan adik beradik kembar itu kepada Mr. Cheon.

Dahulunya, Mr. Cheon tak pernah menaikkan tangannya terhadap Jihyo dan Dongjun. Tetapi sekarang , ia berbeza. Mereka dilayan seperti anak tiri.

- - -

Keluarga Cheon sedang menjamu selera untuk makan malam di meja makan. Keluarga itu hanya menyepi tanpa mengeluarkan sebarang suara sampailah Mr. Cheon berkata sesuatu...

Mr Cheon : Ehem.. Appa nak nak cakap sikit..

Semua memandang ke arah Mr. Cheon selepas sahaja mendengar Mr. Cheon berdeham.

Mrs. Cheon : Apa yang chagi nak cakapkan ?
Mr. Cheon : (menongkat dagu dengan kedua tangannya) Lusa kita semua kena pindah ke Seoul. Appa kena bertukar tempat kerja disana. Pasal persekolahan Jihyo, Dongjun dengan Suzy, nanti appa selesaikan.
Jihyo : Appa, kalau Jihyo nak tinggal kat sini boleh  tak ? Jihyo taknak berpisah dengan Ailee dan Yonghwa. (memandang appanya dengan penuh berharap.)
Suzy : Huh.. Tak mati pun kalau tak ada kawan.(menjulingkan matanya ke atas)
Mr. Cheon : Nope ! Semua kena ikut pindah, tak ada bantahan ! (bangun dan berlalu ke bilik)

Setelah selesai makan malam, Jihyo duduk di atas katil di dalam biliknya. Dia mencapai telefon bimbitnya di atas meja belajar dan mendail nombor telefon Ailee.

Jihyo : Ailee aaa....
Ailee : Oh, Jihyo ! Waeyo ?! Tiba-tiba je kau call aku.
Jihyo : Aku nak cakap satu benda ni..
Ailee : Apa benda tu ? Berdebar pulak aku nak dengar.
Jihyo : Memang kau akan berdebar kalau dengar berita ni. Lusa aku kena pindah ke Seoul....... !!!!!!!!!
Ailee : BWO??! Haishhh... Nanti dah tak dapat nak jumpa kau... Ottokhae ???
Jihyo : Aku memang tak boleh nak buat apa-apa lahh... Terpaksa ikut. Nanti tak masal kena buang pulak ! Hahahahahah...
Ailee : Kalau kau kena buang , nanti aku kutip lah !!! Hahhaha !!!
Jihyo : Gelak sakan kau kan ?! Esok aku nak jumpa kau kat kafe biasa... Ajak Yonghwa sekali..
Ailee : Ouhhh Okay ! Annyeong ! See you tomorrow !
Jihyo : Nae...

Selepas menamatkan perbualannya, dia baring dia atas katil dan matanya terus dilelapkan. Dia terlena dalam masa yang singkat. Hurmmm... Sleeping Mongji la katakan...

My Sassy Girl !Where stories live. Discover now