HARI ini merupakan hari yang istimewa buat Ishak. Hari di mana dia akan diijabkabulkan dengan kekasihnya sejak kecil, Marini, anak penghulu Kampung Dangi. Mereka berdua, bagaikan pinang dibelah dua. Senyuman tidak lekang daripada bibir Ishak, memikirkan tentang bakal isterinya itu. Sebelum bergerak ke majlis di rumah keluarga Marini, rombongan daripada pihak lelaki bersiap sedia di rumah Ishak. Ahmad, Rashid dan Kassim, sahabat karib Ishak sejak kecil lagi antara yang memeriahkan suasana di rumah Ishak. Mereka berempat sememangnya amat rapat, sentiasa bermain, belajar agama malah bekerja di ladang bersama-sama. Hari ini mereka bertiga menolong sahabat karib mereka untuk bersiap sedia untuk majlis perkahwinannya. Usikan dan tawa tak lekang antara mereka.
"Segak betul kau ni Shak. Untung Marini dapat kahwin dengan kau," ujar Ahmad sambil memeluk bahu Ishak.
Ishak yang mendengar pujian Ahmad mula malu dan tersipu-sipu mengukir senyuman sambil membalas pujian Ahmad. "Apa Marini yang untung dapat aku. Aku yang sebenarnya beruntung sangat dapat dia! Wanita secantik Marini ingin berkahwin dengan aku."
Rashid yang dari tadi hanya mendengar perbualan Ahmad dan Ishak mencelah sambil ketawa terbahak-bahak. "Ya, kau memang beruntung dapat si Marini tu kerana aku yang mengundur diri, beri laluan pada kau. Kalau tak, akulah yang duduk atas pelamin sebelah Marini hari ini!" Kassim terbahak-bahak ketawa mendengar ungkapan Rashid,dengan cepat dia membalas.
"Rashid, sudah sudahlah berangan. Kau jangan berangan nak dapat Marini. Kalau kau yang duduk sebelah Marini hari ni, itu bukan lagi bagai pinang di belah dua, tapi bagai pinang diletup dua." Mereka berempat ketawa terbahak-bahak mendengar ungkapan Kassim itu. Tiba-tiba bapa Ishak melaungkan sesuatu dari
luar."Ishak! Kau dah siap ke belum? Bersolek lama benar, kalah pengantin perempuan. Cepat, Ishak! Rombongan kompang tunggu di luar!"
Selepas mendengar laungan itu, mereka berempat kelam-kabut keluar dari bilik dan menghampiri rombongan kompang yang sedang menanti. Setelah semua bersedia, dengan iringan bunyi kompang, mereka melalui lorong kecil ke rumah Marini. Mempelai diarak ke pelamin dan diraikan oleh seluruh penduduk
kampung. Baju pengantin yang berwarna merah menaikkan lagi seri Marini yang memiliki kulit gebu. Mereka berdua diraikan dengan meriah sekali dan semuanya berjalan dengan lancar. Ayah Marini, Penghulu Shah, merupakan penghulu Kampung Dangi dan isterinya, Fatimah sedang sibuk menyambut kedatangan
pihak tetamu yang datang tanpa henti. Tetamu yang hadir terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan seluruh penduduk Kampung Dangi.Penghulu Shah ternampak Tok Zamri datang ke majlis perkahwinan itu, Penghulu Shah menghulurkan salam dan disambut mesra oleh Tok Zamri.
"Tahniah, tok. Alhamdulillah, majlisnya meriah. Berseri-seri kedua-dua mempelai atas pelamin, ya!" Penghulu Shah ketawa.
"Terima kasih banyak, tok. Alhamdulillah, moga majlis ini berjalan lancar. Eh, pergilah makan, tok! Nanti habis pula lauk rendang kegemaran tok nanti." Tok Zamri menggeleng sambil ketawa dan berjalan masuk ke khemah untuk menikmati hidangan yang disediakan.
Sementara itu, di sebalik sebatang pokok besar berdekatan dengan majlis perkahwinan Ishak dan Marini, kelihatan Saleha sedang menangis teresak-esak. Saleha cuba menenangkan diri namun pelbagai persoalan bermain di benaknya. Mana Abang Kamsani tak pulang lagi? Bisik hatinya. Persoalan yang bermain di
fikiran Saleha sekali lagi memberatkan kewarasannya. Hatinya inginkan jawapan, namun Saleha khuatir ia akan mengganggu orang lain, terutamanya Penghulu Shah.
"Hari ini majlis Marini. Nanti aku mengganggu majlis pula. Ya ALLAH, runsingnya. Mana Abang Kamsani pergi?" Saleha yang sedang mengandung lapan bulan, cuba untuk menenangkan dirinya dengan menarik nafas panjang. Kemudian, dia mengesat saki-baki air matanya dengan hujung kain tudung dan berjalan
YOU ARE READING
Penanda Kubur Anira
HorrorAnira, seorang wanita yang tua, hodoh dan lumpuh, telah tiba di kampung Dangi pada tahun 1923. Ketibaannya di-iringi satu sumpahan 100 tahun lamanya. Dia terpaksa membunuh dan memakan jantung lelaki setiap hari untuk mengekalkan kejelitaannya dan ku...