CHAPTER 19

156 40 2
                                    

30 January 2017,

Hey! Dah lama tak tulis diari! Rindu kamu! Nak tahu tak? Tae buat silap dengan dia. Hehe! Tae terpesan air greentea untuk dia.

Dia tak suka minum greentea. Bau minyak wangi dia kata. Haha! Tae banyak tak tahu pasal dia. Dia pun tak banyak tahu pasal Tae.

Muka dia waktu luahkan balik air greentea tukan, kelakar. But it's still cute!! Haha!

No greentea next time.

Aku menutup buku diari milik Tae. Aku mengambil kesempatan untuk baca sementara Jimin ke tandas.

"Aku benci greentea." Gumamku seorang diri.

"Greentea?" Jimin tiba dari tandas.

"Takda apa-apa." Gelengku.

"Tak pedas ke Hanah?" Jimin kembali makan tteokbeokki.

"Jimin." Panggilku.

"Ya?"

"Berhenti layan aku macam mana Taehyung layan aku. Kau hanya buat aku lebih teruk." Tundukku ketika bicara.

"Apa kau cakap ni?" Jimin memandang aku.

"Jangan ingat aku bodoh, Jimin. Tindakan kau, layanan kau, sama macam Taehyung!! Stop doing that!! Kau akan buatkan aku lebih teruk!" Aku menahan airmata.

"Hanah." Jimin tergamam.

"Tindakan kau ni, mampu buat aku rasa nak bunuh diri! Aku tak nak!" Aku bangun lalu meninggalkan Jimin yang terpinga-pinga.

Skip--

Angin malam ni, sungguh sejuk. Aku yang duduk di bangku yang menhadap Sungai Han menahan kesejukkan.

"Bodoh kau, Hanah." Aku menggosok lenganku.

"Dah tahu sejuk, pakai baju nipis lagi."

Satu suara menyapa aku. Aku menoleh ke belakang.

"Pergi baliklah, Jimin." Aku menjeling.

Jimin datang lalu memakaikan hoodie hitamnya pada bahu aku.

"Jimin, stop!" Aku memandang Jimin.

"Apa? Benda macam ni, bukan Taehyung je pernah buat. Aku pernah buat dekat Jungkook. Namjoon pernah buat pada Jin." Jimin mengambil tempat disebelah aku.

Aku diam.

"Hanah, aku buat semua ni ada sebab. Aku nak kau happy. Aku ingat dengan tiru layanan Tae, mampu buat kau happy macam dulu. Tapi aku salah." Jimin tunduk.

"I'm sorry."

Aku yang termenung memandang sungai yang mengalir, tiba-tiba berasa hangat.

Ah! Jimin memelukku.

"Aku rindu sahabat aku, Kim Taehyung."

Sebaik kata-kata itu dilafazkan oleh Jimin, apa yang aku dengar ialah tangisan Jimin.

Bukan aku sahaja rasa kehilangan Taehyung, malah semua kawannya. Lagi-lagi Jimin yang sebaya dengan Taehyung.

(C)❝DIARY❞ + K.T.HWhere stories live. Discover now