CHAPTER 27

131 29 5
                                    

"Hanah?"

Tiada sahutan.

"Hanah."

Tiada sahutan juga.

"Hanah!"

"OHTAETAEAKURINDUDIA!"

Jimin terkejut bila dengar aku melatah.

"Lah, melatah ke. HAHAHHAHA"

"Hishh!"

Aku baru sahaja mahu bangun, terus jimin menarik tangan aku.

"Dah dahlah tu. Ni aku ada bawak nasi goreng kimchi untuk kau"

Jimin meletakkan mangkuk yang berisikan nasi goreng kimchi itu dia atas meja yang bersebelahan dengan katil aku.

Aku mengeluh. Jimin tarik aku. Aku pun terduduk dekat tilam aku tu.

"Kenapa kau marah sangat ni? Ada sesuatu yang tak kena ke?"

Aku hanya menggeleng dan terus melihat keluar tingkap. Pasangan itu masih ada disini. Kenapa mereka tidak pergi sahaja dari padangan aku ini?

"Ye ke ni hanah?"

Aku angguk.

"Apa yang kau tengok dekat luar tu?"

"Tu--"

Aku tunjuk pasangan itu dekat jimin. Sememangnya mereka berdua sama macam aku dengan taehyung.

"Kenapa? Kau jeles?"

Aku hanya menunduk sahaja. Ya, aku jeles sebab aku mana boleh dah macam tu dengan orang yang aku sayang. Orang yang aku sayang tu dah pergi tinggalkan aku untuk selamanya.

Jimin hanya memandang gelagat pasangan itu.

'Sebijik macam tae dengan hanah. Sebab tu ke dia marah?'

Jimin mengeluh.

"Aku keluar dulu ya. Kalau kau lapar, kau makan je ya."

Aku angguk sahaja. Jimin pun keluar dari bilik aku. Air mata aku terus mengalir apabila jimin keluar.

"Tae, aku jeles tengok diorang yang dekat luar tu. Kenapa kau mesti pergi! Aku macam tak percaya je kau dah pergi! Kenapa! Kenapa!!"

Aku menutup mulut aku menggunakan tangan. Aku tak sanggup nak hidup dah. Dia dah tak ada dekat sisi aku dah sekarang ni.

Semua ni hanya mimpi sahajakan taehyung?

Double update tonight ♡
Keep reading , vote and comment my fanfic okay.

Good Night ♡

(C)❝DIARY❞ + K.T.HWhere stories live. Discover now