CHAPTER 24

143 36 0
                                    

Jimin's POV

Aku baru sahaja sampai ke rumah hanah. Rumah dia cantik wuu.

Aku pun berdiri didepan pintu rumah hanah dan mengetuk pintu. Tiada sahutan. Aku pun mengetuk lagi sekali. Tiada sahutan untuk kali kedua. Last chance! Aku pun mengetuk pintu itu lagi sekali.

"Masuk jelah jimin. Pintu tak berkunci pun~"

Aku pun buka pintu itu. Aku masuk dan tutup pintu rumah itu. Aku terus mencari hanah.

"Hanah~ hanah~"

Aku mencari tuan rumah tersebut. Aku ternampak hanah yang sedang berbaring di sofa dengan selimut dibadannya.

"Aigoo. Hanah! Kau ni kan! Kenapa tak kunci pintu!"

Hanah terkejut.

"K-kan kau n-nak datang. J-jadi aku pun b-biar jelah p-pintu tu t-tak berkunci."

Kesian pulak aku tengok dia macam ni. Selalunya kalau dia demam, taehyung ada datang rumah dia tak?

---

Aku sedang baring diatas sofa. Jimin masih lagi memandang aku dan dia terus pandang tempat lain. Dia tengah fikir apa tu.

Tiba-tiba badan aku rasa macam lain macam. Aku bangun dan terus lari pergi ke tandas. Aku nak termuntah!

Jimin ikut aku dari belakang sebab takut ada apa-apa yang berlaku nanti. Aku pun muntah ditandas.

Jimin membongkok dan mengusap belakang aku perlahan-lahan.

Aku tengok jimin.

"Bila kau masuk sini!" Soalku

"Tadi" Balas jimin.

Aku pun mencuci mulut aku dan keluar dari tandas. Jimin ikut sahaja aku dari belakang.

"Kau okey hanah?"

"O-okey je. Kenapalah aku muntah?! Bencinya! Aku tak suka muntah. Aku benci muntah hiskk"

Aku pun menangis macam budak kecil sebab aku memang tak suka muntah. Jimin pun menggelabah.

Dia cuba untuk pujuk aku dengan macam-macam cara sampailah dia peluk aku kuat giler. Aku pun diam dan tertidur.

"Eh? Dah diam dah k-- dia tidur rupanya. Kesian dia"

Jimin tersenyum. Dia pun peluk sahaja hanah supaya hanah tidak terbangun dari tidurnya. Jimin takut hanah terbangun dari tidurnya sebab dia tak selesa.

Thanks jimin

(C)❝DIARY❞ + K.T.HWhere stories live. Discover now