Semua manusia mesti ada seorang kawan kan,atau lebih dikenali sebagai bff,bestfriend forever!
Tapi tak semua kawan kita ialah kawan "sebenar",mesti faham kan maksud ni?
Dan sakit tak bila kawan sendiri rapat gila dengan kawan yang lain berbanding kita?,
Siapa je tak jeles,kita pun nak attention member sendiri,bukan asyik dipinggirkan dan tengok mereka berdua rapat dan sembang rancak,mesti ada bagi korang bila tengok boyfriend rapat dengan pompuan lain korang cemburu gila tapi aku tak aku lagi cemburu melihat kawan-kawan aku berdua rapat sangat
Ini kisah aku,Jeon Kae yo
"Wey kau tau tak Mega Shopping kat sana tu buat sale gempak gila,jom we kita pergi"
"Aku on je,kita nak pergi bila?"
Aku hanya mampu berdiam mendengar kedua rakan aku itu rancak berbual,tanpa ajak aku dan aku
Seperti tunggul,
"Ahad ni jom,ha kae yo,kau kenapa diam je? Nak ikut tak?"ajak Jina.Aku hanya tersenyum nipis dan mengeleng kepala,
Malas aku nak ikut depa dua,kang kena palau ish bosan
"Bia la dia,kita dua je,aku ajak Yoongi nanti"kata Bomi dan sakat Jina,
Yoongi,lelaki terhensem terfemes kat sekolah aku,tapi tu la,dingin.
"Ish kau ni,yoongi aku jangan main eh,"kata Jina,dan mereka berdua ketawa,
...
"Ok hari ni cikgu nak kamu pilih partner,satu kumpulan 2 orang"kata Puan Kim,
Ok ni aku tak suka ni,
Aku memandang Jina dan Bomi,mereka saling pandang memandang dan mereka memandang aku,
"Em sorry kae yo,aku dengan Bomi,boleh tak?"soal Jina seperti serba salah,
Aku cuba ukir senyuman palsu dan mengangguk,
"Pergi la,"kata ku,dan mula bangun dari tempat duduk aku dan cari kawan lain,
...
"We jina teman aku gi bilik guru"ajak Bomi,
"Ish malas la,pergi la ajak kae yo"kata Jina dan lentokkan kepala nya ke atas meja,
Aku hanya memandang mereka berdua,
"Ala kejap je,aku dengan yoongi kau ada kat bilik guru"kata Bomi saja memujuk Jina,
"Ish kau ni! Ye la jom,"
Aku hanya memandang mereka berdua pergi,
Nampak tak? Bomi langsung tak ajak aku dan cuba pujuk Jina suruh teman dia,
Aku ni kawan diaorang ke?
Ke aku cuma orang asing?
...
Hari ini Jina tidak hadir ke sekolah,Sumpah aku terlalu awkward dengan Bomi,kami dulu rapat tapi entah kenapa sekarang kami terlalu kekok,dia asyik kata bosan,asyik sebut pasal Jina dekat aku,
Kekadang aku terfikir,bila aku tak hadir ke sekolah ada ke mereka berdua sebut pasal aku? Ada ke mereka berdua kekok seperti ini?
...
Aku,Jina Bomi jalan bersama ke dewan,tak,bukan bersama,aku jalan belakang dorang dua,Jina dengan Bomi siap pegang tangan,
Bukan lesbian ok,tak kan tak pernah pegang tangan dengan member?
Tapi dorang dua ni sumpah tak leh berenggang,dengan aku dorang tak pernah pun nak peluk tangan ke pegang ke ,
Sumpah aku cemburu,ni ke kawan aku? Kenapa aku dilayan seperti tunggul,
"Weyh kae yo,kitaorang nak pergi jumpa cikgu,kau gi la dulu"kata Bomi,dan mereka berdua tinggal aku sendiri,
Aku mengeluh,
...
"Kau kenapa monyok je ni? Kau ok tak?"soal Jina,
"Tah kau asal kae yo?"soal Bomi pula,
Aku hanya hiraukan mereka berdua,sumpah aku penat dilayan macam ni,aku cemburu dengan dorang dua,
"Aku ok"kata aku perlahan,
"Tipu"kata Jina
Aku hanya senyum nipis dan sambung baca buku,
Korang dua tak faham,
...
"Saya harap kamu semua bertenang dan doakan supaya kawan sekelas kamu Jeon Kae yo telah terlibat dalam kemalangan jalan raya pagi tadi dan ditempatkan kedalam icu,"
Serentak Jina dan bomi merasa terkilan mendengar berita itu,baru sahaja semalam mereka berjumpa,
"Member korang masuk icu,rasa-rasa korang lawat dia tak,ye la korang kan selalu palau dia,"kata kawan sekelas mereka
Jina dan bomi berasa bersalah ,
"Aku rasa bersalah bomi,kita macam palau kan kae yo bila kita bertiga ada,"kata Jina .
"Salah aku,dulu aku rapat dengan dia,sekarang aku macam tak selalu dengan dia"
...
"Maafkan kitaorang kae yo,kitaorang janji tak kan palau kan kau,kitaorang tak sedar,maafkan kitaorang"Jina menangis di tepi katil wad aku,
Aku sudah sedar semalam,
Aku hanya tersenyum nipis,
"Aku maafkan korang,tapi tolong jangan layan aku macam aku orang asing,aku perlukan korang sebagai kawan yang selalu ada dengan aku,yang selalu mengembirakan aku,yang selalu bantu aku"
"Ya kitaorang janji"kata Jina dan bomi serentak
■■■
YOU ARE READING
●Short Story●
Historia CortaMy short story/imagine.... Sedih?sediakan tisu Hidung berdarah sebab sweet sangat...Mohon set ii no doktor