02 | Night

34 6 0
                                    

Selepas pulang ke rumah, aku menikmati hidangan yang disediakan oleh Rose. Sedap? Not bad. Aku dan Rose sedang menonton televisen. Dia sibuk melayan Music Bank, katanya bakal suaminya ada di situ. Jongkuk? Jinkuk? Jongang?? Apa apa jelah. Yang aku tahu suaminya itu dari grup BTS.

" Rose, bilaa kau start pegi kolej? " tanyaku saja mengisi kebosanan.

" Erm, Isnin depan, " balasnya sambil fikirannya pada tv.

" Nanti kau naik apa? " tanyaku lagi.

" Eomma kata kau yang hantar, "

" Sape je nak hantar kau. Aku kenderaan pun takde, "

Rose hanya mendiamkan diri. Aku memandangnya yang leka menonton tv. Aku mengetap bibirku. Budak ni memanglah.

" Oi, kau de- "

" AAAAA!!! BTS!!!! BTS!!!! JUNGKOOK AILEBIU!! "

Aku menutup telinga ku menggunakan bantal. Boleh pekak aku macam ni kalau tiap hari dia menjerit. Aku terus bangun dari sofa.

" Hun, kau nak pergi mana tu?? "

" Keluar lah. Bosan duduk rumah ni, " balasku lalu mengambil sweater dan dompet.

" Kau. Duduk rumah, " aku mengalihkan jari telunjuk ku ke arahnya.

Dia membalas dengan anggukan lalu menonton tv semula.

+++

Aku berjalan kaki dari aparment ke taman permainan. Malam, gelap dan sejuk. Mataku tertarik pada seorang perempuan yang duduk di buaian di taman itu. Itu kan dia. Lantas aku berjalan laju kearahnya. Dia masih termenung memandang jalan raya yang kosong itu. Aku turut duduk di buaian bersebelahannya.

" Anyeong," tegurku ringkas.

Perempuan itu terus memandang aku yang duduk di buaian bersebelahannya. Wajahnya sedikit terkejut. Mungkin kerana aku datang secara tiba tiba.

" Awak, tak sangka jumpa kat sini, " dia tersenyum kecil.

" Saya pun tak sangka, ingat nak ambil angin malam, lepastu terserempak dengan awak. Tu yang datang kat sini," aku tersenyum kekok.

Mataku melirik pada gelang berwarna merah yang dipakainya. Automatik bibirku mengukir senyuman kecil. Tak sangka dia pakai gelang tu.

" Ah, awak. Saya tak sempat nak tanya nama awak masa kat kedai haritu. Apa nama awak," tanya dia sambil memandangku.

" Jeohun. Park Jeohun. Awak? "

" Kim Taeyeon. Panggil saya Taeyeon, " aku mengangguk kan kepalaku.

" Nak tak kalau kita jalan kat tepi tasik tu? " pelawa Taeyeon.

" Saya okay je, " balasku.

+++

Angin malam di tepi tasik menampar nampar wajah aku dan Taeyeon. Cantik pandangan di sini. Aku mengalihkan pandanganku pada Taeyeon. Rambut nya berterbangan ditiup angin. Jujur aku ingin katakan, dia sangat cantik pada malam ini.

" Awak, cantikkan pandangan kat sini? " aku mengangguk menjawab soalannya.

Dia menyelak rambutnya ke belakang. Aku sedikit terkaku dengan perbuatannya. Kulitnya yang cerah, bibirnya yang memerah, matanya yang sentiasa menyinar. Semuanya buat aku tertarik padanya. Aku berharap masa ini boleh diberhentikan.

" Taeyeon... " Taeyeon memandangku, keningnya dinaikkan sedikit.

" Awak nampak... Cantik, "

Dia membisu sambil memandangku. Matanya sedikit membesar. Aku dan nya memandang anak mata antara satu sama lain. Matanya sedikit bergetar. Seperti ingin menyampaikan suatu mesej yang aku sendiri tidak tahu apa.

Beautiful ✿Where stories live. Discover now