" Hun!!!! "
Aku menggeliat untuk bangun dari katil. Mataku genyeh. Tanganku mencapai jam locengku. Eh, aku tak set pun jam locengku.
" Hun!!! Aku nak gi kolej ni!! " pintu bilikku di ketuk banyak kali. Aku mengalah lalu bangun dari katil. Dengan tidak mandi, aku menukar bajuku. Setelah selesai menukar baju, aku berjalan keluar dari bilik.
Aku mencapai kunci motorku lalu berjalan keluar dari aparment. " Woi, tunggu apa lagi, cepatlah. Nanti kang lambat, " ujarku apabila melihat Rose masih duduk di sofa. Dia bangun lalu berjalan mengikutku.
Setelah mengunci pintu, aku ke tempat parkir. Aku menaiki motorku lalu memakai helmet. Nak berhabuk motorni kerana sudah lama aku tidak menggunakannya. Helmet lagi satu, aku hulurkan pada Rose. Rose menyambut lalu memakai ia. Aku menghidupkan enjin motor. Berkepul kepul asap keluar. Mujur minyak masih banyak lagi.
Tiba di kolej Rose, aku memarkirkan motorku berdekatan dengan pagar masuk. " Maaflah, sini je aku boleh hantar. Takpe kan? " tanyaku sambil mengalihkan pandangan ke arah Rose. " Takpe, lagipun aku nak tunggu kawan aku, " balasnya lalu menghulurkan helemet yang dibukanya. Aku sekadar menghantarnya melalui pandangan ku. Perlahan lahan susuk tubuhnya hilang dari pandanganku.
Aku menerus kan perjalananku ke rumahku. Setelah tiba, aku memarkirkan motorku di tempat parkir lalu ke apartmentku untuk bersiap ke tempat kerja. Selepas siap, aku ke tempat kerja ku dengan menaiki motor.
Seperti biasa, cafe ini akan sesak. Kebanyakan pelanggan lebih suka menghabiskan waktu di meja yang ada. Oleh sebab itu, pelanggan yang datang tidak dapat duduk dan membuat order sambil beratur di kaunter. Bertambah tambah sesak di cafe ini. Aku yang baru tiba terus masuk ke dapur dan berjalan ke bilik persalinan. Aku memerhatikan pekerja yang sedang bertugas di kedai ini. Majoriti mereka semua lelaki muda serta kacak. Jadi tidak mustahil lah kenapa kedai ini sentiasa penuh, bukan?
Terutamanya si Mingyu itu. Ada saja pelanggan perempuan yang ingin memikatnya. Dan dia hanya melayan saja. Tapi pada hari ini dia kelihatan berbeza. Maksud ku, wajahnya tidak kelihatan gembira dan ceria seperti selalu. Tengoklah, dia seperti melayan pelanggan perempuan yang ingin memikatnya seperti acuh tak acuh. Mungkin dia dalam masalah.
Aku mengambil pesanan yang sudah siap lalu membawa ke meja yang diminta. Meja 18, ouh itu bersebelahan tingkap. Aku meletakkan pesanan itu di atas meja. Lelaki yang duduk di kerusi itu memerhatikan tingkah lakuku. Kadang kadang di melihat dari atas ke bawah. Aku yang sedar tindakan aneh lelaki itu membuka mulut. " Er, encik. Ada yang tak kena ke? " . Dia hanya menggeleng. Perlahan lahan tangannya mendarat pada peha ku. Dia mengusap sedikit.
Oh
My
Ass
Aku menepis tangannya pantas lalu bow dan terus ke dapur. Kenapa terlalu lembab untuk aku sedar tentang perbuatannya.
Aku diraba.
Dan lelaki tadi itu gay.
+++
Selepas selesai mengelap meja, aku berlalu ke dapur untuk berehat. Jam sudah menunjukkan 5.45 petang. Lagi 15 minit untuk balik. Aku mengambil botol yang berisi air kosong itu lalu meneguk ia. Mataku tertumpu pada Mingyu yang sedang duduk di bangku bilik pesalinan. Dia kelihatan tertekan. Wajahnya asyik diraup sejak tadi. Hatiku terdetik untuk tahu apa yang terisi di fikirannya.
Aku mengambil tempat di sebelahnya. Dia yang sedar keberadaan ku disitu lantas mengangkat muka dan memandangku. " Kau okay? " tanyaku perihatin. Dia menggeleng perlahan sambil memandang ku dengan mata yang sayup. " Kenapa? Kau ada masalah? Kalau ada kau boleh kongsi dengan aku kalau kau nak, " ujarku apabila melihatnya seperti tidak bermaya itu.

YOU ARE READING
Beautiful ✿
Fanfiction( Hiatus ) Dia gadis yang cantik, tetapi dirinya penuh dgn misteri. | 030317 | frankensstein©®