01 | Her

74 7 0
                                    

Nama aku Park Jeohun. Aku berumur 22 tahun dan bekerja sebagai waiter di sebuah cafe walaupun aku dari keluarga yang berada. Aku juga ada membuat kerja part time pada hujung minggu sebagai maskot beruang yang menjual belon di taman berdekatan cafe aku bekerja.

Aku seorang lelaki yang tidak mengenal erti cinta. Sehinggalah aku bertemunya. Wajahnya bak bidadari dari syurga. Sifatnya juga tidak ubah seperti wajahnya. Sentiasa menyenangkan hati.

+++

Selepas selesai mengemas meja di cafe, aku beralih ke bilik persalinan baju. Apron dan baju bekerja aku buka lalu diletakkan di dalam locker aku. Aku mengambil baju hoodie aku semasa datang ke cafe pagi tadi lalu memakai ia.

" Wei, Hun. Kau esok free ke? " tanya Mingyu yang baru muncul di ruang persalinan baju.

" Aku esok kena kerjalah. Sorry brader, " balasku dengan lembut kerana takut menyinggungkan perasaan sahabat baikku ini.

" Its okay. Aku baru ingat nak ajak kau memancing kat tasik. Nampaknya lain kali jelah, " Mingyu menghela nafasnya.

" Nanti kalau aku free, aku bagi tahu kau. Okay? K lah. Aku nak keluar, jangan lupa matikan lampu pastu kunci kedai, " Mingyu membalas dengan ibu jarinya di naikkan ke atas.

Aku mencapai beg sandang aku lalu keluar dari kedai. Aku menutup pintu kedai itu kembali. Aku merancang ingin singgah ke kedai serbaneka dahulu sebelum pulang ke apartment. Banyak barang dapur sudah habis kerana terlupa untuk dibeli.

+++

Akhirnya aku tiba di kedai serbaneka. Pintu kedai itu aku tolak. Bakul di tepi aku ambil lalu berjalan ke tempat sayur. Kubis, lobak merah, cili, telur dan daging. Itu jelah yang patut di isi di dalam peti sejuk. Mataku melirik pada kubis yang tinggal satu bungkus itu. Ingin aku mengambil, tetapi dalam masa yang sama seorang perempuan ingin mengambil kubis itu juga. Kulit tangan kami bersentuhan.

" Eh, awak ambil lah. Saya boleh cari yang lain, " ucap aku sambil tersenyum kecil.

" Tak pe, awak ambil lah. Saya tak kisah, " dia tersenyum manis.

Entah kenapa aku terus terlupa pasal kubis itu dan terpaku pada senyumannya. Dia sangat menawan.Hati ini pun satu hal, dari tadi asyik berbunyi sahaja. Ingin aku ambil timun di sebelah kubis itu lalu tikam hati ini.

" Err, awak? Ada yang tak kena dengan muka saya ni ke?? " tanya sambil keningnya bertaut.

Aku tersedar dari lamunan.

" A-aa tak de pape. Betul ni tak nak kubis ni? " tanya ku ingin kepastian.

" Ya... Tak nak, " dia tersenyum kecil.

Sekali lagi hati ini berdegup. Mulut aku terbuka sedikit kerana terpegun dengan kecantikannya.

" Saya gerak dulu ya, " senyuman di bibir perempuan itu masih tidak lari.

Troli perempuan itu ditolak ke hadapan. Setelah memastikan dirinya tiada, aku mengambil kubis itu lalu dimasukkan pada bakul dan timun itu aku ambil lalu dihalakan pada dada aku.

" Kau nak kena tikam sangat kan? Ambik ni. Ambik, " aku menolak nolak timun itu pada dada aku.

Baru aku perasan ada seorang makcik ini sedang memerhatikan perlakuan pelik aku dari jauh. Aku meletakkan timun tersebut pada bakul aku lalu berjalan meninggalkan tempat tadi. Aku dapat dengar hati ini sedang mengejek aku. Kau memang nak kena wahai hati.

Setelah selesai membayar, aku berjalan pulang ke apartment. Aku tidak lihat kelibat perempuan itu semasa membayar. Mungkin dia sudah pergi dahulu.

Beautiful ✿Where stories live. Discover now