Hari ini aku tak menghantar Rose kerana dia demam. Tidaklah teruk sangat demamnya. Aku mengambil ubat demam dan segelas air lalu diberikan pada Rose. " Makan, jangan tak makan. " kataku apabila melihatnya masih termenung. Aku mengambil kain yang sudah dibasahkan tadi lalu meletakkan di atas dahi Rose.
Aku mengambil tempat duduk di birai katil. Aku mengusap kepalanya. " Tak boleh ke kau move-on? Bukan dia sorang je kumbang kat dunia ni, " dia menolak tanganku. " Kau nak aku kenalkan kau dengan sorang kawan aku ni tak. Katanya dia tengah cari kekasih. Mungkin dengan dia kau boleh lupakan kekasih gelap kau tu, " cadangku alang alang aku teringat tentang itu.
Rose bingkas bangun dari baringnya lalu memandang tepat wajahku. " Betul ke? " wajahnya menandakan dia sedikit ceria. Aku mengangguk. Laju sungguh dia bab cinta ni. Kalau di suruh lipat kain, bukan main liat macam getah. " Bila? " tanya nya lagi dengan tidak sabar. " Nanti aku bagitahu dia. Tengok lah bila, " balasku. Dia tersenyum lebar. " Orang nya macam mana? Hensem tak? " keningnya dijongketkan sedikit. Aku terasa menyampah apabila dia menanyakan soalan sebegitu. " Demam tu dah kebah ke? Nampak macam ya je, " dia lantas membaringkan badannya di atas katil. Wajahnya dibuat buat seperti jatuh sakit. Memang nombor satu bab berlakon dia ni.
" Aku pergi kerja dulu, jaga rumah. Jangan memandai nak keluar. Nanti sesat kang baru tau, " leterku. Dia sekadar mengangguk kepalanya. Aku bingkas bangun dari duduk lalu keluar dari bilik Rose.
+++
Aku ke tempat kerja usai bersiap. Seperti biasa aku akan mengambil pesanan,hantar pesanan, lap tingkap, meja dan lantai serta mencuci pinggan dan cawan. Selesai bekerja aku akan berjalan kaki untuk ke rumah. Aku berasa sedikit penat kerana ramai juga yang datang ke kafe dan ramai juga pekerja yang tidak hadir termasuk Mingyu. Aku berjalan sambil menyedut air kopi yang sempat aku bancuh ketika di kafe tadi. Mataku meliar pemandangan petang di sudut ini.
Ketika itu, mataku menangkap susuk tubuh seorang perempuan yang berjalan sedikit terhuyung hayang. Aku melajukan sedikit pergerakanku sambil memandang wajah perempuan itu. Semakin dekat jarak ku dengan perempuan itu. Itu, Taeyeon. Apa yang dia buat disini? Kenapa dia kelihatan tidak bermaya. Bermacam soalan menerjah fikiranku. Aku berlari menangkap tubuh Taeyeon sebaik sahaja dia ingin terjatuh. Lebam di tepi bibirnya, seperti ditampar dan juga lebam di kulit tangannya.
" Taeyeon, kenapa ni? Kenapa banyak sangat tompokan lebam kat kulit awak?" soalku dengan nada yang risau. Taeyeon langsung tidak memandangku malah membiarkan soalanku tidak dijawab. Aku mengeluh. " Awak nak saya hantar awak balik ke rumah awak? " dia lantas memandangku dan menggeleng. Aku meneliti wajahnya. Dia kelihatan takut apabila aku menyebut perkataan rumah.
" Kalau macamtu, awak ikut saya balik. Tapi agak jauh sedikit." Taeyeon sekadar mengangguk lemah. Aku bingkas menahan teksi yang lalu lalang di jalan raya.
+++
Tiba di aparmentku, aku membuka kasut. Mataku memandang Rose yang sedang makan dengan sebelah kakinya dinaikkan ke atas kerusi. Aku sekadar menggelengkan kepala. Mata Rose membulat apabila melihat Taeyeon yang sedangku papah. " Hun...aku tak sangka kau bawa balik perempuan... ke rumah, " mulutnya sedikit terbuka. Keluarlah ramen yang belum habis dikunyahnya. Dasar pengotor.
Aku memapah Taeyeon ke ruang tamu. Taeyeon memandang Rose yang masih dengan kedudukannya tadi. lantas Rose menurunkan kakinya. " Rose, tolong ambilkan peti ubat, " Rose bingkas bangun dari duduk lalu mengambil peti ubat yang berada di rak tanpa banyak soal. Aku mencapai peti ubat yang diberikan Rose lalu mengambil antiseptik dan menyapukan pada luka Taeyeon. Usai menyapu ubat, aku membalut luka Taeyeon lalu menyimpan semula peti ubat.
" Awak stay dulu dekat rumah saya. Nanti kalau awak dah rasa lega sedikit, terpulang kat awak nak pulang, " aku menatap nya dengan kasihan. Walaupun dia tak menceritakan apa yang telah berlaku, tapi aku dapat agak ini kesan pukulan. Manusia mana yang kejam memukul seorang perempuan? Walaupun sebesar mana kesalahan dia, tetapi manusia itu tidak patut memukul. Lagi lagi dia seorang perempuan. Dia sekadar menundukkan pandangannya.
Gruuu...
Aku baru sedar aku tidak makan dari tadi. Tetapi bunyi dari perut itu bukan daripada ku. Aku memandang Taeyeon. Dia memandangku sekilas lalu kembali menundukkan kepalanya. Aku tersenyum kecil. Dia kelaparan, tetapi masih berdiam. Aku mengangkat punggungku lalu bergegas ke dapur. Tudung saji di atas meja aku angkat. Hmm, nampaknya Rose masak untuk kepuasan dia sahaja. Adik bertuah. Aku mengambil kuali lalu meletakkannya di atas tempat memasak.
" Awak nak makan apa? " soalku alang alang aku juga sudah kelaparan. Dia memandangku sebentar lalu membuka mulutnya. " Ermm, apa apa pun boleh, " . Aku tersenyum ke arahnya. Tangan ku mengambil barang barang untuk memasak nasi goreng kimchi. Selesai memasak, aku menghidangkannya di atas meja. " Awak, sinilah. Dah siap masak ni, " jemputku pada Taeyeon. Dia gegas berjalan lalu melabuhkan punggung di atas kerusi makan.
Setelah selesai makan aku ke bilik Rose untuk meminta pakaiannya kerana Taeyeon tiada pakaian ganti. Dia sekadar akur sahaja. Kebiasaan nya jika aku meminta sesuatu darinya pasti dia akan mengatakan beribu alasan merapunya. Mungkin dia sudah insaf. Syukurlah Tuhan memberi jalan yang benar untuk adikku. " Taeyeon, awak boleh guna bilik saya untuk tidur, " kataku sambil memberi pakaian Rose padanya. " Ah, tak apalah. Saya boleh saja tidur kat sini, " dia mengambil pakaian tersebut lalu meletakkan di tepinya.
Tidak. Dia tidak boleh tidur di ruang tamu. Dia masih sakit bukan? Bagaimana kalau lukanya makin sakit. " Tak, awak tidur di bilik saya. Macam mana— " . " Unnie tidur jelah dengan saya. Lagipula bilik Hun tu banyak lipas, " Rose yang entah dari mana muncul memotong kata kataku. Taeyeon memandang Rose dengan mata yang sedikit membesar. Rose memandangku sambil tangannya di silangkan di dada. " Okay, saya tidur di bilik kamu, " Taeyeon mengambil pakaian Rose tadi lalu ke bilik Rose.
Aku sedikit terdiam. Bukannya aku cemburu atau apa. Rose menjelir lidah padaku lalu masuk ke dalam biliknya. Eh eh. Dia jelir lidah kat aku pulak. Aku terus mengangkat kakiku lalu masuk ke dalam bilik. aku sangat membantah apabila Rose mengatakan bilik ku penuh dengan lipas. Bilik aku bersih. Tiada sebarang kotoran. Bagaimana kalau Taeyeon fikir bilik aku betul betul ada lipas? Tak ke rosak maruah aku depannya.
- Bersambung.

YOU ARE READING
Beautiful ✿
Fanfic( Hiatus ) Dia gadis yang cantik, tetapi dirinya penuh dgn misteri. | 030317 | frankensstein©®