Pertemuan

150 8 0
                                    


Hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi aku. Aku berasa sangat gementar kerana berada di sekolah baru. Ketika aku berjalan ke pejabat , seorang budak lelaki secara tidak sengaja telah terlanggar denganku yang mengakibatkan aku jatuh ke lantai.

Tambahan pula , budak lelaki tersebut telah terjatuh di atas badanku. Muka budak lelaki tersebut hampir tersentuh dengan mukaku. Kami bertatapan mata sebelum aku cuba memecahkan suasana yang janggal itu. Dia berdehem sebelum meminta maaf kepadaku. '' saya minta maaf kerana tak sengaja terlanggar awak'' , katanya. Lalu aku menjawab sambil tersenyum , ''it's okay , bukannya awak sengaja pun.''

Lalu aku bertanyakan namanya '' Apa nama awak ?''. Lalu dia menjawab sambil tersenyum , ''nama saya Mark Lee , awak boleh panggil saya Mark jer''. Aku menjawab , '' nama saya Lee Tae Eung , panggil jer Tae Eung , selamat berkenalan''. Selepas itu aku terus menamatkan perbualan kerana telah terlambat untuk ke pejabat untuk pendaftaran sekolah. Dia tersenyum sambil melambaikan tangannya ke arahku sebelum aku hilang dari pandangannya. Aq berkata di dalam hati ,''comelnya senyuman Mark'' sambil berjalan ke pejabat.

Selesai pendaftaran , aku terus mengikut guru kelasku ke kelas yang akan aku duduki. Cikgu Suzy menyuruh aku menunggu di luar dahulu sebelum dia memperkenalkan aku. Cikgu Suzy masuk ke kelas dan mula bercakap , ''Hari ini kita ada pelajar baru yang akan masuk ke kelas kita'' katanya sambil menyuruh aku masuk ke kelas. Aku terus masuk apabila Cikgu Suzy mengarahkan aku supaya masuk.

Alangkah terkejutnya aku apabila melihat Mark berada di dalam kelas sekali denganku dan menyuruhku duduk bersamanya. Sebelum itu , aku memperkenalkan diri di hadapan kelas. '' nama saya Lee Tae Eung , awak semua boleh panggil saya Tae Eung jer , selamat berkenalan semua''. Selepas itu aku terus berjalan menuju ke meja bersebelahan dengan Mark memandangkan meja itu sahaja yang kosong. Mark terus menghulurkan tangannya untuk bersalaman denganku. Aku menghulurkan dengan senang hati memandangkan aku telah mengenalinya sebelum ini.

''hari ini saya ada mesyuarat , maybe saya tak akan masuk kelas'' kata Cikgu Suzy kepada semua pelajar yang ada di dalam kelasku. Semuanya bersorak kegembiraan kerana impian mereka selama ini tertunai. Budak dihadapanku terus memalingkan kepalanya ke arahku , '' nama aku Lee Tae Yong , selamat berkenalan budak baru'' katanya sambil tersenyum sinis ke arahku. Lalu aku menjawab , '' selamat berkenalan juga'' sambil memberikan senyuman yang lebar ke arahnya.

MAAF JIKA ADA TYPO ATAU KESILAPAN . HARAP KORANG SUDI MEMBACANYA

[COMPLETED] Highschool LoveWhere stories live. Discover now