Maaf

45 3 0
                                    

Aku sengaja untuk tidak memberitahu Mark tentang mengapa aku menjadi begitu. Kalau aku memberitahunya , sudah pasti Tae Yong dalam masalah disebabkannya. Keesokan harinya , aku ke kelas sambil berpegangan tangan dengan Mark lagi. Sewaktu melangkah masuk ke kelas , aku tertunduk kerana tidak berani untuk menatap mata Tae Yong.

Mark berasa pelik lalu bertanya,'' kenapa awak tunduk , awak sakit lagi ke ?''. lalu aku menjawab,'' tak lah , Cuma rasa pening sedikit. Nanti ok lah sikit jika saya berehat''. Dia menyuruh aku untuk berbaring di bahunya. Aku hanya menurut apa yang diberitahunya. Tiba-tiba aku terdengar suara yang paling aku takuti iaitu Tae Yong.

Dia datang ke arahku lalu meminta maaf kepadaku atas apa yang telah dia lakukan kepadaku semalam. Aku memberitahunya bahawa aku faham kenapa dia berbuat sedemikian semalam. Sudah pasti , siapa yang tak marah jika orang yang kita cintai , mencintai orang lain. Mark baru sahaja ingin bertemu Tae Yong tetapi aku menghalangnya kerana Tae Yong telah meminta maaf kepadaku. Aku tersenyum ke arah Tae Yong lalu dia membalasnya semula.

MAAF JIKA ADA TYPO ATAU KESILAPAN . HARAP KORANG SUDI MEMBACANYA


[COMPLETED] Highschool LoveWhere stories live. Discover now