Pergaduhan

58 6 0
                                    

Hari ini merupakan hari dimana semua guru sibuk dengan mesyuarat disitu sini. Aku hanya membaca di mejaku lalu aku terperasan bahawa Mark sedang melihat ke arahku. Aku menutup buku lalu bertanya,''adakah saya begitu comel , Mark Lee ?'' kataku sambil memberi senyuman yang menggoda ke arahnya. Pipinya mula menjadi merah selepas aku berkata begitu. Lalu dia menjawab,''awak memang sentiasa comel'' lalu keluar dari kelas. Aku berasa malu setelah dia berkata begitu.

Aku mula menyambung semula membaca buku tetapi mataku terlirik kearah Tae Yong yang sedang melihat aku. Aku memberikan senyuman kepadanya lalu dia datang ke arahku sambil berkata,''seronok nampak bergurau dengan si Mark tu''. Aku mula menunduk tetapi dia mengangkat daguku untuk bertentang mata dengannya. Dia berkata ,''nak bergurau dengan awak boleh ?'' sambil memberikan senyuman yang membuat semua orang cair. Aku berkata,''awak nak bergurau apa?''. Lalu dia menjawab,''kita main batu,gunting,kertas nak?'' lalu aku mengiyakannya. Tapi aku tak sedar ada sepasang mata yang cemburu melihat aku bersama Tae Yong di sebalik pintu kelas iaitu Mark.

Apabila tiba waktu rehat , semua pelajar keluar ke kantin. Tinggallah aku , Mark dan Tae Yong di dalam kelas. Mark dan Tae Yong serentak bertanya kepadaku,'' jom rehat dengan saya?''. Aku memandang kedua-duanya dengan bergilir sebelum aku terkejut kerana Mark telah mencetuskan pergaduhan dengan Tae Yong. Mark berkata,'' apa niat kau Lee Tae Yong? , kenapa kau baik sangat dengan Tae Eung tapi kau dingin dengan budak lain ?''. Lalu Tae Yong menjawab ,''aku cintakan Tae Eung , aku sangat cintakan dia'' sebelum dia keluar dari kelas.

Aku sekali lagi terkejut dengan pengakuannya lalu memandang Mark dengan pandangan yang serba salah. Mark sangat terkejut kerana tidak percaya dengan apa yang Tae Yong beritahunya sebentar tadi. Aku terus menarik lengan Mark dan menuju ke kantin untuk melupakan peristiwa sebentar tadi. Mark hanya mengikut aku sambil diam sahaja. Aku tahu dia sangat terkejut.

MAAF JIKA ADA TYPO ATAU KESILAPAN . HARAP KORANG SUDI MEMBACANYA

[COMPLETED] Highschool LoveWhere stories live. Discover now