Niat

72 7 0
                                    

Mark mengajak aku pergi ke kantin walaupun masa rehat belum tiba. Aku menolak pelawaannya kerana aku takut untuk melanggar peraturan pada hari pertama persekolahan aku di sini. Mark pergi sambil memberikan senyuman kepadaku.

Selepas beberapa minit Mark hilang daripada pandanganku , Tae Yong menyuruhku mengikut dia. Aku mengikutnya tanpa banyak soal. Sampai di tandas , dia menggenggam erat tangan aku ke dinding . Dia mendekatkan badannya ke badanku. Aku terkejut dan bertanya ,''apa yang awak buat ni ?''. dia mendekatkan mukanya ke mukaku. Hidung kami hampir tersentuh dan secara tiba-tiba Mark datang dan menumbuk Tae Yong sehingga dia jatuh tersemban ke lantai.

Mark memberikan amaran kepada Tae Yong supaya menjauhkan dirinya daripadaku. Aku masih lagi terkejut dengan peristiwa tersebut. Mark menarik aku keluar dari tandas dan membawa aku ke belakang sekolah. Dia berkata ''awak kena berhati-hati dengan Tae Yong kerana dia ada niat yang buruk terhadap awak''. Aku terus mengangguk tanpa banyak tanya.

MAAF JIKA ADA TYPO ATAU KESILAPAN . HARAP KORANG SUDI MEMBACANYA


[COMPLETED] Highschool LoveWhere stories live. Discover now