Bumbung Asrama Sekolah

68 5 0
                                    

Aku dan Mark bersama-sama jalan ke asrama sekolah selepas tamat persekolahan. Aku ternampak Tae Yong sedang melihatku dari tingkat 3 bangunan asrama. Aku hanya menunduk dan mendiamkan diri sepanjang perjalanan pulang ke bilik aku. Aku dan Mark merupakan rakan sebilik juga di asrama sekolah jadi aku lebih selesa bersamanya setiap masa. Mark memberitahuku bahawa dia mahu mandi dahulu lalu aku hanya mengangguk sambil tersenyum.

Selepas Mark masuk ke tandas , dengan tiba-tiba Tae Yong datang dan menarik tanganku keluar dari bilik. Dia membawa aku ke bumbung asrama sekolah dan melepaskan pegangannya. Dia menolak aku ke dinding dan berkata ''aku cintakan kau Tae Eung , sebab tu la aku cium kau''. Aku terkejut dengan apa yang dia lafazkan. Aku berkata ,''tapi kitakan ...''. Dia menutup mulutku dengan jarinya lalu berkata,''aku tahu , tapi aku tak kisah'' sambil memberikan 'wink' kepadaku. Dia juga mengatakan bahawa ada ramai budak di dalam kelasku juga yang meminati aku. Aku lagi terkejut dengan kenyataannya. Aku terus meminta diri untuk pulang ke bilik lalu dia memberikan jalan kepadaku sambil berbisik ,''ingat , aku cintakan kau sangat-sangat'' lalu memberikan ciuman di pipiku.

Aku terus meluru ke bilik supaya Mark tidak perasan akan ketiadaan aku. Aku berasa lega kerana aku tiba lebih awal sebelum Mark membuka pintu bilik air. Dia bertanya,''kenapa awak berpeluh ni ? awak sakit ke ?'' sambil menunjukkan kerisauan padaku. Aku menjawab , ''saya hanya keluar untuk bersiar-siar di kawasan asrama jer'' sambil memberikan 'wink' padanya. Aku melihat mukanya yang berubah secara tiba-tiba. Aku terus berjalan ke lokerku untk mengambil tuala dan masuk ke bilik air. Mark berkata di dalam hatinya ,''aku cintakan kau Lee Tae Eung''.

MAAF JIKA ADA TYPO ATAU KESILAPAN . HARAP KORANG SUDI MEMBACANYA


[COMPLETED] Highschool LoveWhere stories live. Discover now