Chapter 2

16.9K 136 6
                                    


Haikal – 10 Tahun

Jam tujuh pagi, Haikal dah pun bersiap rapi untuk ke sekolah. Dia merupakan pelajar tahun 4 SK ... di JB. Haikal ambik beg sekolah dia dan turun ke bawah untuk bersarapan di dapur. Abang Aiman tengah tunggu dia di dapur sambil menjamah nasi goreng yang disediakan oleh Mak Su Suraya.

Sejak umur Haikal 5 tahun, ibu dan ayah dia meninggal akibat kemalangan jalan raya. Kereta Proton Saga yang dipandu oleh ayah Haikal telah memasuki lorong bertetangan yang mengakibatkan perlanggaran antara kereta parents Haikal dengan sebuah lori. Ketika itu jam 10:30 malam, mereka baru balik dari dinner di luar. Bahagian depan kereta kemik teruk dan menyebabkan parents Haikal yang duduk di bahagian depan tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Haikal masa tu duduk di bahagian belakang, tubuhnya terdorong ke depan dan kepala dia terhantuk pada bahagian depan kereta. Hah, pandai-pandai lah korang paham citer Ash ya. Ash tak reti sangat nak imagine situasi kemalangan. Hehehehe.

Haikal cedera parah dan masih dapat diselamatkan. Semenjak orang tua Haikal meninggal, Haikal tinggal dengan adik ibunya, iaitu Mak Su Suraya. Mak Su Suraya merupakan janda beranak satu bernama Aiman. Aiman yang merupakan anak tunggal Mak Su Suraya memang rapat dengan Haikal. Walaupun cuma sepupu, tapi diorang dah macam adik-beradik. Mana tak nya, dia dengan Haikal saja duduk di rumah kalau mak dia pergi kerja.

Keluarga Mak Su Suraya tak lah kaya mana. Mak Su Suraya kerja kerani je tapi mampu untuk menyara kehidupan mereka bertiga. Haikal sangat bahagia tinggal dengan Mak Su Suraya.

" Haikal, duduk sarapan," ajak Mak Su Suraya. Dia menyenduk nasi goreng untuk Haikal.

" Haikal, hari ni peperiksaan pertengahan tahun kan. Haikal ulang kaji tak semalam?" Soal Mak Su Suraya.

" Mestilah Mak Su. Haikal kan nak dapat nombor satu lagi," petah Haikal membalas kata-kata Mak Su Suraya.

" Macam tu lah anak Mak Su. Nanti kalau Haikal dapat nombor satu lagi, Mak Su bawak Haikal jalan-jalan ya,"

" Amboi, Haikal je ke mak? Aiman mak tak nak bawak ?" Aiman yang tadi diam sambil makan nasi gorengnya tiba-tiba menyampuk.

" Kamu tu belajar rajin-rajin dulu. Biar dapat semua A SPM nanti. Bukan sibuk nak berjalan,"

Haikal ketawa mendengar kata-kata Mak Su Suraya. Aiman pula sudah menarik muka masam.

Habis sahaja sarapan, mereka mula bergerak nak ke sekolah.

" Haikal jawab perksa elok-elok ya. Kamu Aiman, belajar elok-elok. Kamu harapan mak tahu tak," pesan Mak Su Suraya ketika Aiman dan Haikal bersalam dengannya sebelum berangkat ke sekolah. Sempat lagi Mak Su Suraya menggosok kepala Haikal.

Haikal ke sekolah dengan membonceng motor Aiman. Sekolah Aiman dengan Haikal bukan jauh pun. Sebelah menyebelah je. Sebelah kiri Sekolah Kebangsaan manakala sebelah kanan jalan Sekolah Menengah Kebangsaan.

____________________________________

Haikal keluar dari kelas sambil menggalas beg sekolah. Waktu persekolahan dah pun tamat. Hari ini dia gembira sebab dapat jawab peperiksaan Bahasa Melayu dengan jayanya. Malam ni dia perlu ulang kaji untuk subjek Bahasa Inggeris pula untuk peperiksaan esok.

Dia keluar dari pagar sekolah menuju ke pondok kecil tempat para pelajar tunggu mak ayah mereka datang jemput. Haikal memang biasa tunggu Aiman di situ. Memandangkan Aiman sekolah menengah jadi dia terpaksa menunggu sampai Aiman habis waktu persekolahannya. Bukan lama pun. Haikal balik pukul 1:30 tengah hari manakala Aiman pukul 2:00 petang. Nak buat macam mana dapat pergi sekolah naik

motor dengan Aiman pun dia dah cukup bersyukur. Setakat nak tunggu apalah sangat daripada kena balik rumah jalan kaki. Lagi penat.

Setengah jam menunggu akhirnya Aiman sampai untuk jemput dia balik. Aiman memberhentikan motornya di depan pondok tempat Haikal tunggu dia lalu dia menyerahkan helmet pada Haikal.

" Abang, kita pergi makan cendol dulu nak tak? Haikal hauslah," ajak Haikal.

" Alah, Haikal. Abang penat lah. Abang nak balik rumah terus ni,"

" Alah bolehlah abang. Haikal teringin sangat nak makan cendol. Bawak lah Haikal pergi makan cendol sekejap," pujuk Haikal sambil menggoyangkan lengan Aiman yang tengah duduk atas motor.

" Ye lah ye lah. Tapi Haikal makan cepat sikit. Abang penat sangat ni. Haikal ada duit tak nak makan cendol?"

Haikal berkira-kira seketika sebelum dia menyeluk poket dia dan mengeluarkan dua keping not RM1 yang sudah bergumpal dalam poket.

" Ada. Ni?" Haikal menunjukkan duit yang bergumpal itu kepada Aiman.

" Haikal, Haikal. Dua ringgit mana cukup. Tak apa lah yang lebih lagi tu abang belanja. Jom cepat," Aiman menghidupkan kembali enjin motosikal.

_________________________________

Aiman pandang Haikal yang tengah berselera makan cendol. Dia duduk je memerhati Haikal. Nak order untuk dia satu duit tak cukup pulak. Jadi dia berbuat keputusan untuk makan kat rumah je nanti.

" Sedap ke Haikal cendol tu? Amboi, makan sampai tak ingat abang ya," seloroh Aiman.

" Mana ada. Abang tu yang tak nak order. Kan dah terliur tengok Haikal makan,"

" Mana ada abang terliur. Abang seronok tengok Haikal berselera makan macam ni,"

Aiman menggosok-gosok kepala Haikal. Terliur juga sebenarnya tengok Haikal makan tapi nak buat macam mana duit tak cukup. Tengok Haikal makan pun dah cukup buat dia gembira. Biarlah. Sebagai abang apa salahnya dia berkorban untuk adik sepupu kesayangannya itu.

_______________________________

Hey guys sorry ni je yang Ash mampu update

Stay tuned for the next update ya.

SONGSANG : KRONOLOGI HAIKALWhere stories live. Discover now