Haikal – 17 tahun
H
ari ini merupakan hari terakhir Haikal menduduki peperiksaan SPM. Dan hari ini juga merupakan birthday Mak Su Suraya. Semalam Haikal ada belikan tiga kuntum Bunga Ros untuk Mak Su Suraya. Bunga yang sudah cantik dibalut itu adalah hadiah untuk birthday Mak Su Suraya. Haikal ke pekan dengan kawan sekolahnya, Amir. Tu pun Amir siap bahan dia, beli bunga macam nak bagi kat awek. Tapi Haikal peduli apa, Mak Su dia, suka hati dia lah nak bagi hadiah apa pun. Lagipun Mak Su Suraya adalah ratu hati Haikal. Dia sayangkan Mak Su Suraya macam mak dia.
Mak Su macam biasalah pagi-pagi mesti kat dapur sediakan sarapan untuk mereka tiga beranak. Haikal menapak menuju ke dapur. Tapi tak nampak pula bayang Aiman kat dapur. Selalunya Aiman awal-awal lagi dah masuk dapur tunggu Mak Su Suraya siapkan sarapan.
" Happy birthday, Mak Su," ucap Haikal sambil memegang bunga ros yang cantik berbalut itu untuk diberikan kepada Mak Su Suraya. Mak Su Suraya yang tengah ralit memasak terkejut apabila Haikal tiba-tiba datang menegurnya dari belakang.
" Ya Allah, Haikal. Terkejut Mak Su tau. Hhhmmm. Terima kasih Haikal sebab dari dulu sampai sekarang tak pernah lupa hari jadi Mak Su," balas Mak Su terharu. Mak Su mengambil bunga ros plastik yang dihulurkan oleh Haikal tadi lalu menciumnya. Hhhmmm, tak wangi. Lupa pula Haikal nak sembur perfume sikit tadi. Almaklumlah bunga plastik. Kat kampung dia mana ada kedai bunga yang jual banyak-banyak bunga segar macam kat dalam TV tu. Dia beli bunga tu pun kat kedai hadiah di pekan sahaja. Poor Haikal.
" Mestilah Haikal ingat. Haikal kan sayang Mak Su," balas Haikal. Mak Su Suraya memandang Haikal dengan penuh kasih. Haikal dari kecil sampai ke besar masih tak berubah. Tetap manja. Walaupun Haikal dah besar tapi di mata Mak Su Suraya Haikal masih lagi seperti seorang bayi kecil yang dahagakan kasih sayang seorang ibu. Ibu Haikal meninggal sewaktu Haikal masih kecil dan cuma sempat merasa belaian kasih sayang seorang ibu dan ayah hanya untuk tempoh 10 tahun sahaja.
" Mak Su pun sayang Haikal, nak. Sayang Mak Su kepada Haikal sama macam Mak Su sayang Aiman. Haikal buat elok-elok ya. Hari ni hari akhir SPM kan. Mak Su nak tengok Haikal ke menara gading macam Aiman. Ya, sayang," Mak Su Suraya berpesan sambil mengusap kepala Haikal.
" Ya Mak Su. Haikal janji Haikal akan buat elok-elok dan bagi Mak Su bangga dengan Haikal. Haikal pun nak berjaya macam Abang Aiman," ujar Haikal sambil memegang tangan Mak Su.
" Oh ya, abang Aiman mana? Haikal tak nampak pun dia?"
" Aiman awal-awal lagi dah keluar. Katanya hari ni nak pergi breakfast dengan kawan dia kat luar. Tu yang keluar awal takut jem," ujar Mak Su Suraya.
Aiman dah pun habis belajar dalam bidang kejuruteraan dan sudah menjadi seorang jurutera selama di sebuah syarikat di Johor Bahru. Gajinya juga lumayan. Jadi hidup mereka sekeluarga lebih selesa berbanding dulu. Haikal juga turut gembira dengan kejayaan Aiman. Kalau boleh dia pun nak berjaya macam Aiman.
" Okaylah Mak Su, Haikal pergi sekolah dulu ya. Mak Su doakan Haikal berjaya tau. Haikal nak masuk university macam Abang Aiman,"
" Insha Allah Haikal. Mak Su sentiasa doakan Haikal berjaya dunia dan akhirat. Haikal jawab exam eok-elok ya. Jangan hampakan harapan Maksu, Abang Aiman dengan mak ayah Haikal, ya sayang," ujar Mak Su Suraya.
" Ya Mak Su. Haika janji," Haikal menyalami tangan Mak Su Suraya dan kemudian dia berangkat ke sekolah.
Haikal menjawab peperiksaan dengan tekun sekali. Harapan insan yang tersayang dibawa tersemat erat didada. Itu yang membuatkan Haikal berkobar-kobar ingin ke menara gading dan mencapai segala impian yang di idaminya selama ini.
YOU ARE READING
SONGSANG : KRONOLOGI HAIKAL
Teen FictionSongsang : Kronologi Haikal akan menceritakan kembali kehidupan Haikal dari kecil sehinggalah dia mengenali Ashraff. ________________________ Haikal budak kampung yang terlalu suci akhlaknya namun dia di cemari oleh...