chapter 5

8.7K 106 49
                                    


Habis sahaja sesi orientasi selama seminggu, para pelajar akan memulakan kuliah masing-masing bermula Isnin dengan berpakaian formal. Haikal pula dah tak sabar-sabar nak memulakan kuliah pertamanya. Akhirnya tercapai juga cita-citanya untuk menjadi pelajar universiti. Nasib baiklah Ashraff ambik course yang sama dengannya jadi dan kebetulan pula mereka berada di dalam kelas yang sama jadi dia tak lah kekok nak cari kawan baru sebab dia dah ada Ashraff.

Hari ni kelas pagi mereka bertempat di Bangunan Kompleks Pembelajaran ( KPP3 ) iaitu di bilik tutorial BT 2.3 . Menurut senior yang mengetuai campus tour masa sesi melawat kampus tempoh hari, Lokasi bilik tutorial ditempatkan mengikut angka bilik tutorial. Contohnya bilik tutorial mereka ialah di BT 2.3 jadi BT 2.3 terletak di tingkat dua. Jika bilik tutorial mereka di BT 3.6 bermakna ia di tingkat tiga!

Tengah mereka berjalan mencari BT 2.3, Ashraff dan Haikal terserempak dengan dua orang pemuda yang berjalan bertentangan dengannya. Nampaknya pemuda itu juga seperti mencari-cari sesuatu.

" Cari kelas jugak ke?" Tanya Ashraff pada salah seorang pemuda berdua itu.

" Haah. Kau tahu tak BT 2.3 kat mana?" Tanya pemuda tadi.

"Lah, korang pun kelas kat situ ke? Sama lah kita," sampuk Haikal.

" Wah, classmate lah kita rupanya. Btw aku Farhan. Panggil Paan je," Paan bersalaman dengan Haikal kemudian dengan Ashraff.

" Aku Haikal,"

" Aku Ashraff. Panggil Ash je,"

" Aku Daniel. Panggil je Dan," ujar pemuda di sebelah Paan kemudian mereka bersalaman dengan Haikal dan Ashraff.

" Jom lah kita cari kelas sama-sama," ajak Paan. Mereka berempat bergerak ke tingkat dua untuk mencari kelas.

" Fuhh, hilang peluh aku," ujar Ashraff bila mereka menapak masuk ke bilik tutorial yang sudah pun dipasang aircond. Ada beberapa pelajar perempuan dan lelaki yang sampai awal dari mereka sudah pun berada di dalam bilik tutorial tersebut.

" So korang asal mana?" Daniel mula membuka bicara.

" Aku asal KL je," ujar Ashraff.

" Oh samalah kita. Kau KL kat mana?"

" Aku duduk cheras. Kau"? Ashraff mula menunjukkan riak teruja bila berjumpa rakan se negeri nya.

" Aku duduk Bangsar. Kau pulak Haikal?"

" Alah, tak payah lah nak panggil nama panjang dia. Panggil Carl cukup. Pendek dan simple. Kan?" Ashraff menyiku lengan Haikal untuk mendapatkan persetujuan.

" Haah. Panggil Carl je. Aku duduk Johor. Tak de lah jauh mana pun,"

" Kau pulak Paan? Asal mana?" Tanya Ashraff.

" Aku jauh. Aku asal Terengganu," ujar Paan.

" Uish jauh tu. Orang pantai timur. Tapi kenapa tak macam orang Terengganu pun?" Haikal curious. Haikal, Ashraff dan Daniel memandang Paan untuk dapatkan penjelasan.

" Habis tu kau nak aku bawak penyu keee baru nampak cam orang Ganu?" Senda Paan. Kemudian mereka berempat ketawa pecah perut. Beberapa orang pelajar perempuan yang duduk tak jauh dari mereka dah tunjuk muka annoying sebab ketawa kuat sangat. Lantak kau lah pompuan. Kat sini bukan ada sign jangan buat bising pun.

5

A

shraff baring atas katil sambil main handphone. Minggu ini adalah minggu pertama hujung minggu. Dia tak tahu nak buat apa kat kolej. Dia dan Haikal hanya mereput dalam bilik sahaja. Nak balik KL rasa macam malas nak drive jauh waima jarak antara Alor Gajah dan KL cuma satu jam setengah je. Dia rindukan Ray. Dah lama tak jumpa Ray semenjak dia sambung belajar.

SONGSANG : KRONOLOGI HAIKALWhere stories live. Discover now